SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Delimma Melayu baru @ delimma Mahathir barua

Ada sahabat kita yang mengkiaskan bagaimana perangai dan sikap Mahathirsekarang seperti keling paria. Kasar bunyi bahasanya itu, namun kiasan itu ada benar dan kena pula pada tempatnya apatah lagi mengambilkira betapa PM yang bakal bersara itu mempunyai genetik Kerala yang cukup kuat.

Mahathir seorang pemimpin yang tidak pernah mengambil pendapat atau konsesus dari orang Melayu apabila membuat sesuatu dasar. Dia terus saja memberi pandangan yang kemudiannya terus sahaja menjadi seperti Firman kepada pemimpin Umno lainnya. Setelah peralihan sokongan politik orang Melayu yang memihak Barisan Alternatif, Umno dan Mahathir terus kekal dengan kesombongan yang tidak layak lagi mereka pamirkannya. Belum pernah lagi sejarah Negara menyaksikan pemimpinnya takut berada hamper secara fizikal kepada rakyatnya. Belum pernah juga sejarah negara pemimpin tertinggi dilontari kotak minuman dan dimaki hamun oleh ahli partinya seperti yang dialami Mahathir Kutty ini. PM yang pernah digelar Wira bangsa oleh penjilatnya ini hanya berani muncul di khalayak dengan kawalan keselamatan anggota PDrM (ejen bersenjatanya) samada yang beruniform mahupun berpakaian preman.

Malah Mahathir juga sentiasa memakai vest kalis peluru setiap kali ia muncul di khalayak. Perhatikan bagaimana susuk tubuhnya menjadi begitu kemas dan gagah untuk lelaki tua sepertinya apabila berada di luar lengkungan Putarjaya. Begitu sekali Mahathir yang kejam, rakus, pengkhianat, pembelot dan ejen asing itu menerima pembalasan atas dosa-dosanya selama ini. Mahathir memenjara ramai orang tetapi dia sendiri yang sebenarnya terenggut kebebasannya. Tubuh orang lain yang di sebalik jeriji besi, akan tetapi Mahathir sendiri yang menggigau tidur dan diburu oleh kesalahannya secara bawah sedar.

Orang Melayu yang dahulunya terpedaya dengan pelbagai slogan dan motto kini sedar betapa mereka telah ditipu, dicatu dan dicatur mindanya. Mereka telah keluar dari kongkongan berita palsu betapa Umno dan Mahathir menjaga dan membela ketuanan Melayu. Semasa di bawah Mahathir lah kedudukan orang Melayu terus tergugat dan terhakis ketuanannya. Ketika Mahathir menjadi penguasa dengan pelbagai gelaran hebat, habis punah segala keistimewaan seperti yang dilindungi oleh Fasal 153 Perlembagaan Negara yang memberi kerakyatan kepada bangsa lain secara jus soli. Mahathir membuang biasiswa, merampas tanah orang Melayu demi ‘pembangunan’, memperlekehkan kebajikan rakyat, mempersendadakan institusi Agama Islam dan mengkembirikan institusi Raja-raja Melayu.

Semua itu apabila ditambah dengan isu pemecatan Mufti Selangor dan Mantan TPM DS Anwar Ibrahim telah menggerakkan gelombang politik yang amat besar. Orang Melayu sudah kenal sekarang siapakah pengkhianat dan melakukan pembelotan terhadap mereka. Pengaruh Buku ‘Malay Delimma’ dan cerita molek tentang Mahathir telah terhakis dalam masa yang cepat. Mahathir tidak sempat menikmati sanjungan sebagai Negarawan kerana ia telah dengan sengaja membariskan dirinya sama seperti Siad Barre, Ferdinand Marcos, Soeharto dan Fidel Castro terhadap rakyat marhaennya. Mahathir menjadi diktator yang hanya menggunakan demokrasi sebagai lesen baginya untuk membebek ke luar negara dan membuat pinjaman wang.

Selaras dengan pengamalan demokrasi yang digunapakai oleh negara kita, rakyat yang sedar telah bersatu hati dan beri’tisam untuk menghumban Umno, Mahathir dan pemimpin lainnya. Mereka ditolak kerana mereka adalah manusia munafik, perasuah, penjenayah dan penipu. Dan yang terlebih pentingnya Umno dan seluruh kepimpinannya MENGKHIANATI aspirasi orang Melayu samada secara langsung ataupun tidak. Sedar atau tidak Umno dan pemimpinnya yang menjadikan rakyat Melayu Negara ini sebagai hamba di bumi sendiri. Di bawah kepimpinan Umno juga menyaksikan satu-satunya tempat orang Melayu yang tidak digugat ialah sebagai penghuni Kolej dadah SERENTI yang semakin bertambah bilangannya.

Apakah salah dan melanggar Perlembagaan apabila rakyat ingin menukar kerajaan sebagai pengamalan biasa dalam demokrasi? Bukankah Demokrasi memberi peluang yang luas dan adil bagi rakyat memilih parti politik yang mereka sukai? Bermoralkah bagi pemimpin Umno menghasut rakyat membenci sebuah parti yang sah dan diiktiraf oleh Perlembagaan? Kenapa Polis tidak mengambil tindakan kepada Mahathir yang menghasut di bawah Akta Hasutan? Oleh sebab Umno dan PDrM adalah rakan kongsi ‘partner in crime’, maka perbuatan keji Mahathir dipandang sepi dan perlu sebagai pemimpin kerajaan. Keadaan akan menjadi kecoh dan huru-hara dalam media apabila pemimpin PAS bersuara dan berkias menyatakan keburukan pentadbiran dan salahlaku pemimpin Umno yang kebetulannya adalah pemimpin kerajaan.

Fanatik bukanlah budaya dalam Parti PAS mahupun Parti Keadilan Rakyat. Pemimpin dan para aktivisnya adalah kelompok cerdik pandai Melayu yang mendapat bukan sedidkit sokongan dari rakyat termasuk kakitangan Awam. Rakyat marhaen menyedari betapa mereka tiada pilihan selain dari menghumban dan menguburkan Umno dan pemimpinnya. Hanya dengan menukar kerajaan Persekutuan sahaja rakyat dapat menikmati kebebasan dan juga kemakmuran yang sebenarnya. Sekaligus kita dapat membawa pemimpin yang selama ini bersembunyi di belakang Mahathir dan PDrm ke muka pengadilan. Oh! Tentu sahaja Mahathir bapa Mirzan ini juga tidak terkecuali, malah dia yang akan DIUTAMAKAN!!

Inilah sebenarnya yang menjadi delimma Mahathir. Inilah yang menjadi igauan dalam tidur dan jaga Mahathir. Tanpa kelibat polis yang korup, Mahathir tidak berupaya muncul di khalayak. Mahathir tahu betapa tanpa penggunaan pengundi hantu UmnoBn akan tewas di kawasan majoriti Melayu dan bandar-bandar. Mahathir sedar pengkhianatan kerajaannya terhadap pilihanraya di Anak Bukit dan Pendang. Kerana itulah mereka tidak ceria walaupun memenangi Parlimen Pendang baru-baru ini. Kerana itu juga mereka mengerah SPR membatalkan Pondok Panas dan Perayu undi bagi melancarkan pergerakan Pengundi Hantu. Delimma Melayu Baru yang cuba dikelentongnya adalah merupakan delimmanya sendiri yang timbul di bawah sedar. Delimma Mahathir Barua!!

Dr Nologareng







______________________
Terbitan : 31 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com