SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Persoalan mahu laksanakan atau tidak?

Pada pandangan saya ulasan dan perbincangan tentang HUDUD yang tersiar di laman umno-reform.com ini bagus juga untuk kita renungkan pro dan contra dia......

Kita perlu berfikiran lebih terbuka dan bersedia menerima kebenaran walaupun pahit.

Enot Sabah

.......................................

HUDUD antara persoalan mahu laksanakan atau tidak?

Ghazali Mat Dom
10-07-2002

Berikut adalah beberapa persoalan yang timbul dalam forum UMNO-Reform.com mengenai hudud. Saya memetik diskusi dari forum ini sebaik sahaja membaca kenyataan Dr Mahathir dalam Utusan Malaysia bertarikh 8hb Julai 2002. Bagi saya persoalan HUDUD tidak timbul. Sungguhpun saya tergolong antara mereka yang agak jahil mengenai agama tetapi mengheret masuk hudud untuk politik PAS atau menolak hudud untuk politik UMNO tidak seharusnya timbul. Saya sempat membaca buku ringkas DEBAT HUDUD dalam politik Malaysia tulisan atau komplilasi Kamarul Zaman Haji Yusoff dan memahami setidak-tidak beberapa perkara yang penting dalam Hukum Allah SWT. Bagi saya, HUDUD dan perlaksanaannya adalah tuntutan Agama Islam. Mempersoalkan keadilan dari sudut hukum ALLAH tidak wajar bagi kita beragama Islam. Kalau ada kekeliruan dalam interpretasi hukum tersebut harus ianya di selesaikan melalui proses kefahaman agama dan bukan sekatan politik. Bagaimanapun penerangan yang menyeluruh harus di kemukakan kepada orang BUKAN ISLAM yang masih kurang faham mengenai hukum HUDUD yang kalau di nilai akan melambangkan kebesaran kalam ALLAH SWT.

Dengan demikian saya menasihati mereka yang mampu untuk segera sedikit sebanyak mengkaji dahulu erti hudud sebelum mengemukakan pendapat yang hanya menampakkan sekatan minda dan halangan politik.

Ikhlas saya katakan bahawa menolak kenyataan Dr Mahathir apabila membaca UTUSAN MALAYSIA yang memamparkan kenyataan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed. Andai itu adalah interpretasi Perdana Menteri Malaysia maka saya pohon agar beliau melihat hudud bukan dari sudut PAS dan UMNO tetapi berdasarkan hudud yang menjadi syarat kita beragama Islam. Sungguhpun begitu saya merayu agar kita dalam UMNO khususnya para cendikiawan dari IKIM, ulamak-ulamak dari Majlis Agama negeri untuk sama-sama duduk dan membincangkan hudud berlandaskan syariah dan kehendak agama dan bukan membahaskan samada hukum hudud itu adil ke tidak dengan sekatan kepartian.

Saya turunkan sekali petikan dari Utusan Malaysia yang mana kenyataan Dr Mahathir jelas mempersoalkan keadilan hukum itu yang bagi saya tidak wajar langsung. Berikut petikannya dan kenyataan keseluruhan beliau:

---------------------------------------------

DR MAHATHIR MENGENAI HUDUD DI PETIK DARI UTUSAN MALAYSIA.

Kezaliman di Terengganu -- PM: Jika bezakan hukuman pesalah beragama Islam dengan bukan Islam DR. MAHATHIR Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang melakukan lawatan dua hari ke Sarawak, disambut oleh orang ramai setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam. - Gambar ZUL AZHAR SHEBLEE.

Oleh:RADHUAN HUSSEIN

KUCHING 8 Julai - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Kerajaan Pas Terengganu akan melakukan kezaliman jika membeza-bezakan hukuman antara pesalah beragama Islam dengan pesalah bukan beragama Islam walaupun kedua-duanya melakukan kesalahan yang sama.

Perdana Menteri memberi contoh adakah adil jika orang Islam dan bukan Islam yang terbabit dalam kes mencuri tetapi apabila dijatuhkan hukuman, tangan orang Islam dipotong sedangkan penjenayah bukan Islam hanya dipenjara.

Beliau berkata, jika Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Qisas dan Hudud) yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Terengganu dilaksanakan maka akan berlaku penganiayaan kerana ada pihak (umat Islam) menerima hukuman berat manakala pihak lain pula menerima hukuman ringan.

``Kalau jenayah dilakukan, amat zalim satu pihak (orang Islam) dapat hukuman berat sedangkan pihak lain dapat hukuman ringan.

``Contohnya jika orang Islam dan bukan Islam berpakat untuk mencuri, tangan orang Islam dipotong sedangkan orang bukan Islam hanya dipenjara dua bulan, apakah ini adil?'' soalnya.

Sementara itu, undang-undang tersebut diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu petang ini setelah dibahas selama dua hari.

Begitu juga dalam kes rogol, Dr. Mahathir turut menekankan soal keadilan apabila seseorang wanita mendakwa dirogol tetapi tidak dapat membawa empat orang saksi sehingga dia dianggap bersalah kerana membuat kenyataan tidak benar.

Tegasnya, siapa mahu merogol kalau ada empat orang yang melihat.

``Kita tidak tolak undang-undang Tuhan, kita tidak tolak undang-undang Hudud. Yang kita tolak ialah hukuman politik parti Pas semata-mata,'' katanya pada perasmian Bangunan MASJA milik Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) di Petra Jaya di sini hari ini.

Bangunan yang menelan belanja kira-kira RM60 juta itu turut menempatkan beberapa premis komersial dan pejabat kerajaan.

Hadir sama adalah isteri beliau, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Seri Laila Taib.

Semalam, Kerajaan Pas Terengganu telah membentangkan Rang Undang-undang Jenayah Syariah (Qisas dan Hudud) di Dewan Undangan Negeri selepas tertangguh dua kali pada bulan April dan Jun lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, pembentangan itu dibuat bagi memenuhi tuntutan rakyat.

Peruntukan rang undang-undang itu meliputi hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina termasuk sumbang mahram dan potong tangan bagi kesalahan mencuri atau sariqah buat kali pertama dan potong kaki kiri bagi kesalahan kedua.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri dalam ucapannya itu juga turut hairan kenapa terdapat perbezaan tafsiran dan peruntukan mengenai undang-undang hudud bagi Kelantan dan Terengganu. Beliau menjelaskan, jika mereka benar-benar ingin menegakkan hukum Allah, tidak mungkin ada perbezaan undang-undang antara dua negeri yang diperintah oleh Pas itu.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir menegaskan bahawa hukum hudud yang dibentangkan oleh Pas itu sebenarnya adalah undang-undang ciptaan mereka sendiri atas kepentingan politik dan bukannya undang-undang Allah.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan Pas jelas telah merombak dan meminda undang-undang sedia ada sedangkan undang-undang ciptaan Allah tidak boleh diubah sama sekali.

``Takkanlah undang-undang Allah boleh dirombak oleh manusia dan diperbetulkan sedangkan undang-undang Tuhan hanya satu. Ini menunjukkan undang-undang yang dikemukakan mereka bukan hukum hudud, bukan undang-undang Tuhan tapi undang-undang ciptaan mereka atas kepentingan politik mereka,'' katanya.

Perdana Menteri seterusnya berkata, Kerajaan Pas Terengganu sanggup meminda undang-undang sedia ada setelah melihat usaha mereka selama ini mendapat tentangan hebat dan kemungkinan kehilangan sokongan dan undi rakyat termasuk orang bukan Islam.

``Ini menunjukkan undang-undang manusia, manusia boleh pinda undang-undang manusia tapi tak boleh pinda undang-undang ciptaan Tuhan,'' tegas beliau.

Menurut Dr. Mahathir, Kerajaan Negeri Terengganu itu juga menggunakan undang-undang atau hukum hudud itu hanya untuk menimbulkan rasa serba salah bagi Kerajaan Pusat.

Ini kerana, jelasnya, mereka mengetahui Kerajaan Pusat tidak akan meluluskan undang-undang yang mereka inginkan menyebabkan mereka bertindak menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak undang-undang Allah.

Tegasnya, kerajaan pusat tidak akan mencipta undang-undang yang menganiaya rakyat kerana negara ini mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama.

Perdana Menteri turut memberi jaminan kepada seluruh rakyat negara ini termasuk bukan Islam bahawa kerajaan Barisan Nasional akan sentiasa bertindak adil dan toleransi.

----------------------------------------------

Di petik dari Forum UMNO-REFORM

----------------------------------------------

ok.... kpd. siapa yg bertanya pasal Islam Pas dan hudud, baca jawapan saya kpd kawan saya by ahli PAS seumur hidup

kamxx, aku adalah salah seorang yang berminat dengan isu hudud ni. Tapi aku ada beberapa soalan yang nak diutarakan dan berharap engkau dapat menjelaskan secara terperinci.

1) Adakah orang yang bukan Islam akan dikenakan juga hukum hudud ni sama seperti orang Islam. Contohnya kalau mereka minum arak, adakah dikenakan hukuman jugak, kalau mereka berzina, dikenakan rejam?

2) Macamana kriteria 4 saksi tu ditentukan. Adakah antara 69ers ni boleh menjadi saksi? Sebab tak sure samada ada atau tidak melakukan dosa - dosa besar. Boleh kah orang yang sedang dalam proses meninggalkan dosa - dosa besar tu menjadi saksi. Macamana nak tentukan yang saksi tu tak melakukan dosa -dosa besar, sebab kalau di luar nampak baik, tapi dalam hanya Tuhan yang tahu.

3) Boleh tak saudara Azmi jelaskan macamana perempuan yang dirogol nak mepertahankan dirinya dari dituduh berzina. Adakah dia kena mencari 4 orang saksi untuk menyaksikan dia dirogol?

4) Adakah perlaksanaan hukum seperti rejam, rotan dsb akan dijalankan secara tontonan kepada orang ramai seperti merejam orang yang berzina itu di tengah - tengah Dataran Merdeka misalnya atau ia dijalankan secara tertutup?

5) Adakah Kerajaan Terengganu serius dalam melaksanakan hudud ni, ataupun hanya pada kertas sahaja lepas tu jadi perhiasan sebab orang ramai masih samar - samar termasuk pemimpinnya sebab asyik nak buat amendmend pada phrase-phrase dalam akta tersebut takut pengudi bukan Islam lari?

6) Adakah orang - orang bukan Islam dan bukan Melayu yang ramai contohnya di Kuala Lumpur ni akan menerima bulat - bulat hudud ni tanpa sebarang bantahan? Kalau kat Terengganu tu mungkin kurang kot sebab Melayu ramai

Diharap saudara Azmi dapat menjelaskan confusion saya ni sebab saya tak sempat dengar ceramah PAS yang menjelaskan hukum hudud ni kerana mereka sibuk mengutuk orang dengan mengatakan orang lain haprak dari sibuk untuk menjelaskan hudud.

Wassalam.

-------------------------------------------------

Jawapannya

Terima kasih atas soalan dari Mat Pi...dan aku harap ianya ikhlas utk menambahkan ilmu akhirat....InsyaAllah. Aku bukannya pakar dalam bidang hudud ni tapi aku akan cuba jawab dengan sebaik mungkin dan segala kelemahan dalam jawapan aku diharapkan dapat keampunan dari Allah swt. Kalau secara terperinci, mungkin kau kena e-mail kepada tuan guru hj hadi atau wan mutalib embong.

FYI, aku tak ikut penerangan kerajaan PAS Terengganu mengenai hudud ni sebab kebanyakkan forum yg dilangsungkan semasa waktu pejabat.... walau bagaimanapun aku sempat membaca beberapa article mengenai hukum jenayah hudud & qisas oleh tuan guru hj hadi dan beberapa posting oleh ustaz2 dlm yahoo groups yg menarik minat aku. In fact, pagi tadi pun aku berbincang mengenai tajuk ni dgn bapak aku termasuklah soalan2 yg kau bagi tu secara kebetulan sebab ianya adalah FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ) oleh mereka2 yg samar2 atau kureng faham atau TAK NAK faham pasal hudud sebab guna logik akal fikiran dari berpandukan kepada Al Quran & Hadis.

Hudud adalah undang2 agama Islam yg ditujukan kepada orang2 beriman.... sebab setiap ayat AL Quran berkenaan dgn hukum hakam Allah akan dimulakan dgn "Wahai orang2 yg beriman...." Dalam masa yg sama Islam membenarkan hak bebas beragama kepada org2 yg beragama lain. Dalam agama Kristian atau Hindu, mereka tiada undang2 seperti hudud. Contohnya kalau minum arak adalah tak salah pada mereka, takkanlah kita nak tangkap mereka. Tapi kebebasan mereka diterhadkan kepada tempat2 tertutup sebagai menghormati umat Islam. Begitu jugak dlm agama mereka tiada undang2 yg melarang mereka berzina...cuma mereka anggap ia adalah 'unethical'.....so, boleh ke kita hukum mereka? Unless, kalau mereka melakukan jenayah 'rogol'....maka mereka akan dihukum mengikut undang2 yg sedia ada ATAUPUN kalau mereka merogol org Islam, maka, mangsa diberi KEADILAN kalau mahu mengikut hukum Islam iaitu HUKUM HUDUD....

Berkenaan dgn saksi 4 org yg beriman.......'beriman' dlm erti-kata ia tak tinggal solat, tidak minum arak, menutup aurat dll.....adalah secara zahir tapi Allah swt jua yg Maha Mengetahui. Tapi kalau nak menjadikan RAHIM TAMBY CHIK atau artis2 yg perangai 'tak senonoh' sebagai saksi.....aku rasa 'NO WAY JOSE'! Tapi kalau kau nak aku judge dlm SAS69ers ni siapa yg layak jadi saksi......InsyaAllah SEMUA org layak kecuali mereka2 yg MINUM ARAK, TAK SOLAT, TAK TUTUP AURAT, LAKU ZINA dll.....itu hanya dia & Allah swt yg tahu. I rest my case.

Kalau perempuan yg dirogol tidak dapat mencari 4 org saksi ...maka kita refer kepada hukum takzir....boleh refer kepada ujian darah, DNA dll....dan dijatuhkan hukum penjara, sebat dll... Inilah yg cuba diketengahkan oleh Tuan Guru sebab kita kena refer kepada enekmen2 yg lain dalam menjatuhkan sesuatu hukuman bukannya main tangkap terus rejam dgn batu atau potong tangan! Apa logik nya mahadey cakap "kalau nak makan sup tangan, pegi ke Kelantan"? ...boleh bagitau aku?

Ingat, hukum hudud adalah PREVENTIVE dan bukannya PUNITIVE..... Tuan guru pernah berkata "lebih baik kita lepaskan org yag bersalah daripada menghukum org yg tak bersalah" .....That's Hudud, my friend.

The rational behind '4 org saksi' tu ialah seboleh2nya Allah swt TAK NAK menghukum persalah ikut hukum hudud spt rejam, potong tangan, sebat, pancung kepala dll. tapi mereka tak terlepas dari menerima hukuman sebab kita boleh refer pada hukum takzir & qisas dalam menjatuhkan hukuman kepada mereka..... Tapi kalau ada yg terbukti bersalah mengikut hudud......maka hukuman yg dijalankan akan memberi kesan yg mendalam kepada 'bakal2 penjenayah' dari memulakan aktiviti mereka!

Firman Allah swt.."Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus sebatan, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman". (Surah Al-Nur: ayat 2) .....Boleh ke kita atau ANY ULAMAK dispute FIRMAN ALLAH swt ni?

Bagaimana pula 'protection' yg Islam beri kepada lelaki yg di 'framed' merogol seorg wanita yg ditolak cintanya? Adakah ini telah difikirkan oleh kumpulan2 hak asasi wanita, NGO & kerajaan?

Dan tak semudah itu utk memotong tangan, merotan, merejam.....tanpa KEADILAN secara ISLAM....kerana ianya telah dicatatkan dlm AlQuran & dibincangkan oleh ulamak2 muktabar sejak beratus2 tahun yg lalu. So, bila Malaysia nak bersedia (kalau ikut hamid othman) laksana hudud? 45 tahun dah berlalu.....so, another 45 years lagi ke? ...kenapa nak ber TAPI - TAPI lagi?

Kenapa nak takutkan hudud kalau TAK BUAT SALAH? TAK LAKUKAN JENAYAH? ....kenapa org bukan Islam nak takutkan kepada hukum hudud kalau pemimpin kita sendiri yg menakut2 mereka?

Kenapa mesti dihalang bila nak laksanakan hukum Allah swt di Terengganu? Hudud ni menzalimi rakyat ke?

"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripaa (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" (Surah Al-Maidah: ayat 49 & 50)

Dan menyentuh pasal politik.....kita lihat siapa yg BERGANTUNG sangat pada undi org bukan melayu utk menang pilihanraya? BA atau BN?

Dan bercakap pasal kutuk-mengutuk tu.....tengok aje bagaimana MEDIA & JENTERA KERAJAAN digunakan utk mengutuk pihak pembangkang tiap2 hari samada di TV, radio atau newspaper..... any comment on that?

Dan bercakap pasal 'haprak'...it was your leader DrM yg mengelarkan golongan melayu haprak....siapa lagi yg label melayu malas, tak patriotik, tak pandai menguruskan business, tak kenang budi, dll...kalau bukan dr mahadey mohamed.

Berhati2 bila berbicara mengenai hukum syariah...kalau ada sedikit didalam hati yg menentang perlaksanaan hukum Allah swt, apalagi berkata2....maka buruk padahnya. Kalau tak caya....pi tanya ustaz atau pak imam mesjid dekat rumah hang.

Wallahu' ta'alla a'lam.

p.s. kalau zalim atau tak adil........sila nyatakan kat mana dlm draf tu yg zalim & tak adil....boleh dibawah berbincang. Wassalam.

----------------------------------------------

sambungan dr. atas

by ahli PAS seumur hidup

Permasalahan hudud yg dialami sekarang adalah bukan masalah teknikal tapi AQIDAH. Sebagai umat Islam kita mestilah menerima hukum ini dengan keyakinan bahawa Allah swt Maha Adil & Mengetahui. "Teknikal" yg di argue merupakan alasan utk tidak melaksanakan hukum hudud. Seperti yg dikatakan oleh hamid othman...."Bukan kita tak nak laksana hudud tapi......" , begitu jugak dengan 'penerangan' ustaz2 yg keluar dlm TV "Menutup aurat tu memang baik tapi....." Memang sudah menjadi kebiasaan....ulamak2 pro kerajaan ni 'faham' akan kehendak agama Islam TAPI....'kehendak' kerajaan & pemimpin nampaknya SUPERSEDED yg lain..... itulah sebabnya penggunaan perkataan 'TAPI' berluasa media cetak & elektronik. Hukum hudud adalah utk org yg beriman......kerana org yg beriman TIDAK akan melakukan jenayah/kesalahan. Ada seorg ustaz di Masjid Mujahideen memberi penerangan semasa ceramah maghrib bahawa rasional Allah swt menyuruh 4 org saksi yg beriman adalah utk 'mengurangkan' chances seseorg itu dihukum hudud. Tetapi ini bukan bermakna beliau akan terlepas dari hukuman sebaliknya beliau akan direfer kan kepada hukum takzir & qisas...seterusnya. Itulah keadilan Islam.....ingat senang ke nak potong tangan, rejam dgn batu...dll..??? ..Buat apalah kita ni nak dik menakutkan org2 bukan Islam?

Sepertimana yg dijelaskan oleh tuan guru hadi, .....hukum hudud adalah PREVENTIVE LAW bukannya PUNITIVE LAW. Buat apa polis kita nak berbangga dengan statistik berapa ramai yg mereka tangkap, gantung, tembak dll..... sedangkan kita perlu berbangga dengan kekurangan kadar jenayah kerana takutkan hukuman yg 'severe' seperti hudud ini! This is the beauty of hudud!!! Tapi.....org yg tak nak hudud TAK NAK tahu semua ni. Alasan yg mereka bagi...ni semua plot politik......ni hukum hudud PAS......ni undang2 tindas wanita....etc. Mereka beranggapan bahawa hukum hudud ini zalim. Tengok aje tajuk depan Utusan hari ni...."Kezaliman di Terengganu". Kelmarin pun PM kita kata "Kita takkan membenarkan perlembagaan diubah utk menindas rakyat".....what? hudud menindas rakyat? Seseorg yg beriman akan yakin dengan hukum Allah...walaupun pada zahirnya ianya nampak 'berat' atau 'severe' tapi...hanya dengan hukuman hudud lah seseorag itu akan terlepas dari hukuman di akhirat nanti. Pada zaman Rasulullah saw dahulu, ada seorg pemuda bekerja sebagai penggali kubur. Setiap mayat wanita beliau akan menelanjangkan dan pada suatu hari beliau 'berlaku sumbang' dgn mayat wanita & mengakui didepan Rasulullah saw. Oleh kerana terlalu marah....Rasulullah saw bersabda "Akan masuklah kau ke Neraka!" ...Kemudian pemuda itu bertaubat 40 hari 40 malam & pada malam terakhir beliau berdoa kepada Allah swt "Kalau kau tak terima taubat ku sekurang2nya kau beritahu lah kepada Muhammad saw akan penyesalan aku".....Maka Jibril as pun diutuskan oleh Allah swt utk memberitahu Rasulullah saw..." Siapa yg lebih adil...keadilan kau ya Rasulullah ataupun Allah swt? Begitu jugak dgn kisah seorg perempuan mengandung yg mengaku melakukan zina kepada Rasulullah saw......setelah beliau melahirkan anak, habis menyusukan bayi tersebut maka dijatuhkan hukuman rejam sampai mati. Setelah mati...sahabat2 Rasulullah saw seorang demi seorag bermimpi bahwa wanita tersebut telah masuk ke Syurga & bila mereka menanya Rasulullah saw..baginda bersabda " Ya, aku juga bermimpikan wanita tersebut masuk ke Syurga". .......So, hudud ni ZALIM ke? hudud ni kejam ke?

Kepada mereka2 yg masih kurang yakin dengan hukum hudud.......SEMAK diri kita balik....tengok2 kalau ada wayar tak connect atau skru yg loose. Ingat.....penerimaan kita terhadap hukum Allah ini bukannya masalah undang2...masalah teknikal TAPI.......masalah AQIDAH!!!! Sebaik2 hukuman & penyesalan ialah BERTAUBAT kepada Allah swt!!! Keadilan Allah swt adalah TIADA TANDINGAN NYA!!!! ...Allahu akbar!!!! Itulah hukum hudud.

Wallahu' ta'alla a'lam.

"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti akan Kami menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang TIDAK mereka ketahui." "Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh" [Surah Al-A'raf : ayat 182 & 183

Sumber: http://www.umno-reform.com/hududghazali.htm







______________________
Terbitan : 16 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com