Inikah standard laman web mufti Kedah?Oleh Mat Everest Assalamualaikum
Saya masuk melawat web rasmi mufti negeri kedah Kalau tak percaya sila anda lawat sendiri di alamat di atas. Bila kita lawat laman ini yang kita utamakan ialah mengenai fatwa-fatwa yang kita perlukan yang dikeluarkan oleh mereka. Pecahan fatwa mereka bukan main lagi seperti AQIDAH, IBADAT, MUAMALAT, MUNAKAHAT dan UMUM. Sebagai contoh tempat pertama yang kita klik tentulah AQIDAH kerana ini yang menjadi fokus kita hari ini. Peliknya AQIDAH tak keluar yang keluar MUAMALAT. Saya nak tahu serba sedikit fatwa mengenai JIHAD, HUDUD, HUKUM YANG DITETAPKAN ALLAH, MEMPERSENDA AGAMA, NABI DAN AL QURAN pada kacamata menurut Fatwa Negeri Kedah. Langsung takada. Pendek kata fatwa yang kita nak tahu dan kebetulan ianya jika dikeluarkan itu mungkin akan bercanggah dengan kerajaan langsung tak ada. Ini fatwa yang ada adalah yang tak perlu kita rojok kat majlis fatwa memadai kat ustaz-ustaz sekolah rendah agama sahaja. Tajuk bukan main BANK FATWA. Bila buka BANK FATWA bukan bank fatwa tapi almari lama dengan kain yang dah orang lain semua beli dan ada miliki sendiri. KENAPA JADI MACAM INI ORANG YANG BIJAK AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI YANG BERGELAR MUFTI. Ini web satu dunia boleh surf tau. Bukan majalah dalam sekolah-sekolah. MALU. Cuba lawat web mufti singapura, mufti brunei 100 kali lebih bermakna. Buat malulah kalau mufti kita bercakap pasal hukum yang ustaz lulusan spm dah boleh jawab. Bila lawat laman bertaraf MUFTI NEGERI, macam ini punya standard ilmu mereka., rosaklah agama Islam. Langsung tak ada keberanian nak menegakkan Agama Allah. Demi menegakkan kebenaran langsung tak ada kebenaran. Saya syorkan jika begini punya standar laman web ini elok TUTUP jer laman ini atau kalau tak mahu TUTUP buatlah pengumuman LAMAN INI STANDARD SEKOLAH RENDAH JER. KALAU ANDA MELEBIHI HAD INI SILA KELUAR. Yang syok lagi satu LAMAN INI PUNYA motto mereka. Kalau tak percaya pi lawat tengok. Mottonya ialah “AGAMA SEBAGAI NASIHAT dot dot dot dot” ini mengingatkan saya tajuk filem melayu “ISTERI PEREMPUAN DAN dot dot dot” Mottonya “AGAMA SEBAGAI NASIHAT dot dot dot dot” dah menggambarkan SIFAT PENGECUT. Apa salah kalau berterus terang sahaja. Kalau berjiwa pejuang kebenaran untuk Allah tulis sahaja mottonya seperti ini. AGAMA SEBAGAI NASIHAT UNTUK KEBENARAN WALAU PUN NYAWA DI ANCAM. Atau kalau tak berani dan nak jaga syuruuuu beb.. tulis macam ini “AGAMA SEBAGAI NASIHAT TETAPI IANYA HANYA YANG TAK BERCANGGAH DENGAN KEHENDAK PEMERINTAH” Ini tak tulis “AGAMA SEBAGAI NASIHAT dot dot dot dot” . apa ni. Inikah taraf dan ilmu mufti kita. KALAU BEGINI,ALAMAT HANCURLAH AGAMA ISLAM OOIII. SAYA SYORKAN ANDA LAWAT LAMAN INI DAN BAGI KOMEN SELEPAS ITU.
______________________
Diterbitkan oleh : |