SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Si Mangkuk Hayun Sudah Balik!

Mangkuk hayun muka tak malu tu dah balik. Dengar khabarnya Umno siapkan 10,000 barua @ pelakun pak pacak untuk bersandiwara betapa rakyat memerlukan Mahadey. Hampa ingat pak pacak tu pergi free saja ka? Kurang-kurang satu orang dapat RM20 + kos bas lagi. Pagi tadi berbaris bas ke TUDM Subang dengan sepanduk memuji dan memuja Mahadey. Kurang-kurang ratus ribu ringgit habis pagi tadi hanya semata-mata nak sambut Mahadey. Depa ni kalau bab merabih duit untuk bodek Mahadey memang pandai, macam duit mak bapak dia. Apa benda yang orang Umno tak claim? sampai langgan pelacur pun depa pakai duit rakyat. Punya la haprak puak-puak ni. Semua ni angkara Mahadey=Umno, macamana ketua dia macam tulah pengikutnya.

Lepaih dia merabih duit rakyat di Itali …. yang kununnya untuk bercuti ….tapi sebenarnya mencari idea untuk adengan seterusnya. Lepaih ni nak pi ke Thailand pulak. Apa ke jadah punya PM. Dia habiskan sisa-sisa hidup dia dengan merabih duit rakyat. Rakyat marhain bertungkus lumus bekerja kemudian dapat duit, kemudian bayar incometax kepada kerajaan … dia balik bercuti terus saja claim (samun). Yang dok bisnes dengan kerajaan kalau nak claim setelah hantar invoice tunggu la .. sampai berjanggut .. kalau 180 hari baru bayar kira baik la. Kalau tidak, tunggu la sampai setahun .. itupun kira mujur dapat. Kalau tak percaya tanyalah orang yang pernah bisnes dengan gomen. Itulah sebabnya sebut harga pada projek kerajaan semuanya lebih daripada triple jika dibanding dengan harga pasaran biasa.

Tadi tak sempat nak tengok Ismet Ulam Raja ‘melaporkan’ bahawa ‘berjuta-juta’ rakyat menyambut Mahadey di TUDM Subang. Cuma sempat buka TV pada pukul 8.20 pm. Masih ada sedikit cerita Mahadey diselang dengan sajak karya seorang Cina. Orang Melayu mana? atau orang Melayu tak pandai buat sajak … atau tidak ada orang Melayu yang mahu buat sajak untuk membodek Mahadey. Terkejut sekejap apabila nama Mohd. Sabu disebut, syok jugak tengok Mat Sabu diberi kesempatan untuk ‘berceramah’ menghentam Mahadey yang dah jadi Tuhan dan haprak. Kata Ismet Ulam Raja, Mohd. Sabu dan Shahnon menghina Mahadey dengan perkataan ‘haprak”. Baru sekarang RTM tahu bahawa perkataan ‘haprak’ itu sungguh hina. Masa Mahadey kata Melayu haprak (Melayu dihina) waktu perhimpunan Umno mangkuk hayun tahun lepas … tidak satu suarapun dari media massa yang kata haprak itu satu kata penghinaan. Kalau haprak tu dituju pada Mahadey habis bersilat puak pembodek mempertahankan Mahadey si haprak yang sehaprak-hapraknya.

Syabas kepada Zam Mamak yang dapat idea baru untuk kempen pilihanraya Pendang dan Anak Bukit. Si Ismet kata ramai penonton yang talipon menyokong disiarkan ceramah pembangkang menghina Mahadey. Kepada PAS, teruskan ceramah kerana RTM dengan ‘ehsan’nya akan menayangkan ceramah ‘terpilih’ pada waktu prime time. Lepas ni ramailah orang Kedah (orang Umno saja le) akan muncul di TV menghentam PAS. Dan selepas ini juga makin ramai orang kampung yang akan mengenali wajah Mat Sabu. Orang Umno kata Mat Sabu tak lakukan apa-apa pada negara dan rakyat … jangan lupa isu-isu yang ditentang oleh pembangkang termasuk Mat Sabu seperti bayaran lesen memandu, elaun polis dinaikkan, kadar toll dll. Kalau tak dak orang macam Mat Sabu ni di Parlimen silap haribulan pejalan kaki yang lintas plaza toll pun kena bayar duit!!! Betul atau tidakkkk!

Ingatnya Zam Mamak, hang merancang, Allahpun merancang jugak. Berita tangkapan kes dadah di Kelantan katanya meningkat … sampai gambar Pak Lebai dengan kopiah putih dan berjanggutpun terlibat dengan kes dadah. Adakah mereka disyaki atau sudah terbukti positif. Inipun satu sandiwara lagi yang di taja oleh Polis Raja Di Malaysia. Adakah negeri-negeri di bawah pemerintahan BeEnd kadar jenayah dan dadah berkurangan??? Kalau berani siarkan statistik tangkapan jenayah dan dadah bagi seluruh negeri. Pasti Khir Toyo menggelabah habis.

Nampaknya Umno makin gelabah dengan pilihanraya di Kedah dan pembentangan hukum hudud dan qisas di Terengganu. Kepada petugas-petugas yang akan ke Kedah untuk bertugas pastikan anda mengikuti dakyah-dakyah terkini Umno/BeEnd di TV dan suratkhabar dan menyediakan jawapan kerana hujah yang mantap boleh mengubah undi atas pagar dan mungkin juga Umno ‘pure’. Kalau jumpa pakcik/makcik Umno yang dah tua dan ada chop kapai layaq kat muka dia, tanya dia ‘Kalau pakcik/makcik tengah sakit sampai dah nak ‘jalan’ (nazak) antara Hj. Mahadey dan Hj. Nik Ajis … gamaknya mana satu nak minta tolong baca Yasin?’

‘SELAMAT BERJUANG…..BULAN PURNAMA AKAN TERUS MENGAMBANG DI PENDANG DAN ANAK BUKIT INSYAALLAH’

-GaruGaruDotCom







______________________
Terbitan : 4 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com