Ulasan strategi untuk pimpinan BADengan nama Allah tuhan semesta Alam, ANA bukanlah dari kalangan para cendikiawan mahupun para ilmuan untuk memberi ulasan tentang strategi yang sophisticated untuk pimpinan BA namun hanya sekadar pandangan dan sedikit ulasan dari ANA yang fakir lagi hina ini. Setelah meneliti beberaper artikel dari penulis cyber yg terlibat secara langsung mahupun sebagai pemerhati di dalam Pemilu Anak Bukit Dan Pendang beberaper kesimpulan dapat di buat : 1) PIMPINAN HARUS MELETAKKAN KATEGORI BAGI SETIAP PERANCANGAN DENGAN RAPI MENGIKUT TAHAP KEPERLUAN SEMASA
a) TAHAP 1- Mengikut kehendak Kerajaan dgn Mengikuti Setiap peraturan yg dikenakan dalam setiap Pemilu .( sudah di laksanakan hasilnye Kita Kalah) b) TAHAP 2- Persediaan Pemilu dengan Perlaksanaan yang Agresif tetapi Terkawal ( sudah di laksanakan tetapi keputusan masih kurang menyakinkan) c) TAHAP 3 - Persediaan Pemilu dengan Memberi Amaran kepada Jentera Kerajaan supaya menghentikan sikap berat sebelah atau bersedia dengan risiko yang lebih drastik iaitu perarakkan di kawasan pemilu dan bertindak memulaukan Pemiluan tersebut. d) TAHAP 4 - Jika pemimpin di tahan dan cubaan mengharamkan BA di buat maka inilah masa untuk rakyat kembali mendesak dengan kekerasan kerana Demokrasi sudah tidak berfungsi. 2) PERLAKSANAAN STRATEGI DAN SAIKOLOGI PEMILU MELALUI KEM MOTIVASI DAN PERANGKAAN
a) Setiap Kawasan harus memilih mereka yang layak dan berkemampuan untuk projek ini. Hantar mereka untuk kem yang dibuat dan pastikan mereka ini komited pada perjuangan. b) Dapatkan bantuan dari Pakar dan mereka yang berpengalaman - Sebagai contoh ; I) Raja Komando - Bekas Komando Yang Tahu Selok Belok Politik Kotor Umno @BN II) Dato Wan Ismail - Bapa Kepada YB Wan Azizah - Beliau adalah bekas Perancang Gerakan Sulit (Intelligence) Negara III) Dato Hassan Ali - Pakar Motivasi IV) Tuan Guru - Tuan Guru yang boleh meningkatkan tahap kerohanian yang tinggi untuk misi yg penting ini.
c) Mereka yang telah menjalani kem ini harus pulang dan terus buat persediaan dengan melantik beberapa lagi pembantu untuk strategi yang telah di pelajari. 3) PERLAKSANAAN HARUS ADA PANTAUAN DARI SETIAP KETUA BAHAGIAN ATAU CAWANGAN DENGAN PENYATUAN PIHAK BA
a) Setiap mereka yang di kenal pasti harus membuat laporan pada ketua bahagian setiap minggu utk aktiviti serta risikan b) Setiap Mereka yang terlibat boleh dihubungi sesama mereka jika perlukan bantuan terutama mereka yg berdekatan kawasan utk maklumat atau aper sajer aktiviti yg perlu. c) Setiap ketua Bahagian harus tahu siaper mereka ini dan cara untuk menghubungi mereka Mereka yang ANA sebutkan diatas adalah Pengempur Barisan Hadapan dan Sumber Maklumat Risikan yang membolehkan kita berada selangkah awal dari Umno @ BN utk sebarang subersif atau Kekacauan. Memang tidak semudah itu untuk melaksanakan aper yang dicadang namun sesuatu harus di lakukan sebagai persediaan untuk melangkah lebih jauh lagi. SEMOGA ALLAH MERAHMATI PERJUANGAN BA!!!
______________________
Diterbitkan oleh : |