SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Kasihan dengan keadaan Imam 1 Masjid Negara

Petikan:
Forum Gerak Reformasi

Ambo satu zaman dengan "Ustaz" tersebut semasa belajar di Kaherah dahulu. Walaupun tidak saling mengenali tetapi pernahlah juga terserempak beberapa kali semasa kami student, beliau di daerah Shubra di pinggir Kaherah belajar di Maahad Tahfiz sementara ambo di proper downtown Kaherah.

Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Shubra ini memang disegani ramai sebab mereka memang pakar dari sudut ilmu pembacaan al-Quran. Sebab itulah apabila beliau mula menjadi Imam 2 Masjid Negara, ambo rasa bangga juga kerana kami dulu were sort of friends jugalah. Apabila Ustaz Taib Azamudin mula bergerak aktif dalam PAS dan perjuangan Islam dan keadilan, ambo rasa tak lama lagi mungkin giliran "Ustaz" pula.

Sehinggalah malam ini...

Setelah mendengar ceramah Sdr Zulkifli Nordin lawyer DSAI, di Seremban sebentar tadi, dapatlah ambo sahkan berita angin yang selama ini ambo tidak mahu percayai. Sdr Zul menyatakan betapa dalam kempen pilihanraya kecil Pendang dan Anak Bukit tempohari, "Ustaz" telah turut turun padang dan berkempen untuk UMNO/BN. Itu satu hal.

Hal yang lebih menyayat hati dan buat ambo lebih kasihan kepada "Ustaz" ialah, dari mulut sdr Zul sendiri, beliau telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya tentang hukum Hudud yang PAS mahu tegakkan semasa beliau berkempen itu. "Ustaz" telah menyebut di antaranya bahawa hukum Hudud ini adalah ketinggalan zaman, zalim dan sebagainya. Dan sebaik sahaja menyampaikan kata-katanya, sdr Zul mencabar jikalau ada SB di dalam majlis itu untuk menangkapnya jikalau apa yang dikatakannya itu adalah palsu.

Ambo risau selepas ini apa akan berlaku kepada keadaan solat di Masjid Negara khususnya solat Jumaat. Apakah kesan kata-kata yang seperti itu kepada aqidah seseorang Muslim, tidak kiralah dia itu Imam besar kah atau Imam kecil atau Muslim kebanyakan. Apakah umat Islam akan memboikot setiap solat yang akan diimamkan oleh "Ustaz" yang berbadan kurus itu. Memang tak sampai hati ambo nak menyebut namanya di sini. Tapi kalau dia itu Imam Besar nombor wahid masjid negara, itulah dia orangnya, memang tak ada orang lain lagi.

Ambo memang bertanggungjawab terhadap tulisan ini walaupun menyedari kesannya yang tidak sedikit kepada pembaca yang membacanya khususnya warga KL yang kerap bersolat di sana. Tetapi jikalau ambo menyembunyikan kesaksian ini, akibatnya akan bertambah parah bagi diri ambo sendiri. Jikalau berbohong sdr Zul, maknanya berbohonglah ambo. Untuk clear the air dan mendapatkan penjelasan yang tepat mengenainya, silalah berhubung dengan sdr Zul sendiri melalui handphone beliau iaitu 013-3563918, sekali lagi, 013-3563918. Secara kebetulan kami adalah kenalan lama dan beliau tidak keberatan memberikan nombornya. SB tak perlu catit sebab boleh tanya sendiri di Bukit Aman.

Silalah bertanya apakah yang telah dilakukan oleh Imam Besar Masjid Negara semasa beliau berkempen untuk UMNO/BN semasa di Pendang. Apakah yang telah disebutkannya. Dan bertanyalah kepada tok-tok guru dan ustaz-ustaz yang beramanah dengan ilmunya akan kesan kata-kata itu kepada aqidah seseorang. Allah itu tidak memilih bulu, Dialah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya.

Salam takziah buat "Ustaz",

HC







______________________
Terbitan : 30 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com