SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Giliran Kit Siang untuk pergi?

Apa telah terjadi kepada Lim Kit Siang ?

Kenyataannya kepada Malaysiakini supaya Ustaz Hadi Awang tidak membentangkan hukum Hudud di DUN Terengganu jika mahu dianggap sebagai pemimpin yang sederhana adalah berbentuk ugutan.

Ugutan yang sedemikian selalunya bukan datang dari pemimpin sebuah parti pembangkang tetapi dari pemimpin UMNO atau BN.

Rhetoric tentang diskriminasi terhadap kaum wanita yang dimainkan oleh Pengerusi DAP itu seperti datangnya dari mulut Shahrizat Jalil bukan dari mulut seorang ahli politik pembangkang yang matang.

Walaupun DAP bukan lagi di dalam keluarga BA tetapi ianya masih berada di dalam keluarga pembangkang di Parlimen.

Selepas peristiwa 11 September di mana BN sedang menyerang pembangkang bertubi-tubi kali adalah lebih logik jika parti-parti pembangkang mengurangkan serangan-serangan di antara mereka.

Adakah dengan menyerang PAS di dalam perlaksanaan Hudud atau menjadi “barua” untuk melakukan serangan bagi pihak Dr. Mahathir, Shahrizat dan kuncu-kuncu mereka, Kit Siang menyangka BN akan mengurangkan serangan terhadap DAP ?

Bukahkah Dr. Mahathir berkata baru-baru ini “…..there is no reason for DAP to exist anymore…..” ?

Walau bagaimanapun pendirian dan sikap Kit Siang berlainan dari ahli-ahli DAP lain di peringkat grassroot termasuk juga ahli-ahli Parlimen mereka yang menunjukkan sikap lebih terbuka.

Di dalam dialog di Century Paradise, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 29 Jun lepas, ahli-ahli DAP menunjukkan sikap yang berlainan dari Pengerusi mereka.

Pencapaian kurang cemerlang DAP pada pilihanraya umum 1999 sememangnya bukan disebabkan ia berada di dalam BA. Mungkin ianya mengidap penyakit yang sama seperti MCA. Sindrom “..…ikan akan busuk dari kepalanya…..” mungkin juga sedang melanda DAP.

Nampaknya Kit Siang dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya lebih menjadi bebanan kepada pembangkang dan aset kepada BN. Berlainan dengan pemimpin-pemimpin muda DAP yang memahami bahawa kerjasama antara kaum merupakan kunci untuk menumbangkan BN atau sekurang-kurangnya untuk menafikan majoriti dua pertiga BN.

Walaupun mereka akan menjadi Pak Angguk di depan Kit Siang tetapi saya yakin keadaan akan berubah jika Kit Siang tiada lagi.

Bulan lepas kita telah melihat pemergian Presiden PAS yang diratapi oleh jutaan dan perletakan jawatan Presiden UMNO yang turut diratapi oleh para kroni serta opportunis. Perubahan pimpinan telah berlaku di dalam PAS dan akan berlaku di dalam UMNO. Walaupun Kit Siang bukan lagi Setiausaha Agong tetapi beliau dianggap sebagai kuasa penentu sepertimana Menteri Kanan Lee Kuan Yew di Singapura. Sekiranya Kit Siang terus bertindak merugikan pembangkang maka tidak hairanlah jika ramai yang mengharapkan beliau menuruti kedua-dua Presiden yang telah atau akan pergi itu.

Iskandar A. Samad
1 Julai 2002







______________________
Terbitan : 3 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com