Ahli PAS Tg.Karang Mungkin Tak Dapat Mengundi !Oleh : Jembalang. Pada mulanya saya cuma mendengar desas desus kedai kopi mengatakan ramai ahli PAS kawasan Tanjong Karang mungkin gagal mengundi dalam pilihanraya umum akan datang kerana nama mereka telah ' dicuri toyol ' dari daftar pemilih 2001 yang disahkan pada 27 Disember 2001. Keinginan saya untuk memboktikan sama ada benar atau tidaknya dakwaan itu bertambah kuat apabila akhbar Harakah memberitahu dalam piliharaya kecil Pendang baru-baru ini , terdapat lebih 1,500 nama pengundi tiada dalam daftar dan mereka gagal mengundi. Apabila saya melayari web SPR ' daftar.spr.gov.my ' saya amat terkejut kerana nama saya juga turut hilang dari daftar tersebut. Pada hal pada pilihanraya umum 1999 saya telah mengundi di pusat mengundi kampung saya dan sebelum ini telah tiga kali mengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama !. Persoalannya di sini, bagaimana nama saya boleh tiada dalam daftar ? Mungkin benarlah ada ' toyol ' yang menggunakan guru-guru KEMAS untuk memadam nama-nama pengundi yang diramal menyokong parti pembangkang, melalui ' bancian penduduk ' yang pernah mereka buat pada masa lalu !. Kalaulah begini yang berlaku, maka tidak salah ada kalangan rakyat yang hilang kepercayaan kepada SPR selain mereka merasa yakin ianya telah dilakukan oleh perisik-perisik toyol terdiri dari kalangan UMNO yang jelas menggunakan SEMUA TIPU MUSLIHAT untuk menang pilihanraya. Tak kita cara halal atau haram. Tak kira orang suka atau orang menyumpah !….. Kerana itu saya menyeru kepada ahli-ahli PAS kawasan Tanjong Karang supaya CEPAT SEMAK NAMA ANDA DALAM DAFTAR PENGUNDI SEKARANG melalui laman web SPR. Kepada ketua-ketua UPU jangan merasa selesa kerana nama ahli PAS ada dalam daftar mengundi pilihanraya 1999 lalu. Kerana nama-nama yang ada simpanan anda sebahagiannya mungkin telah hilang ( macam nama saya dan beberapa jiran yang saya tolong semak ). Kalau ini berlaku, maka calon-calon toyol akan menang dengan mudah walaupun ahli PAS beribu keluar mengundi !. Masa itu, calon PAS akan gigit jari saja bila keputusan pilihanraya diumumkan. Calon toyol pun terus bermaharajalela menghabiskan harta Negeri Selangor untuk lima tahun lagi !!!. Maklumat ini diharap akan disebar luas kepada ahli PAS kawasan Tanjong Karang dan juga ahli-ahli PAS kawasan lain di Selangor. Jadikan matlamat parti BA menawan Selangor pada pilihanraya umum akan datang benar-benar jadi KENYATAAN dan bukan cuma HARAPAN sahaja. Jangan tunggu dan buang masa serta sebuk dengan ceramah sahaja , tetapi strategi musuh yang jelas kita ketahui , tidak DIMANSUHKAN secepat mungkin. Kita tidak mahu Khir Toyo yang rakus dengan rasuah dan Noh Omar yang mulut cepular terus mewakili Tanjong Karang. Kerana PAS ada calon-calon yang lebih baik dari mereka dari segi kelulusan , keikhlasan serta kepimpinan !. Kalau PAS mahu berkuasa di Tanjong Karang, sebarkan maklumat ini kepada semua ahli. Cetaklah seberapa mau dan sebarkan cepat dalam tempuh 7 hari !. Kepada ahli PAS yang boleh melayari internet, TOLONG SEMAK segera nama-nama jiran-jiran anda. Kalau namanya 'hilang ' dicuri toyol segera beritahu dan bertindaklah segera mendaftar semula ! TAKBIR DAN REFORMASI !!!!.
______________________
Diterbitkan oleh : |