SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Mulakan sesuatu yang baru pada 18 Julai

18 JULAI adalah merupakan tarikh keramat yang akan menentukan suara rakyat itu berpihak kepada pembangkang atau BN ...

Justeru 18 JULAI juga akan membuka lembaran baru bagi rakyat kawasan anak bukit dan pendang kerana menerima wakil rakyat dan ahli parlimen yang baru yang sudah tentunya mempunyai perbezaan jika hendak di bandingkan dengan ketokohan Dato' Hj Fadzil Md. Noor Ahli Parlimen dan Wakil rakyat yang telah meninggalkan dunia yang fana mengadap rabbul 'izzah Allah SWT....

Kuasa pemerintahan yang akan bermula selepas tarikh 18 JULAI tersebut adalah berada di tangan rakyat "marhain" yang sudah tentu bijak membezakan antara kaca dan permata, realiti dan sandiwara...

Kerajaan pimpinan BN sudah tentu amat sibuk melonggokkan wang dan pelbagai harta benda dengan berbagai cara demi meraih simpati rakyat untuk mengundi mereka...

BN mempunyai pelbagai jentera untuk di gerakkan secara habis-habisan samada secara bersih atau kotor kerana sudah di maklumi sikap BN yang sanggup mengenepikan soal keadilan demi meraih simpati rakyat jelata...

Namun bagi rakyat jelata yang tidak mudah di tipu-daya dan di beli dengan wang ringgit oleh BN ,mereka sudah tentu mampu memikir parti manakah yang bertindak sebagai lidah rasmi bagi rakyat...

Sebagai rakyat yang cintakan keadilan kita mestilah mempunyai sikap " sekali terkena ,beringat sampai selama-lamanya" dan " belajar dari pengalaman"...

Apabila rakyat mempunyai sikap yang demikian , maka sudah tentulah mereka dapat memilih pimpinan yang adil, saksama sserta tidak akan berubah sokongan kepada pihak lain walaupun di sogok dengan 1001 projek untuk mengabui mata mereka supaya memilih

parti yang menyogok...

PAS sebagai sebuah parti alternatif telah lama memainkan peranan untuk menyedarkan rakyat tentang makna keadilan, dan menerangkan kepada mereka tentang sifat korup kerajaan BN dalam memerintah negara....

Untuk mencapai hasrat tersebut maka rakyat perlulah memberikan seberapa banyak sokongan kepada Parti Alternatif PAS dan BA terutamanya didalam pilihanraya dengan memberikan undi yang banyak kepada mereka..

Apabila undi yang banyak telah di berikan,bermakna rakyat telah menambahkan wakil yang bertindak sebagai lidah mereka untuk menyampaikan apa-apa yang tidak di senangi bertujuan untuk menegur pihak pemerintah supaya keadilan dapat di kecapi....

Secara mantiknya, pemerintahan BN bolehlah diibaratkan sebagai luka yang telah bernanah, apabila rakyat memilih calon mereka yang bukan dari parti pembangkang,maka mereka seolah-olah telah berusaha memburukkan lagi luka yang telah bernanah kerana calon dari kalangan parti pemerintah tidak berupaya untuk mengubati luka yang telah bernanah tersebut kerana dirinya juga satu juzuk dari juzuk-juzuk luka itu.

Maka pemilihannya itu akan membuatkan nanah itu pecah dan membusuk...

Oleh itu hendaklah di cari penawar untuk mengubati luka itu samada dengan menyapu iodin,plaster,dan ubatan-ubatan yang lain..

Dari logik mantik ini dapatlah kita membuat rumusan bahawa PAS dan pembangkang dari kalangan BA adalah merupakan penawar yang terbaik untuk mengubati luka dan nanah itu....

Kerana itulah luka dan nanahan BN didalam memerintah negara Malaysia yang tercinta perlu segera diberi penawarnya...

OLEH ITU PANGKAHLAH PAS.......

BERSATU DEMI ISLAM...

yang ikhlas

IBNU JERRAY







______________________
Terbitan : 18 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com