Dah tengok VCD Tok Guru?Oleh : Juriah Ali Siapa yang belum tengok VCD Sehari Bersama Tok Guru Nik Aziz maka eloklah tengok walau pun hanya sekali. Orang kita dalam umno pun kena tengok vcd ini. Bukan apa bila kita tengok vcd ini kita akan tahu serba sikit aktiviti Nik Abd Aziz nie. Kita tak macam orang pas yang dekat dengan pemimpin mereka. Saya sendiri pun dah beli satu dan banyak kali juga saya ulang tengok. Aktiviti dia pada hari Jumaat cukup menarik. Penghormatan rakyat kelantan pada dia juga cukup tinggi. Cara hidup dia amat sederhana berbanding pemimpin MB kita dikalangan umno. Rumah dia rumah rakyat. Sumbangan dia pada agama dan pendidikan amat besar. Isteri dia cukup simple. Pengorbanan dia pada rakyat tak kurang hebatnya. Protokol hidup dia tidak ada kebesaran dan kebanggaan. Pendek kata dia banyak ikut peraturan sunnah Nabi saw. Iaitu sederhana dalam serba serbi. Bila tengok vcd nie saya sebak dan keluar air mata. Dia betul-betul zuhud. Dulu pun saya banyak kutuk-kutuk dia sebab dia dari parti lain dan saya tak kenal dia sangat. Bila tengok vcd saya jadi kesian dan simpati pada dia. Sebabnya hidup dia memang untuk Allah swt dan cara hidupnya hanya dapat saya fahami yang dia hanya mahu menuju keredhaan Allah swt semata-mata. Dunia baginya hanya tempat untuk melaksanakan amanah Allah swt kepadanya. Itu saja. Lalu berkata dalam hati saya dalam sebak. Jika orang yang begini cara hidupnya kenapalah aku kutuk dia sangat-sangat satu waktu dulu. Apa untung aku kutuk dia dulu? Dia tak ada kepentingan duniawi untuk dirinya melainkan hanya untuk Allah swt dan rakyat kelantan saja. Orang baik macam ini kenapa aku kutuk. Berbanding dia dengan aku. Aku berani kata 100 kali dia lebih baik dari aku. Selepas menonton vcd itu aku jadi insaf. Baru aku kenal siapa diri aku. Aku jauh lebih jahil. Oleh itu jika ada kesempatan tontonlah vcd yang aku maksudkan ini.
______________________
Diterbitkan oleh : |