SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Melayu menjelang kepupusan

Oleh : Kamarudin Musa

Merujuk kepada tulisan Ibrahim Saad (Berita Harian Online 29/7/2002) "Di perspektif lain, dengan pengumuman itu bermakna tamatlah era bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam konteks sains dan matematik. Bermakna segala usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai praktikal dan relevan di bidang sains dan teknologi akan menjadi sejarah. Barangkali Dewan Bahasa dan Pustaka boleh mengambil langkah untuk membubarkan jawatankuasa istilah bagi bidang berkenaan. Demikian juga di peringkat lain seperti Pusat Perkembangan Kurikulum (PKK) Kementerian Pendidikan dan panitia istilah di IPTA. Ia adalah satu perubahan yang boleh dianggap di luar dugaan, terutama bagi semua yang terbabit dalam memperjuangkan martabat bahasa Melayu."

Saya kira dari apa yang dibentangkan memperlihatkan bahawa hakikat menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik mempunyai implikasi tersendiri terhadap perkembangan serta kekukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa berdaya saing. Jelas dari apa yang dilakukan terhadap bahasa Melayu, memperlihatkan kejayaan golongan English chauvinist mendominasi pemikiran pucuk pimpinan negara, sehingga wujud usaha untuk mewujudkan realiti Melayu maju yang meminggirkan budaya bangsa. Melayu yang mengamalkan budaya melayu hanya pada kerangka picisan. Lantara itu, bahasa Melayu dan budaya Melayu sudah tidak punyai apa-apa makna. Resolusi berhubung dengan budaya kebangsaan 1971, sudah sememangnya telah dibakulsampahkan dan kini kewujudan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu sendiri sudah tidak relevan lagi (DBP seharusnya berasa malu alah untuk bermegah dengan bangunan baru 38 tingkat itu!), lantas DBP seharusnya dibubarkan bagi memberi laluan kepada kewujudan English council.

Begitu juga dengan fasal 152 Perlembagaan negara, Akta Bahasa Kebangsaan serta peruntukan 17(1) Akta pendidikan sewajarnya dimansuhkan sahaja, kerana kewujudan perkara-perkara sudah tidak mempunyai apa-apa makna, sekadar satu hiasan untuk mencantik sebuah ilusi. Tegasnya, untuk menjadikan "kita" maju bertaraf dunia bahasa rasmi harus ditukarkan kepada bahasa Inggeris. Bagi tujuan mengenangkan kepupusan Melayu, wujudkan satu hutan simpan untuk menenpatkan segala bentuk peninggalan Melayu!







______________________
Terbitan : 30 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com