SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

SPR jangan hanya pandai jadi burung kakak tua

ASSALAMUALAIKUMWM WBT;
SALAM SEJAHTERA;

SPR jangan hanya pandai bercakap jadi macam burung kakak tua yang di letakkan di pasar, apa orang cakap itu yang di ajuk balik. Sebagai badan bebas SPR janagn double standard dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai Suruhanjaya Pilihanraya. Jangan hanya nampak kesalahan yang di buat oleh parti pembangkang, tapi UMNO menggunakan hak kerajaan dan jentera kerajaan buat pekak telinga dan pejam mata bukan saja sebelah dah pejam dua dua belah mata. Sampai Shahidan Kassim membawa samseng yang bergelar Gagak Hitam pun apa yang pihak polis buat? Bukan itu saja apa hak polis mengiringi bas bas yang di katakan penyokong BN yang sebenarnya adalah jelmaan jelmaan jembalang yang menguris hati rakyat.PENGUNDI HANTU!!! yang menyusahkan semua pihak.

Seawal minggu pertama sebelum penamaan calun pihak polis telah di gunakan sepenuhnya untuk masuk ke kawasan pilihan raya tanpa sebarang sekatan dan larangan daripada SPR. Kebenaran istimewa apa yang SPR pakai membolehkan polis polis dan kakitangan serta seluruh jentera kerajaan di gunakan oleh UMNO? Menyamar sebagai penduduk penduduk tempatan dengan menyewa bilik bilik dan rumah kedai yang berada di kawasan selamat UMNO, hanya untuk menjalankan kerja kerja penipuan! Rakyat bukannya bodoh yang cuma tidak di beri kesempatan untuk membuktikan segala kecurangan UMNO dan BN yang kian terhimpit dan terdesak sebagai melindungi seorang pemimpin diktator yang sudah nak gila! Tengok saja kenyataannya di akhbar pagi ini!!! Siapa yang ganas? Yang buat ganas ialah puak puak samseng yang di bawa macam kumpulan Gagak Hitam oleh Shahidan Kassim! Shahidan Kassim sudahlah meninggalkan moptosikal besarnya di tengah jalan raya dan bersalaman dengan juak juak BN, haram polis tidak mengambil tindakan untuk dia belah kerana menghalang lalu lintas. Cuba BA dan orang awam, belantan yang sampai dulu! Macam tuu kah sikap polis yang menjadi amanah rakyat sebagai pelindung dan penjaga keselamatan awam??? Janganlah berselindung di sebalik kerana tugas kami terpaksa..... dah tak laku alasan itu!!!

SPR jangan hanya hendak menunding jari di atas segala provokasi yang di buat oleh UMNO kepada pihak pembangkang, sebaliknya hendaklah bersikap tegas tidak kira UMNO kaa atau pembangkang. Kita telah teramat lama bersabar dengan segala bentuk helah dan tipu daya UMNO serta BN. Apa yang SPR dan polis buat bila laporan polis di buat kerana kerosakan kenderaan BA di Indera kayangan dulu. Itu baru kena kurung 7 jam, dah masuk surat kabar dan polis layan macam emas bila buat laporan.

Kesempatan ini hendaklah di ambil oleh BA dan peguam peguam BA serta wakil rakyat BA bila mana SPR mengemukakan rang undang undang pindaan pilihanraya ini kelak. BA hendaklah duduk semeja untuk membahaskan pindaan ini termasuklah kawalan kemasukkan penyokong penyokong dari semua pihak hendaklah dihadkan kepada orang yang benar benar untuk bertugas dan bagi yang hendak mengempen. Ini baru saja SPR membuka mulut untuk kuat kuasakan undang undang SPR, Mahathir lebih dulu memberi kuasa kepada SPR tanpa di bahaskan di Parlimen?

Malah kuasa polis hendaklah di hadkan semaksimanya sebagai penjaga awam semasa pilihanraya. Ini tidak, round, berlegar dengan heli seolah olah negara ini sedang di rasuk oleh hantu! Yang kita tahu hantu UMNO adalah!!! PLEASELAA SPR JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!

WASSALAM

laduniseven







______________________
Terbitan : 31 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com