Demi menumbangkan keegoan UMNO dan BNDaripada: Ketua Keadilan Bahagian Kuala Kedah. Demi menumbangkan keegoan UMNO dan BN. Sebagai yang kita maklum PAS akan mempertahankan kerusi Parlimen Pendang dan ADUN Anak Bukit pada Pilihanraya Kecil yang bakal diadakan pada 18 Julai 2002 ini. Adalah menjadi harapan yang sangat tinggi kepada semua pejuang dan penyokong reformasi di pihak Keadilan dan juga PAS agar dapat memberikan sumbangan bakti dan juga pengorbanan demi mencapai kejayaan dalam mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut. Sumbangan dan pengorbanan yang amat diperlukan adalah seperti berikut: 1. Kepada semua pengundi berdaftar bagi kawasan Parlimen Pendang dan ADUN Anak Bukit yang berada di luar kawasan atau diperantauan agar dapat meluangkan masa untuk pulang mengundi calon kita semasa hari pembuangan undi. 2. Bagi yang tidak tersenarai atau tidak mengundi tetapi mempunyai pertalian saudara kepada pengundi seperti ibu bapa, adik beradik, saudara mara dan sahabat handai boleh juga menyumbangkan bakti dengan turun kedua-dua kawasan pilihanraya tersebut untuk memberi penjelasan, berkempen dan merayu undi supaya mereka menyokong calon yang kita utarakan. 3. Kepada semua pejuang dan penyokong reformasi yang berhampiran anda boleh juga menunjukan sokongan dan semangat setia kawan dengan datang beramai-ramai samada kemarkas-markas, pondok-pondok dan juga ketempat-tempat ceramah semasa yang bakal diadakan dalam kawasan pilihanraya nanti. Apabila kita ramai dan bersatu, ini boleh menjadikan pencabar kita berasa gerun, lemah semangat dan dapat menarik minat dikalangan 'pengundi atas pagar' bagi memilih calon kita. 4. Dikalangan golongan berada dan mempunyai rezeki yang berlebihan kurniaan Allah, sumbangan anda amatlah diperlukan. Sumbangan dan bantuan (sebarang jenis sumbangan) bolehlah dihulurkan terus kemarkas-markas atau pun pondok-pondok BA. Anda juga boleh menghulurkan derma semasa malam-malam ceramah yang akan diadakan nanti. Semoga apa pun sumbangan iklas yang kita hulurkan samada tenaga, buah fikiran, masa dan wang ringgit diberkati Allah dan menerima balasan baik darinya. Apa yang penting niat kita untuk melihat berlakunya keadilan sebenar dan apa yang nenjadi harapan besar ialah tertegaknya kerajaan Islam sebenar dibumi kita Malaysia ini. Teruskan perjuangan, Allahuakhbar!!! Locos11
______________________
Diterbitkan oleh : |