SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Abe Jak

Oleh : Mak Cik

Assalamu'alaikum wrbt.,

Hari ini laman ini bertukar ke warna biru. Mak Cik beritahu Pak Cik yang hot topic hari ini ialah mengenai Abe Jak.

Panggil Abe Jak macam kenal lama. Mak Cik mula tahu mengenai Abe Jak beberapa tahun dulu. Kakak Mak Cik yang dok sebut-sebut kerana ceramah-ceramahnya yang sangat menghiburkan. Kebetulan abang ipar yang itu memang orang Kelantan. Di akhbar-akhbar dihebohkan Abe Jak ini sebagai calon PAS yang menentang Ku Li di Gua Musang. Yang tak dihebohkan ialah fakta yang Abe Jak ini pernah mengekori Ku Li sebagai pacal yang hina dari Ku Li menjadi ahli UMNO, kemudian Semangat 46. Mereka berpisah jalan bila Abe Jak tak sanggup jilat ludahnya semula like some people we know. Setakat itulah pengetahuan Mak Cik mengenai Abe Jak ni.

Sekarang ni, Abe Jak dah didakwa di mahkamah. Mak Cik berharap sangat Abe Jak akan terus kental semangatnya kerana kesnya adalah satu ujian sejauh mana UMNO dapat bertahan dengan berbagai helahnya.

Tanya Mak Cik pada Pak Cik, 'Macam mana ya nak mengendalikan kes seperti ini?'

Jawab Pak Cik, 'Nampak gayanya Abe Jak kena selak lagilah di mahkamah nak bagi Puteri UMNO cam, yang dia lihat tu memang Abe Jak punya!'

Flash! Flash! Auww, silau you!

Wallahu'alam.







______________________
Terbitan : 31 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com