SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Kenapa Umat islam Wajib Tolak Umno?

Assalamualaikum,

Memandangkan umat Islam semakin ramai yang Murtad... pada akhir tahun 1990-an, TG Haji Hadi ingin membentangkan Enakmen Hukum Murtad di Parlimen untuk dilaksanakan...

Tiap-tiap kali persidangan Dewan Rakyat, TG Haji Hadi membawa usul untuk membentangkan Enakmen Hukum Murtad di Parlimen... semuanya ditolak, di ‘empty trash’kan.

Sebanyak 3 kali Persidangan Parlimen, TG Haji Hadi bawa Enakmen Hukum Murtad tersebut semuanya ditolak... dan kali ketiga beliau berkeras untuk membentangnya, tetapi di booo oleh Ahli Parlimen Umno (yang mengaku Islam) dan BN...

Inikah parti yang kununnya mempertahankan Islam? Tetapi dalam masa yang sama mempertahankan perundangan sekular yang jelas tertulis dalam article 11 perlembagaan persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya.

Article 11 ini memberi ruang yang besar untuk umat Islam Murtad beramai-ramai, termasuk Aisyah Bukhari, Hartina Kamaruddin dan beribu-ribu orang yang lain...

Sabda Rasululah s.a.w.

“Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh” – Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud

Diriwayatkan juga oleh Ad-dar Qatni katanya, “Seorang perempuan yang dipanggil Ummu Marwan, telah murtad di zaman Rasulullah s.a.w., Rasulullah telah memerintah supaya perempuan itu bertaubat. Jika tidak ianya hendaklah dibunuh”

Dan banyak lagi hadis tentang hukum bunuh ke atas orang yang murtad seperti tercatit di dalam Mastika Hadis Jilid 1 terbitan Pusat Islam.

Indeks Pencemaran Akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 sahaja, 4,776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997 Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.

* Fikirkan: Tidakkah kita dapat SAHAM hasil dari kita menyokong golongan dan parti ini?

– Mart_no
Gombak







______________________
Terbitan : 17 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com