UMNO Terengganu Mengganas Di Tanjung RadinAssalamualaikum wbt.... Umno sudah mula menjalankan taktik samseng mereka pada pilihan raya kecil di Pendang dan Anak Bukit ini terutamanya di kawasan kubu kuat PAS. Ini jelas dapat dilihat pada kejadian malam tadi dimana barua-barua ini bertindak menurunkan bendera dan poster PAS di Kampung Tanjung Radin, Pendang. Poster yang dipasang sepanjang jalan menuju masuk ke Dewan Sukan Rakyat yang baru siap dibina telah diturunkan oleh barua-barua tersebut dipercayai kerana Siti Hishamudin akan datang berceramah disitu dalam masa terdekat ini. Para petugas PAS dari UPU berhampiran iaitu UPU Banggol Besi yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu segera bergegas ke tempat kejadian dan cuba menghalang tindakan biadap barua –barua tersebut tetapi gagal. Akhirnya, petugas-petugas kita ini telah bertindak profesional dengan menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan. Polis telah datang dan mengarahkan barua-barua tersebut supaya MEMASANG SEMULA semua poster dan bendera PAS yang telah diturunkan dan barua-barua itu terpaksalah pasang balik. Kesemua barua-barua itu sebenarnya bukan penduduk tempatan. Mereka adalah petugas pilihanraya BN yang diimport khas dari Terengganu untuk menjalankan kerja-kerja samseng sebab petugas tempatan tobat lahum tak berani nak buat kerja-kerja tu. Orang Banggol Besi/ Tanjung Radin bukan saja tegas tetapi bijak dan profesional. Silap besarlah kalau mereka berani nak mencetuskan kekacauan disini. SATU PERINGATAN UNTUK BARUA-BARUA BN - DISINI BUKAN INDERA KAYANGAN. JANGAN CUBA BERTINDAK BIADAP !!!!!!!!
______________________
Diterbitkan oleh : |