SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

PAS Harus Bersedia Hadapi Pusingan Pertarungan Yang Lebih Ganas

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Selepas pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, keputusan rayuan Anwar Ibrahim, diikuti pilihan raya kecil yang mendebarkan di Pendang dan Anak Bukit, banyak isu-isu yang patut diberikan respons awal, terutama mengenai kenyataan melalut Mahathir.

Bagaimanapun keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan. Puas webmaster mendesak agar saya mencoret sesuatu tentang suasana pilihan raya kecil di Kedah, yang lokasinya (Anak Bukit) tidak jauh dari kampung halaman saya sendiri, Kg Raja. Apa pun halangan kesihatan cukup sukar untuk diremehkan.

Sememangnya pilihan raya kecil itu besar maknanya untuk kita berdepan dengan pilihan raya umum akan datang. Meskipun BN menang tipis di Pendang, dan PAS mempertahankan kerusinya di Anak Bukit, namun apa yang tersirat jauh lebih menarik dari keputusan 1-1 itu. Masing-masing kini berhati-hati mengatur langkah dan tidak boleh memperkecilkan antara satu sama lain. Memang majoriti 2/3 BN terus dinafikan di Kedah, tetapi itu tidak bermakna laluan PAS untuk mencipta sejarah ketiga di Kedah mudah terlaksana. Rintangannya bertambah perit, halangannya kian sukar, dan BN akan melakukan apa saja untuk menghalang hasrat PAS itu.

Perilaku Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menari ikut rentak Mahathir yang didahului oleh jerit-pekik media milik Umno bahawa ini kempen terburuk dalam sepanjang sejarah pilihan raya, adalah petanda awal bahawa segala kekuatan akan dikerah untuk menumpaskan potensi kemenangan PAS. Peperangan ini akan memakan mangsa dan korban yang jauh lebih banyak dan PAS bersama pembangkang lain harus menyedari hakikat ini.

Apa pun, saya cuba untuk mengulasnya dalam tulis berikut. Maafkan saya

...







______________________
Terbitan : 24 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com