SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Lagi post-mortem Pendang dan Anak Bukit

Ada pepatah Arab yg bermaksud lebih kurang, “dia pukul orang, lepas tu dia menangis” atau pun “dia langgar orang, lepas tu dia marah orang yg dilanggarnya”. Beginilah situa Mahakutty, bakal mantan Perdana Menteri, berkelakuan sejak akhir-akhir ini. Tindakan paling akhir setakat ini adalah arahannya untuk mengkaji cara kempen pilihanraya – semua ini ‘kunonnya’ berdasarkan taktik kotor yg diamalkan oleh pihak parti pembangkanag, khususnya PAS. Apa benarkah PAS bersifat ganas? Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yg lebih…. Haram jadah punya mamak kutty! Pada dasarnya, tindakan untuk mengkaji tersebut tidak lain hanyalah semata-mata untuk menghalang seboleh mungkin PAS dari bertanding. Langkah awal telah pun bermula tidak lama dulu oleh SPR – barua UMNO yg baru – yakni wang cengkeram calun untuk bertanding telah ditingkatkan.

Apakah Mahakutty menyangkakan PAS sebagai parti yg mendukung perjuangan Islam harus mempunyai penyokong dan ahli yg hanya harus berkepiah putih dan tunduk wara’ sesuai dgn kemurnian Islam? Apakah penyokong dan ahli PAS harus redha sahaja dengan tindakan biadab UMNO yg berterusan agar mereka dicerminkan sbg penyokong dan ahli yg berlandaskan tuntutan agama Islam yg suci? Maka ditemuramah akan beberapa kerat manusia yg tidak berjiwa mahupun berilmu oleh RTM atau TV tiga suku, dengan jawapan-jawapan yg tidak sukar diagak keluar dari mulut mereka.

“Makcik ingat tak patutla kita maki hamun pemimpin kita sebab kita ni orang Melayu….tau sopan santun dan budi pekerti”, kata Makcik yg baru keluar dari gedung pakaian sambil terkinja-kinja berharap dapat tengok mukanya masuk TV dlm Berita jam 6 ptg nanti. Begitu juga Pakcik yg berkupiah putih yg baru sahaja turun dari motosikalnya lalu berkata, “inilah PAS yg mempergunakan agama untuk mencapai matlamat politik mereka. Mereka sebenarnya sudah kehabisan modal….”. Ditanya juga imam masjid kampong yg turut membodek, “Islam melarang dengan keras caci-mencaci dan maki hamun. Orang Islam harus saling hormat-menghormati dan bersatu padu demi kemajuan ummah” sambil bertanya kepada jurugambar jam berapakah beliau akan keluar di kaca TV dengan nasihat yg diberi tersebut.

Semua ini dilakukan untuk menghina PAS lantaran PAS adalah satu-satunya parti yg telah meningkatkan kesedaran rakyat baik dari segi tuntutan agama Islam mahupun penyelewengan yg dilakukan oleh kerajaan pimpinan Mahakutyy laknatullahu alaihi. Dan apakah yg PAS dapat lakukan untuk menjawab segala fitnah ini selain dari mengadakan ceramah-ceramah – yg penuh dgn kesukaran untuk mendapat kelulusannya – dan juga dlm ruangan terhad Harakah? Dan selepas ‘kemenangan’ UMNO di Pendang, Mahakutty dgn angkuhnya bertitah dari persada haramnya di Putarjaya, “PAS harus menerima hakikat bhw ini adalah demokrasi yg diamalkan oleh kerajaan di Malaysia”.

Benarkah demokrasi? UMNO menggunakan jentera kerajaan dgn sewenang-wenangnya tanpa segan silu untuk berkempen – itu demokrasikah wahai Mahakutty? UMNO meliwat RTM, itu demokrasikah? UMNO membayar gaji kepada manusia bertaraf barua seperti Yusanani Yushak, Reemy Abdul Rahman, Norazli kerang busok, Farit Esmeth, Hassim Abu Hanifah, Hamidah Hamzah, Kamaruddin Mape, Azmi dan barua-barua yg sewaktu dgn mereka agar membaca melalui bibir mereka berita-berita palsu, pembohongan dan fitnah dikaca TV – itu demokrasikah wahai Mahakutty? UMNO tidak memberi ruang untuk PAS untuk berhujah secara intelek jauh sekali untuk menjawab balik segala fitnah dan pemalsuan yg dilemparkan terhadap PAS di mana-mana media massa sekali pun – itu demokrasikah wahai bapak Mirzan? UMNO dan rakan komponen BN mereka yg baru – PDRM dan SPR – yg bersedia berkhidmat untuknya secara bersekongkol dgn cepat dan betul dan melakukan “gerak khas” untuk menafikan PAS hak-hak demokrasi sbg parti yg berdaftar – itu demokrasikah wahai Khalifah? UMNO memperkudakan SPR dan menafikan hak bantahan terhadap daftar pemilih – itu demokrasikah wahai bapa sekelian kawarq?

Dalam 2 pilihanraya kecil yg baru diketahui natijahnya minggu lalu, UMNO ‘kunonnya’ telah berjaya merampas kembali Parlimen Pendang dan juga ‘apa nama’ mengurangkan majority PAS di DUN Anak Bukit berikutan ‘vote swing’ yg mendadak terhadap UMNO. Betui ka Mahakutty? Kalau itulah yg hang mau, ambik pi lah kat hang. Tapi semua orang tahu bahawa UMNO yg telah bergadai unta untuk cuba menebus maruahnya masih tidak kesampaian. Semua orang tahu antara DUN Anak Bukit dan Parlimen Pendang, UMNO lebih menumpukan sumber tenaga dan kewangan terhadap DUN Anak Bukit ekoran kehilangan majoriti dua pertiga mereka di Dewan Undangan Negeri setelah kekalahan Lunas 2000. Semua orang juga maklum bhw PAS – tanpa ada perasaan takkabur – mempunyai kekuatan yg selesa di Parlimen Pendang terutamanya di DUN Bukit Raya. Oleh yg demikian, strategi UMNO sebaik sahaja pengumuman tarikh penamaan calun dibuat oleh SPR adalah untuk merampas kembali DUN Anak Bukit. Bagi mereka, kehadiran mereka di Pendang adalah sekadar cukup syarat saja – token challenge.

Di kalangan penyokong PAS sendiri ada yg gentar dengan kehadiran jentera kerajaan yg diperkudakan oleh UMNO untuk menafikan kemenangan PAS di DUN Anak Bukit sehinggakan sudah ada yg telah menerima ramalan bahawa peluang PAS untuk mengekalkan kerusi tersebut kini tinggal hanya 40% saja lagi. Di Parlimen Pendang pula, dari awal tempoh kempen sehinggalah hari mengundi, PAS sudah diramalkan untuk mengekalkan kerusi tersebut tanpa masalah. Hatta pada malam sebelum hari mengundi adik kepada Man Bedui sendiri sudah mengaku bhw maklumat yg diterima mengatakan abangnya ‘sudah bungkus’!!!

Di pagi hari mengundi, pihak PAS sendiri terkejut mendapati bhw sokongan luar biasa rakyat akan memungkinkan PAS untuk menang di DUN Anak Bukit dgn majoriti yg LEBIH BESAR dari PEMILU 1999 dan dgn Parlimen Pendang ‘dalam tangan’, PAS diramalkan untuk menang 2-0 dan bukan seri 1-1 sbg mana yg sudah diterima ramai berdasarkan taktik kotor BN/UMNO yg meliwat segala bentuk kemudahan awam untuk memastikan kemenangan mereka. Sungguh pun demikian UMNO masih berharapan bahawa dgn taktik politik wang mereka dan peras ugut serta manipulasi media massa terutamanya TV, mereka akan dapat memenangi Anak Bukit – begitulah besarnya harapan dan keyakinan mereka sehinggakan kesemua pemimpin UMNO dari Mat Taib pengurup wang Australia, Najib pengkhalwat Port Dickson dan Dollah gembala babi Badwi telah bersiap sedia di auditorium Bernas Anak Bukit untuk meraikan kemenangan melalui teleconference secara langsung dari istana haram Putarjaya bersama Shaikul Kabilah Al Khalifah Mamak Kutty laknatullahu alaihi.

Malangnya, harapan mereka berkecai – memang benarlah ramalan bhw PAS akan menang lebih besar di Anak Bukit menjadi kenyataan. Di permukaannya, memanglah Ameruddin Hamzah hanya mendapat 500 undi sahaja, akan tetapi kalau diteliti semula, ini semua adalah kerana UMNO telah dibantu oleh pengundi hantu yg datang dari luar, khususnya yg sedang bersuka ria di Muzium Negara buat masa ini. Tanpa ugutan dan pengundi-pengundi hantu ini nescaya UMNO kecundang lebih parah lagi. Oleh kerana penyangak-penyangak ini sudah siap berkumpul di Anak Bukit, maka tidak dapat tidak, mereka tidak boleh pulang dengan tangan kosong.Lebih-lebih lagi setelah segala persediaan untuk merafakkan sembah kepada Khalifah Mahakutty melalui telah pun siap malam itu.

Mana mungkin UMNO boleh menang malam itu kalau Man Bedui sudah pun mengambil keputusan untuk tidak menghadiri majlis pengumuman keputusan di SMK Pendang malam itu? Hanya apabila ‘keputusan’ diambil oleh tangan ghaib Dewa Mahakutty supaya ‘UMNO menang’, barulah Man Bedui diarah supaya bergegas ke dewan SMK Pendang tersebut untuk ‘meraikan kemenangannya’. Cuba kita teliti apa yg telah berlaku mlm itu di TV1 saluran Perdana (menteri) – ada seorang pengacara badut laksana kerang busuk mengadakan forum bersama seorang pengarang akhbar Inggeris (padanlah surat khabar ini tak laku – orang yg berkualiti semacam ini menerajuinya!) dan seorang Professor dari Utara (kesian kita kpd siswa-siswa yg menuntut ilmu sains politik dari seorang dangkal seperti ini) yg membebel berterusan selama hampir 3 jam semata-mata untuk mengabui pandangan penonton dari apa yg sebenarnya berlaku disebalik tabir.

Apabila Anak Bukit telah diumumkan berpihak kepada PAS, maka proses pengiraan undi Parlimen Pendang secara tiba-tiba menjadi perlahan. Keputusan yg seharusnya diperolehi pada jam 9 mlm kini hanya diketahui hampir tengah malam. Selama 3 jam kita disajikan dgn hujah dangkal the 3 stooges di TV1 sebagai acara selingan sementara jentera UMNO bertungkus lumus membawa peti undi tambahan persis apa yg pernah terjadi di kawasan-kawasan Parlimen Lembah Pantai, Pekan dan Gombak semasa pemilu 1999 lalu.Bagaimanakah undi-undi yg pada peringkat awalnya memihak kepada Dr Hayati tiba-tiba berpihak kepada Man Bedui – we will never know. Namun sahlah bhw ini adalah satu lagi dari sandiwara arahan Dewa Mahakutty yg kemudiannya dengan sempoi dan muka sardin mengatakan bahawa ‘PAS haruslah menerima bahawa ini adalah demokrasi yg diamalkan di negara kita’.

Selepas Pendang dan Anak Bukit, maka bersepahlah muka laknatullah tersebut di jalanraya KL terpampang di atas banner tiang lampu memaklumkan bhw dia akan bersama meraikan Hari Koperasi, Pemimpin dan Artis Bersama Rakyat di Bukit Jalil, Pemimpin bersama rakyat di acara K3P di Jitra dan berbagai-bagai lagi acara untuk menonjolkan dirinya sebanyak mungkin kepada rakyat. Hujung minggu ini di Bt Jalil, merayulah pembodek dan penjilat si Mamak Kutty agar dapat rakyat datang untuk ‘meraikan Perdana menteri’ dan kalaulah tidak kerana ada acara utama dari artis-artis dari syarikat rekod BN dan tarikan cabutan bertuah, memang sahlah stadium tersebut akan separuh kosong! Begitu terdesaknya si laki Hasmah tu untuk menonjolkan imejnya sbg Perdana menteri sehingga sanggup berkongsi pentas dgn artis yg sama-sama tidak bermaruah! Apa tidak dijemput sekali Ras Adiba Radzi secara lintas langsong dari hospital untuk menyanyikan lagu pujaan ramai “perjuangan belum selesai”?

Takpalah Mamak kutty, kata orang putih….enjoy it while it last. Bagi Kedah, memang sah PAS akan mempunyai Menteri Besar yg baru dari golongan ahlinya selepas pemilu yg akan datang, insyaAllah tahun depan – dan dengan ketiadaan Almarhum Ustaz Fadzil Noor yg telah diidamkan Paduka Sultan Abdul Halim sebagai MB baginda, tidak ada masalah untuk mendapat pengganti yg berkalibar seperti YB Azizan Abdul Razak, bekas pensyarah UKM dan kini Ketua Penerangan PAS, insyaAllah.

Ikhwanul hizbullah….lupakanlah Pendang dan Anak Bukit buat seketika….mari kita teruskan perjuangan untuk memastikan bulan akan mengambang untuk membawa keamanan bukan sahaja di Darul Aman, malah dengan ihsan undi rakyat, turut di Darul Ehsan, dan bagi yg ingin kemakmuran yg sejati, juga di Darul Makmur, insyaAllah.

Marhainmuda
15 Jamadil awal







______________________
Terbitan : 27 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com