Tipu tipu UMNO pilihan raya PendangSemua teka teki berhubung Pendang dan Anak Bukit telah terjawap kini. Pertembungan didua kawasan ini memang diakui begitu sengit oleh semua pihak termasuk pihak UMNO. Segala usaha telah dijalankan oleh pihak PAS dan UMNO. Cuma yang berbeza sedikit ialah PAS bergerak lurus bendul sedangkan UMNO bertindak berbengkang bengkok.
Seperti yang telah dinyatakan dalam banyak tulisan yang lalu, permainan UMNO dalam semua pilehanraya ialah penipuan dan rasuah. UMNO mempunyai banyak kelebihan dan kekuatan sokongan seperti SPR, Jabatan dan Agensinya, Polis, TV dan Akhbar. UMNO juga mempunyai nadi penggerak yang utama iaitu Duit dan Kuasa. Sumber duit untuk tujuan pilehanraya yang akan disertai UMNO ialah Kerajaan dan swasta yang mempunyai kepentingan perniagaan. Pihak swasta dan mana mana orang yang diyakinkan keuntungan oleh UMNO akan menimbunkan seberapa banyak duit dengan janji UMNO mesti menang dan mereka ini (swasta) akan beroleh sepuluh kali ganda dari pelaburan kepada UMNO untuk menghadapi pilehanraya. Penipuan oleh UMNO boleh kita bahagikan kepada beberapa ketegori atau lapisan. Pertamanya menipu rakyat dikawasan pilehanraya yang terlibat dengan pembangunan ala mee segera. Apabila sesuatu kawasan DUN atau Parlimen di isytiharkan berlaku kekosongan, maka lapuran dari Pejabat Daerah, Kerajaan Tempatan dan Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) termasuk dari Agensi pembangunan wilayah seperti KEDA (negeri Kedah) dan MARA akan dibentangkan. Semua projek diklasifikasikan sebagai ‘Urgent’ dan ‘Top Priority’. Sumber dana untuk projek projek segera ini akan dicuri dan dipindahkan dari dana rancangan pembangunan kawasan lain. Tiada sebarang bantahan kerana kuasa ada pada UMNO. Maka bermulalah episod penipuan untuk dipamirkan kepada rakyat dikawasan pilehanraya yang berkenaan. Projek ‘favourite’ UMNO yang pertama ialah Jalan Tar. Samaada Jalan Persekutuan, Jalan Raya, Jalan Kampung, Lorong lorong, hadapan surau, masjid, dewan hinggalah kehadapan rumah rumah penyokong dan pengundi. Penipuan yang kedua yang sering dilakukan oleh UMNO ialah perasmian segala apa projek yang akan dibuat, sedang dibuat atau yang telah siap tetapi belum dirasmikan. Rasmi dewan, sekolah, tadika, perumahan rakyat, aked, gerai, surau, masjid, tadika, jalan, projek pertanian, penternakan, perladangan, balai polis, padang sukan hinggakan ke perasmian jamban pun boleh diaturkan. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri menteri dan sesiapa saja akan lapang hati dan masa untuk merasmikan semua ini. Matlamat utama ialah dapat memberikan ucapan dan berkempen. Peringkat ketiga agenda penipuan oleh UMNO ialah merasuah rakyat miskin dikawasan pilehanraya yang terlibat dengan pelbagai bantuan secara umum. Bantuan persekolahan, bantuan kemiskinan dengan menyampaikan beras, susu, ikan sardin, minyak, tepung dan pakaian seperti kain pelikat, kain batik dan juga wang tunai. Inilah penyebabnya UMNO terus menerus mengekalkan kouta rakyat miskin yang dijadikan senjata untuk memancing undi. Kawasan PPRT dalam kawasan Pendang ialah seperti di Kelang Besar, Bukit Junun dan Sungai Tiang. Semasa menyampaikan segala bentuk bantuan ini UMNO akan memainkan propaganda bahawa ‘hanya kerajaan BN/UMNO sajalah didunia ini’ yang prihatin terhadap nasib rakyat miskin. Lebih berat lagi UMNO akan memainkan sentimen supaya penduduk dan pengundi dikawasan itu termakan hasutan bahawa PAS hanya memecah belah orang melayu dan umat Islam. UMNO dengan mudah memainkan sentimen kebencian kepada PAS kerana keseluruhan rakyat yang tinggal dikawasan PPRT ini mempunyai tahap pendidikan mereka yang minima. Perasaan feudal yang tertanam didalam diri rakyat ini ialah mesti patuh kepada Raja dan pemimpin. Oleh itu apa saja yang dikatakan oleh orang yang memimpin mesti dipatuhi dengan buta tuli. Jangan engkar dan menentang kerana sesiapa yang engkar atau menentang akan dikenakan tindakan yang akan menjadikan penduduk tersebut menderita dan semakin susah. Penipuan selanjutnya ialah kepada kumpulan kumpulan penduduk minoriti. Lawatan akan diatur supaya para pemimpin UMNO akan berkunjung ke penempatan penduduk ini. Di Kawasan Pendang ini, kumpulan rakyat minoriti ialah Cina, India dan Siam. Bagi penduduk Siam, UMNo akan menjanjikan sedikit perubahan kepada keadaan kampung mereka dan bantuan untuk memperbaiki atau membesarkan wat Budhha akan menarik minat mereka menyokong UMNO. Kawasan Siam di Pendang ini ialah seperti di Paya Mat Insun, Bukit Mat Insun, Titi Akar dan Simpang Paya Mat Insun dengan Chegar. Bagi penduduk cina pula UMNO akan membangkit skrip skrip menakut nakutkan masyarakat ini dengan cerita hudud, Islam, tiada pembangunan, tiada peluang ekonomi. MCA akan memainkan peranan untuk mempengaruhi orang orang cina. Masyarakat cina di Pendang ini duduk dikawasan Pekan seperti Tokai, Tanah Merah dan Pekan Pendang. Hampir keseluruhan sokongan pembangunan ekonomi orang orang cina ini ialah orang melayu Pendang sejak sekian lama tetapi mereka masih juga termakan hasutan UMNO kerana ada unsur unsur ugutan. Teknik lain yang telah dimulakan oleh UMNO bermula diSabah terhadap para pengundi dan penduduk semasa pilehanraya Sabah ialah ugutan dan budaya samseng. Inilah juga teknik yang dilakukan di Indera Kayangan dan inilah yang dibawa ke Pendang. Teknik ini tidak begitu menjadi kerana PAS dan Keadilan sudah faham caranya. Maka teknik ugutan dan budaya samseng ini kurang berkesan diPendang. Hampir kesemua badan badan perhubungan UMNO Negeri dan Bahagian yang mengirimkan petugas petugasnya ke Pendang disertai oleh samseng dan tukang peras ugut. Pemuda UMNO Selangor dan UMNO Titiwangsa misalnya cuba beraksi samseng terhadap penduduk dan petugas PAS Pendang dan mereka telah berjumpa ruasnya. Agenda untuk menipu dan membelit pengundi ialah meracuni pemikiran penduduk dan pengundi yang akan dilakukan oleh sayap baru UMNO iaitu Puteri UMNO. Keseluruhan ahli puteri ini adalah remaja perempuan yang tercicir dari meneruskan persekolahan ke IPTS. Dalam kawasan DUN Anak Bukit, kumpulan puteri diambil dari pelajar perempuan yang masih bersekolah. Tenaga kerja yang ada pada puteri ini memangnya tidak boleh ditandingi oleh wanita UMNO. Dalam soal menjerit, memaki hamun, bercakap lucah, melakukan perbuatan lucah dan biadap akan diajar kepada puteri. Janji yang diberikan ialah peluang bekerja atau laluan meneruskan pelajaran. Peluang berkenalan dengan pemimpin UMNO dan peluang berkenalan dengan ahli koporat. Taktik kotor UMNO dalam berkempen pilehanraya seterusnya ialah memutar belitkan cerita dan membuat fitnah kepada PAS. Mahathir dan Dollah dikuti oleh ketua puak UMNO yang lain akan membuat fitnah seperti PAS parti kafir, Pemimpin PAS mementingkan undi, mementingkan kedudukan dan elaun wakil rakyat dan seperti di kempen pilehanraya Pendang, mahathir membuat pelbagai finah terhadap PAS berhubung hudud, Islam dan PAS tidak inginkan pembangunan yang bengit rasanya telinga mendengar. Taktik terakhir yang akan dilakukan oleh UMNO ialah pengundi hantu. UMNO lah yang mengeluarkan kad pengenalan kepada pengundi pengundi hantu dengan bayaran yang ala kadar. Seperti yang dilakukan di Sabah semasa pileharaya yang lepas begitulah juga yang dilakukan oleh UMNO dalam pileharaya kecil atau umum. Sebab itulah terdapat begitu ramai warga asing seperti Fillipina, Indonesia, Bangladesh, India, Aceh dan Pakistan yang memiliki kad pengenalan Malaysia. Semuanya diatur oleh KDN dengan tujuan untuk memenangi pilehanraya. Kes yang terbaru ialah penangkapan PTI di Sabah yang memiliki mycard yang asli sehinggakan Ketua Menteri Sabah juga hairan bagaimana PTI boleh memiliki mycard yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Tan Sri Shamsudin Osman ada jawapan kepada persoalan ini kerana dia pernah menjadi Ksu KDN waktu pilehanraya umum Sabah semasa Pairin menjadi Ketua Menteri. Saya tuliskan semua yang terlintas difikiran dan dari apa yang saya perhatikan kerana kecewa dengan keputusan pilehanraya Parlimen Pendang. ‘what has been done cannot be undone’. Mau atau tidak mau terpaksa menerima keputusan yang telah disahkan oleh calon PAS. Benci, marah dan tiada kata yang hendak dicela dan nista lagi bila melihat mahathir dengan angkuh, sombong dan bangga diri menyambut kemenangan ini. Meluat dalam hati sanubari mendengar Dollah badawi bersembah maklum kepada mahathir melalui video confrencing dengan menjatuhkan maruah Almarhum Fadzil Nor sebagai Presiden PAS dan Ketua Pembangkang kerana kerusi Parlimen Pendang telah terlepas tangan. Samaada pengundi Pendang yang membuat keputusan begitu atau kerana UMNO yang menipu, kita akan menanti dalam sedikit waktu lagi. PAS DAN SEMUA PARTI ALTERNATIF, LAMAN LAMAN REFORMASI, PEMUDA PAS DAN KEADILAN, WANITA DAN MUSLIMAT WAJIB UNTUK MENJALANKAN POST MORTEM DIATAS KEKALAHAN INI. SEMUA PERINGKAT KEPIMPINAN PAS DAN KEADILAN MULAKAN SESSI POST MORTEM DENGAN SEGERA. KUMPULKAN SEMUA DATA DAN MAKLUMAT. SEMUA AGENDA DAN AKTIVITI UMNO SEMASA KEMPEN PILEHANRAYA. Semenjak dari hari pengisytiharan kekosongan Parlimen Pendang oleh SPR, saya sudah memulakan kerja meninjau kerja pilehanraya. Keyakinan terhadap kemenangan oleh calon PAS adalah amat besar dan cerah jika UMNO tidak memainkan taktik kotor menipu seperti pengundi pos (yang dah tentu hak UMNO/BN), pengundi hantu dan lain lain penyelewengan. KITA BERHADAPAN DENGAN SEKUMPULAN BANGSA MELAYU YANG TIDAK JUJUR, TIDAK AMANAH DAN PENGKHIANAT KEPADA UGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR. Faktor majoriti yang dimenangi oleh Allahyarham Dato Fadzil Nor, Kubu kuat PAS di Bukit Raya dan Gajah Mati, Pergolakkan UMNO Sungai Tiang, Pengakuan penduduk dan pengundi Sungai Tiang, Paya Mat Insun, Bukit Junun dan Pekan Pendang, Kempen aktif dan didikasi oleh Pemimpin PAS dan Keadilan, Kesungguhan bekerja dan komitmen petugas PAS dan Keadilan, Sokongan moral dan material dari segenap lapisan masyarakat melayu dan rakyat Malaysia amat menyakinkan kita kepada kemenangan kerusi ini. Apa yang terjadi sebaliknya. Adakah kerana keputusannya telah ditakdirkan begitu atau kerana UMNO menipu. Mahathir berbangga kerana berjaya membuktikan kepada masyarakat dunia Islam, yahudi dan Amerika bahawa Islam dan PAS di Malaysia tidak benar dan betul seperti yang didakwanya. SELAMAT PANJANG UMUR DAN HIDUP MAHATHIR, TUHAN GILA.
______________________
Diterbitkan oleh : |