SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Surat kepada Dato' Haji Dasuki Haji Ahmad berkaitan hudud

55 Jalan Wangsa Siaga 1
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur.

Ybhg Dato' Haji Dasuki Haji Ahmad,
Setiausaha Politik,
Perdana Menteri,
Jabatan Perdana Menteri,
Putrajaya, Selangor.

Assamualaikum Wbh. Wbt.

Ybhg Datuk, dengan izin Allah jua dapat saya menulis kepada Datuk sebagai reaksi kepada rencana Datuk berjudul "Hudud Pas Terenggau Dicipta Untuk Tidak Dilaksana" yang tersiar dalam Mingguan Malaysia, muka surat 8 pada 14 Julai lalu.

Saya begitu terliur untuk memberi reaksi memandangkan tajuk rencana itu beigtu pesimis dan agak sombong bunyinya. Tentunya dengan berlandaskan sentimen ideologi politik anutan Datuk, Datuk menyifatkan pembentang Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) oleh kerajaan Terengganu bukan bertolak daripada tuntutan agama sebaliknya ia lebih didorong oleh kepentingan politik.

Datuk lantas menmyimpulkan Menteri Besar Terengganu Datuk Haji Abdul Hadi Awang mendapat dua keuntungan daripada pembentangan Rang Undang-undang berkenaan. Pertama Hadi berjaya menutup kelemahan pentadbirannya di Terengganu, dan kedua, berjaya mengenepikan nilai-nilai Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan dokongan boss Datuk, iaitu kerajaan Barisan Nasional.

Sama sekali saya tidak menafikan political mileage berkenaan. Sebagai seorang politik, tentulah Hadi bertindak mengikut lunas-lunas perjuangannya yang mengutungkan kepada moral harakahnya, PAS. Adalah bodoh kalau Hadi berbuat sesuatu yang merugikan partinya dan menguntungkan parti dokongan Datuk. Demikian juga halnya dengan Datuk menulis rencana sedemikian rupa, adalah untuk kepentingan parti anutan Datuk.

Begitulah lazimnya orang politik. Nama lagi politik yang Datuk sendiri arif dan maklum akan sepak terajang dan tipu muslihat di dalamnya. Namun di sini apa yang saya hendak persoalkan mengenai beberapa pandangan atau persepsi Datuk terhadap hukum hudud.

Datuk cuba menjelaskan dan berpandangan hudud bukan wajib seperi rukun Islam yang lima atau rukun iman yang enam. Kepentingan perlaksanaannya menurut Datuk bergantung kepada kesediaan dan kemampuan tertentu. Dalam erti kata lain, hudud tidak perlu disegerakan dan bukan tugas utama (aulawiyyat) kerajaan dokongan boss Datuk. Saya bersetuju dengan pendapat demikian walaupun tidak sampai 50 peratus. Kerana hudud adalah cebisan daripada perkara furuk didalam Islam dan bukannya ahmmiyyat yang mendesak dewasa ini.

Lantas itu Datuk menyifatkan cara Hadi membentangkan hukum itu sebagai suami yang rakus. Datuk mengumpamakan kerajaan Terengganu adalah sebuah rumah tangga yang baru dibina manakala Hadi adalah suami kepada rumah berkenaan. Disebabkan hudud bukan perkara yang diutamakan (penting), Datuk mempersoalkan tindakan Hadi itu kerana begitu ghairah untuk menyediakan peraturan terhadap isteri yang dibimbang berlaku derhaka dan salah moral.

Menurut akal Datuk padahal Hadi patut bangunkan keluarga yang sihat, berakhlak dan bahagia dan bukannya dengan mengutamakan undang-undang yang dianggap sebagai zalim dan bersifat mendera itu seperti mana dakwaan boss Datuk. Mungkin saya fleksible didalam hal ini dan sekali lagi boleh menerima pandangan prejudis Datuk itu.

Tetapi yang menjadi kemusykilan saya, bukankah kerajaan yang didokong oleh boss Datuk iaitu UMNO/BN telah lama berkuasa di negara ini. UMNO telah membentuk kerajaan lebih daripada 50 tahun. Apakah dalam tempoh itu dalam perhitungan Datuk tempoh selama itu masih sesuatu yang baru? Di mana soal-soal remeh dan bukan utama seperti hudud itu tidak patut disegerakan perlaksanaannya.

Jika diambil ibarat yang Datuk berikan tadi; iaitu kepada sebuah rumah, UMNO kimi bukan LAGI setakat mempunyai anak, malahan sudah bercucu cicit. Apakah dalam tempoh itu masih tidak boleh diperkenalkan peraturan-peraturan seperti yang dikehendaki oleh Allah itu. Bukankah didalam keadaan begitulah undang-undang demikian sangat diperlukan, ia bukan utama lagi tetapi sangat penting. Apa lagi Datuk sendiri mengakui hudud sebahagian kecil daripada hukum dan peraturan untuk mendidik.

Saya yakin seperti pemimpin UMNO lain, tentuk Datuk akan berdalih sekali lagi dengan memberikan alasan bahawa negara ini bermasyrakat majmuk. Masalah multi-race menyebabkan perkara ini sulit untuk laksanakan. Baiklah kita menerima hakikat itu, tetapi apa hal pula dengan langkah boss Datuk mengistyhiarkan negara ini sebagai Islam? Bolehkah kita mengatakan sesebuah negara itu Islam sedangkan ia tidak mengamalkan perundangan Islam (hudud, qisas, takzir dan sebagainya). Tidakkah Malaysia masih menggunakan undang-undang penjajah?

Saya nampak kerajaan dokongan boss Datuk akan mencari dan terus mencari beberapa juta alasan lagi untuk tidak menerima pakai hudud. Elemen-elemen yang remah temah, seperti soal ketidak-adilan kerana bukan Islam tidak dihukum dengan hudud apabila melakukan jenayah bersama Islam akan dipergunakan semata-mata untuk menolak hudud.

Saya ingin penjelasan konkrit daripada Datuk, apakah hudud ini tidak ada di dalam Quran dan ia adalah hukum ciptaan politik PAS seperti yang didakwa? Sekiranya ia termaktub di dalam al-Quran, tetapi kerajaan dokongan boss Datuk enggan menerima dan mengakuinya, itu menunjukkan kerajaan dokongan boss Datuk menolak al-Quran. Justeru, kalau orang beranggapan Dr Mahathir menolak al-Quran; hukum-hukum yang digaris di dalam kitab suci itu jangan lah merasa marah atau terhina. Terimalah…

Akhirnya Datuk saya sedang menanti dan amat mengharapkan UMNO akan mengemukakan hudud yang sebenarnya. Sebelum ini UMNO menuduh Hudud di Kelantan dan Terengganu bukan asli, tetapi ia adalah ciptaan PAS. Ini bermakna ada yang original dan pure atau yang sebenar-benarnya.

Bukan sahaja saya, tetapi banyak orang menanti hudud yang dikemukakan oleh UMNO. Biarlah kalau tidak mahu melaksanakannya, atas musalahat politik berbilang kaum, bimbang kehilangan undid an sebagainya, tetapi cukup setakat mengemukakan deraf sahaja untuk membolehkan orang ramai membuat perbandingan mana yang benar dan mana yang palsu.

Percaya dan yakinlah perkara ini tidak merugikan UMNO. Sekiranya Hudud UMNO lebih asli dan tulen, nescaya orang akan menerimanya. Kebenaran itu tetap akan menang dan kebatilan itu akan musnah. Sebaliknya kalau UMNO masih membisu dan enggan mengemukakan deraf hududnya, selama itulah orang akan menerima hudud PAS sebagai hudud yang dituntut di dalam Quran.

Salam hormat,

(Mohd Sayuti Omar).







______________________
Terbitan : 16 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com