SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Pesan Abang Memakna Fitnah

Ini pesan abang kepada adik
tua bukan pada jalur usia
tetapi diukur pada galur akal
muda bukan pada garis umur
tetapi dicuba pada alur fikir.

Fitnah itu ada asalnya
cubaan, ujian kata Ibnu Faris
imam bahasa, pemimpin sastera
faqih pula dalam ruang fiqhi.

Kebakaran seperti api menyala-nyala
jelas al-Khalil, imam pemilik bahasa Arab
dari lisannya tersebar ilmu 'urudh.

Dugaan, penilaian, juga ujian
dilafaz sahib Lisanul 'Arab, al-Azhari
termasyhur faqih Syafi'iyah.

Ditakwil pula tangan penzalim
melempar-lempar busur api
dimakna juga dosa dan sesat
punca dari kehendak syaitan
memesong pandangan manusia.

Hingga jadilah fitnah pada
adat manusia uruf kehidupan
menduga hati budi insan
hingga zahir kejahatan
berubahlah pelaku
hingga berhamba kemungkaran.

Mohd Nazmi Yaakub
Damanhur, 4 Julai 2002







______________________
Terbitan : 6 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com