SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Luahan hati warga baru Terengganu

asm

saudara,

ana sememangnya sudah lama utk mendengar kuliah TG Haji Abdul Hadi Awang di masjidnya di Kg rusila marang. Setelah bernikah dengan isteri ana, orang dungun baru-baru ini, maka kesempatan untuk pergi ke sana terbuka luas. Alhamdulillah.

Minggu lepas ana ambil cuti pada hari khamis dan jumaat utk pulang ke kampung, semata2 utk dapat menghadiri ke majlis ilmu TG. Cuma apa yang menyedihkan bagi ana ialah, keadaan tandas dan tempat mandi di masjid rusila itu terlalu uzur dan buruknya pandangan. Ini amat menyesakkan mata sesiapa saja yg singgah ke masji itu. Begitu juga keadaan di tepi2 koridor dan tangga masjid tersebut di hiasi dengan sampah2, tisu dan kotak minuman! Keadan ini bagi ana amatlah menyedihkan dan buleh memalukan jamaah kita yang selalu melaungkan membangun menurut Islam.

Tidak adakah usaha-usaha atau satu jawatankuasa ditubuhkan utk memastikan kebersihan di masjid tersebut sentiasa didalam keadaan yang terbaik? Begitu juga tidak adakah perancangan dan usaha-usaha mengumpul dana untuk memperbaiki dan memperelokan kemudahan tandas dan bilik air di masjid tersebut?

Bukankah di masjid itu jugak terletaknya sekolah agama yg diusahakan oleh TG Haji Abdul Hadi, jika keadaan ini berterusan, bulehkah murid2 di situ nanti boleh belajar dengan selesa? Jika ibu bapa murid yg menghantar anak nya belajar di situ melihat, hati mereka juga akan tersentuh dengan keadaan kemudahan asas itu.

Bolehkah saudara memberi sedikit ulasan dan penerangan kepada ana mengenai perkara ini?

Jazakallah







______________________
Terbitan : 16 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com