SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Belajar Matematik & Sains Dalam Bahasa Inggeris??

From my point of view...

Bukankah kita rakyat Malaysia ingin mempertahankan maruah bahasa kita dan memartabatkan lagi kedudukannya di bumi kita? Tetapi kenapa tetiba KERAJAAN UMNO sekarang mengancam penggunaannya dan ingin gantikan ia dengan Bahasa Penjajah? Bukankah kita patut berbangga dengan memiliki bahasa sebdiri, dan kita patut sokong dan meluas/ memperbaiki penggunaan bahasa kita daripada hilang?

Patutkah mengarahkan mengajar matapelajaran Matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris (BI)? Ini satu idea yang tidak masuk akal langsung yang datang dari siapa lagi kalau bukan kerajaan yang di kuasai UMNO sekarang. Memang tak adil dan tak masuk akal nak arah sekolah tempatan untuk mengajar Matematik dalam BI. Apa gunanya nak belajar kira-kira dalam BI? Tengok Jepun, German, China, India, dll - mereka semua berbangga dengan bahasa ibunda mereka, dan semua sekolah mereka belajar semua subjek dalam bahasa ibunda tersendiri. Itulah lambang kebangaan rakyat terhadap memiliki suatu bahasa yang selain Bahasa Inggeris.

BI adalah bahasa antarabangsa, digunakan bila berkomunikasi antara negara yang lain. Kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga ada bahasa sendiri. Bahasa Inggeris ni memanglah ada kelebihannya, terutama kalau anak-anak bumi Malaysia ingin bekerja di suasana perniagaan (contoh Bank, Saham, Bisnes dll) bila tamat pengajian. Tetapi penggunaan BM semakin meluas dalam hal hal perniagaan dan komunikasi.

Kalau alasan belajar Matematik dan Sains dalam BI adalah kerana bangsa Inggeris bangsa yang maju, kenapa tak arahkan matapelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa Brazil (sebab Brazil bangsa yang pandai bersukan) dan bukankah benar bangsa Cina dan Jepun yang lebih cemerlang dalam pelajaran matematik berbanding orang Inggeris? Tambahan, siapa yang pandai buat untung perniagaan di tanahair Malaysia kalau bukan orang orang (tauke) Cina? Kenapa tidak belajar Matematik dalam bahasa Cina?

Kalau kerajaan nak memajukan minda dan kemahiran rakyat, bukan ini caranya, seperti pesan Saudara Anwar baru-baru ini, ?Saya merayu agar saudara-saudari menolak dasar parti yang angkuh yang sanggup mencela agama, budaya bangsa dan mengkhianati dasar Pendidikan Kebangsaan?.

Fikir... budak-budak sekolah yang faham atau fasih berbahasa Inggeris adalah dari golongan yang latar belakangnya seperti ibubapa cakap BI, datang dari negara Inggeris, sekolah-sekolah bandar terkenal, sekolah swasta dan yang mampu bayar untuk tusyen BI. Masalah penggunaan BI dikalangan seperti ini tidak akan membawa banyak masalah. Tetapi apa nak jadi dengan pelajar-pelajar di sekolah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil), sekolah-sekolah pinggiran bandar, perkampungan dan luar bandar? Pelajar-pelajar yang dari ladang getah, anak nelayan, petani... Mana nak cakap BI bila memancing, menoreh getah...??

Saya masih ingat satu cerita dari kakak saya, dia berkelulusan ijazah sarjana TESL (Teaching English as a Second Language) dari universiti tempatan, dan dihantar untuk mengajar BI di satu sekolah luar bandar di Semenanjung. Dia ditugaskan mengajar BI tingkatan 3 &4. Sudah dia mula mengajar, saya pun tanyalah dia, "So, how's teaching in that school? Best tak?" Dia kata, "Masha-allah..... Their English is terrible, some don't even understand what an "apple" or "bird" is, that I have to teach them Standard One English". Kakak saya kesian dengan pelajar-pelajar dia, jadi dia mengajar BI tahap sekolah rendah khas untuk kelas-kelas yang dia mengajar. Bukanlah nak kutuk pelajar-pelajar tu, tetapi dia cuba sedaya upaya dia untuk memperbaiki BI di sekolah itu. Perkataan-perkataan basic BI pun ramai yang tak erti maknanya, apatah lagi nak belajar Sains & Matematik dalam BI? Pengsanlah semua bila dapat keputusan peperiksaan.... Saya rasa ramai akan gagal, memangdangkan ramai pelajar sekolah sememangnya gagal Bahasa Inggeris. (bukan semua... tapi kalau buat research di semua sekolah... taulah...memang majority ramai pelajar gagal BI)

Kerajaan yang mengambil tindakan ini, telah jelas membuktikan mereka tidak pernah memikirkan keadaan murid-murid Malaysia yang memang tahap BI nya amat rendah. Agaknya Jabatan Pendidikan Malaysia tak pernah buat kajian langsung terhadap tindakan yang melulu ini. Kenapa mereka tidak mendapatkan pendapat rakyat jelata dahulu? Apa nak jadi dengan sistem pendidikan Malaysia yang sememangnya lemah selama ini.... sejak Malaysia merdeka baru 45 tahun, Bahasa Malaysia pun bukanlah mantap lagi, banyak perkataan baru diambil dari bahasa Inggeris (contoh destinasi datang dari destination, servis dari service, dll), ini nak terus tukar ke BI untuk belajar Sains & Matematik? Dimanakah martabat Bahasa Ibunda kita?

"Bukan hal-hal Bahasa saja yang ramai generasi reformis tak puas hati. Yang bagus kita terima, dan semua rakyat akan rasa aman, tak "lawan" kerajaan... Tapi bila UMNO buat keputusan melulu bagi faedahnya sendiri dan bukan faedah rakyat biasa, maka rakyat akan meluahkan rasa ketidakpuasannya, ini bukan nak lawan kerajaan, ini hanyalah... suara rakyat!!!"

Next Generation
Penang







______________________
Terbitan : 22 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com