SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Berita Sensasi Time DotCom (Part 1)

Sebelum meninggalkan Renong dan nak syarikatnya, TIME DOTCOM, dan setelah menyalahgunakan ratusan juta ringgit wang hasil titik rakyat yang disimpan di KWAP, KWSP, kroni umno, Halim Saad, telah melantik seorang Mat Salleh (Bob Fox) untuk menggendalikan pengurusan TIME DOTCOM dengan gaji sebanyak RM200,000 lebih sebulan. Mereka yang mengetahui perangai Halim Saad akan bersetuju bahawa dia hanya menghormati Mat Saleh, dan menganggap orang Melayu sebagai dungu. Macamlah dia tu Mat Saleh dan bukan Melayu!

Sebelum menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bob Fox adalah seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) di Star Hub, iaitu sebuah syarikat telekomunikasi yang hampir lingkup di Singapura. Ketika di Star Hub, Bob Fox gagal memulihkan operasi syarikat itu. Tetapi oleh kerana terlalu kagum dengan kaum kulit putih, Halim Saad menawarkan jawatan CEO kepada Bob Fox yang terbukti tidak berkebolehan itu. Setelah hampir setahun di TIME DOTCOM, Bob Fox pujaan UMNO masih gagal menaikkan prestasi syarikat itu! Syarikat telekomukasi milik Melayu mengalami kerana demi kerugian setiap hari. Sejak didaftarkan di Bursa Saham Kuala Lumpur, TIME DOTCOM TIDAK PERNAH UNTUNG! Suku tahun pertama 2002 ianya telah kerugian sebanyak RM14 juta. Pada suku tahun kedua, ianya kerugian sebanyak RM8 juta.

Apa yang berlaku sekarang di TIME DOTCOM ialah Bob Fox sedang cuba membuang sebilangan besar pegawai-pegawai kanan Malayu yang berkebolehan walaupun mereka telah bekerja dengan cemerlang. Pegawai-pegawai kanan Melayu disisihkan. Dia cuba menggantikan mereka dengan pengurus-pengurus Cina yang hanya tau membodek. Kakitangan-kakitangan kanan Cina yang tidak berkebolehan diberi jawatan kanan, contohnya Andrew Chong yang tidak pernah mencapai sasaran jualan. Bahagian yang diketuainya tidak pernah untuk - rugi teruk! Yap Sowan, Pengarah Sumber Manusia, tidak tahu apa-apa mengenai kerjanya, hanya tahun membazir wang tanpa sebarang faedah. Begitu juga dengan Tan Ang Suan, yang menjadi ketua operasi rangkaian - network failure bertambah banyak - masalah gagal ditangani! Mereka ini diberitakan bergaji lebih RM200,000 setahun. Segala kesilapan mereka tidak pernah diambil tahu. Tidak ada tindakan tatatertip diambil. Tapi, sekira, pekerja melayu silap sedikit, mereka akan dihukum seteruk-teruknya. Mereka tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman! Tapi disebabkan oleh kebangangan umnocino, gaji yang mewah dibayar kepada kaki-kaki bodek itu.

Kerana tidak sukakan orang Melayu, Bob Musang dan Yap Sowan berkomplot membuang beberapa pegawai-pegawai Melayu yang berkebolehan. Hidup umno!! Mampus Melayu!! Syaitan yang berdua itu juga cuba membuang beberapa orang lagi pegawai-pegawai Melayu!

Pekerja-pekerja jualan Melayu dilarang memakai tudung! Yang melaksanakan perintah tidak boleh memakai tudung ialah pegawai-pegawai Bob Fox yang bukan berugama Islam. Inikah Negara Islam yang dicanangkan oleh Mahathir? Inikan puak-puak yang memperjuangkan bangsa Melayu? Inikan puak-puak yang mendaulatkan Melayu?

TIME DOTCOM mencanangkan kepada rakyat Malaysia bahawa syarikat itu mempunyai rangkaian telekomunikasi canggih berbentuk fiber optik, dan melaburkan sebanyak RM6 billion bagi tujuan itu, tetapi hanya 30% dari rangkaian tersebut yang digunakan! Patutlah Renong memanjang rugi berbillion-billion ringgit! Hebatnya kroni-kroni umno mentadbirkan perniagaan.

Budaya kerja di TIME DOTCOM ialah jika tidak pandai membodek, mereka akan disisih atau disingkir. Ada juga pegawai kanan yang disingkir dengan sebab yang meragukan. Pernah Halim Saad membuang 3 pegawai kanan Melayu kerana tidak sukakan mereka. Ringkasnya, seperti mana di dalam UMNO, TIME DOTCOM mengamalkan system feudal.

Ketika hendak disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur, pekerja-pekerja bawahan dipaksa membeli saham-saham TIME DOTCOM walaupun mereka tidak mampu. Hasilnya sekarang ialah pekerja-pekerja malang itu terpaksa membayar hutang pembelian saham-saham tersebut melebihi gaji bulanan mereka. Benarlah seperti mana yang bahawa, rakyat yang miskin akan terus misking dan yang kaya akan terus kaya. Mereka kaya bukan kerana titik peluh mereka tetapi kerana mereka kroni umno walaupun dungu!

Apa nak jadi umno woi? Lingkupkan mereka di Pendang dan Anak Bukit! Seperti contoh TIME DOTCOM, umno akan terus menghancurkan orang-orang Melayu! Dan, akan terus menjadi hamba orang putih dan cina.

bersambung...

Orang Melayu







______________________
Terbitan : 24 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com