Rakyat Perlu Memberi PandanganDari : Pajero Sebagai rakyat yang tinggal disebuah negara yang mengamalkan demokarasi berhak untuk menyuarakan pendapat dan pandangan supaya pihak yang mentadbir negara memberi pertimbangan demi kebaikkan rakyat dan negara. Mutakhir ini banyak terdapat ulasan yang dikeluarkan oleh pihak media kerajaan berkenaan bahasa Inggeris yang akan diajar kepada murid-murid mengikut formula baru. Apa juga usaha dan format yang ingin dibangunkan oleh kerajaan kita tidak membantah demi kebaikkan rakyat dan masa depan negara. Apa yang akan menjadi kesukaran tentang perkara ini ialah murid-murid luar Bandar yang rata-rata pendedahan bahasa ini amatlah terhad. Pajero ingin membuat cadangan kepada pihak kerajaan membuat pertimbangan yang sebaikkannya agar ianya sama naik dengan murid – murid dibandar, Pajero cadangkan pihak kerajaan mengadakan kelas – kelas bahasa Inggeris kepada mesyarakat luar bandar terutama Ibubapa agar bahasa ini dapat dilatihkan kepada anak – anak semasa dirumah. Pajero masih ingat lagi satu ketika dulu kerajaan mengujudkan kelas – kelas buta huruf kepada orang – orang dewasa di kampong – kampong mengapa tidak bahasa Inggeris ini dibuat seperti kelas buta huruf. Pendedahan seperti ini akan boleh memberi tindak balas yang positif kepada murid – murid terutama diluar bandar, dengan cara ini pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dapat diajar lebeh awal maka negara lebeh cepat mencapai sasaran yang diimpikan. Sebelum ini pihak ibubapa amat bimbang terhadap pengumuman kerajaan untuk memasukkan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kepada anak – anak mereka. Selain daripada guru sekolah bertungkus lumus untuk mendidik mata pelajaran ini sekurang-kurang ibubapa juga dapat membantu semasa di rumah. Walaupun ibubapa tidak dapat menguasai keseluruhan bahasa ini sekurang-kurangnya pertuturan dirumah juga memainkan perana yang amat penting. Sekian.
______________________
Diterbitkan oleh : |