Tazkirah Untuk Ketua Polis NegaraApabila dikatakan kepada mereka: “Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum rasul”, nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. –Al-Nisa’ ayat 61. Jika kita teliti ayat di atas memang benarlah apa yang terjadi di Terengganu, bahawa orang-orang munafik akan cuba sedaya upaya menghalangi perlaksanaan hukum hudud. Biarlah apa yang puak munafik ini nak buat dan nak kata tapi hudud akan terus dipertahankan …. InsyaAllah. Ketua Polis Negara dah buat statement minggu lepas bahawa polis tidak akan melaksanakan undang-undang hudud yang telah diluluskan oleh kerajaan Terengganu. Alasannya kerana tidak selari dengan undang-undang Persekutuan. Memang benarlah mangkok hayun oii … Undang Persekutuan tu memang tak selari dengan hukum hudud kerana ia dicipta oleh manusia berasaskan Sistem Toghut Lord Reid. Inilah BeEnd .. semua jentera kerajaan akan dikerah untuk menentang kebangkitan Islam. Depa lupa Islam ni adalah seperti spring, makin dok tekan makin kuat libasannya .. sekali kalau dah dia libas … hancur semua toghut-toghut ni. Wahai Ketua Polis Negara hari ini hang boleh cakap apa sahaja yang hang suka. Tapi ingat hidup ini bukan sekali sahaja. Di akhirat nanti hang tunggu la pulak Ketua Polis Neraka siksa hang pulak. Masa tu hang nak minta tolong dari si mamak Mahadey. Sorry la … Mahadey akan berkata ‘Sorrylah Norian Mai, aku punya dosa pun aku tak terbawak (sambil menunjuk dibelakangnya timbunan dosa yang berlambak-lambak) macamana lak aku nak tolong hang … hang jangan mai jumpa lagi aku, pi lah hang tanggung sendiri’. Masa tu Mahadey akan berlepas tangan dari segala apa yang dia dah suruh, yang dia arah dan sebagainya. Bagi orang-orang yang masih setia dengan Umno tu, cepat-cepatlah taubat. Kalau setakat dok setia sokong Umno, puji Mahadey tapi dok pakai kereta buruk dan yang di kampung pakai moto atau basikal buruk hentilah kerana ia adalah sia-sia. Sebab dunia pun hampa tak dapat, akhirat pun tak dapat. Yang pakai Mercedes dan kereta mewah yang sama kelas dengannya tak pa lah. Sokong Umno dapat projek dapat dunia. Kadang-kadang kesian tengok Pak Cik Mak Cik atau saudara kita, tak kira la di kampung ka atau di bandar ka, pakat dok sokong sangat Mahadey dan Umno tu .. padahal satu sen pun Umno tak bagi .. menyusahkan ada la .. air naik, letrik naik, talipun naik, toll naik …yang tak naik cuma gaji saja. Inipun tanggungjawab kita juga untuk sama-sama berkempen. Contohnya kalau nak ‘uuu..uuu..uuu’ pangkahlah Pas. Senang cerita sila rujuk dalam Surah Yasin. Sebab kebanyakkan dari kita termasuklah orang Umno memang lancar baca (membaca) tapi isinya atau terjemahannya langsung tak pernah nak ambil tahu. Takkan nak tunggu sampai khalifah Umno hampa buat terjemahan baru nak baca. Kadang-kadang di sesetengah masjid botol air (untuk buat air Yasin) lebih banyak dari orang yang hadir nak baca Yasin. Masa kita nak nazak nantipun orang akan baca Surah Yasin pada kita. Jadi eloklah malam ni atau lepas ni waktu free tu kita selaklah sikit tengok ayat-ayat Allah. Kalau kita tidak baca Al Quran satu hari, 10 hari ia akan tinggalkan kita. Kalau kita hitung dari Ramadan lepas (Al Quran selalu di baca waktu bulan puasa saja) dah berapa lama Al Quran tinggalkan kita! Antara intisari kandungan Surah Yasin ialah bukti-bukti adanya hari berbangkit, ilmu, kekuasaan dan rahmat Allah, syurga dan sifat-sifatnya, anggota badan manusia menjadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatan di dunia. Juga kisah Nabi Isa dan penduduk Antakiyah. Termasuklah juga … tidak ada faedah peringatan bagi orang musyrik. Kalau kita yang selalu dan suka mengikuti siaran berita (berita sedikit sahaja tapi propoganda BeEnd yang lebih) TV1 sampailah TV7 tu …. hati-hatilah. Kena pula dengan musim pilihanraya ni … yang buat statement yang sesat tentang hudud atau Islam bukannya Ah Chong atau Muthusamy, tapi orang yang bergelar Dr., Datuk, ustaz dan sebagainya yang ugamanya Islam. Kalaulah statementnya yang bercanggah tu kita pun sama-sama setuju, ditakuti kita pun sama-sama tergelincir aqidah. Sebab itulah Islam menyeru kita memerangi puak-puak ini (termasuklah Umno dan BeEnd) kerana mereka bukan sahaja sesat tapi menyesatkan orang lain. 18 Julai 2002 ... berlaku pertembungan antara yang hak dan batil. Kepada yang berjuang pada jalan yang hak (Umno jangan perasan pulak!) anda telah melakukan satu tanggungjawab yang besar. Kalah menang adalah penentuan Allah, yang pasti di sebaliknya pasti ada pegajaran bagi yang mahu melihat. Allah tidak akan menyoal kita kalah atau menang .. tetapi apa yang kita buat untuk Islam. Kepada yang tak sempat sama-sama berkhidmat di Pendang dan Anak Bukit, kita sama-samalah mengadakan solat hajat secara berseorangan, berkeluarga atau berjemaah. Sesungguhnya doa itu juga adalah senjata bagi orang mukmin. YA ALLAH BERIKANLAH KEMENANGAN PADA ISLAM. GAGALKANLAH SEGALA PERANCANGAN PUAK-PUAK MUNAFIK Umno DAN BeEnd DISAAT-SAAT AKHIR INI, KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU JUGA MERANCANG DAN MAHA MENGETAHUI. HANCURKAN Umno, HANCURKAN BeEnd. AMIN. -Panaurama.com
______________________
Diterbitkan oleh : |