Calon Tunggul Kayu : Dr M Hina PengundiSIDANG MEDIA (23 JULAI 2002) Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) melahirkan rasa yang amat kesal terhadap sikap dan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohammad bahawa para pengundi Melayu di Pendang dan Anak Bukit telah bersikap fanatik dengan memberi undi kepada PAS walaupun PAS meletakkan tunggul kayu sebagai calonnya. DPP Pusat melihat kenyataan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ketua kerajaan yang memimpin sebuah negara demokrasi kerana rakyat mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih sesiapa sahaja calon yang mereka rasakan sesuai menjadi wakil mereka di dewan perundangan. Dr Mahathir sepatutnya sedar bahawa rakyat negara ini telah memiliki kesedaran politik yang tinggi dan tidak akan termakan lagi dengan dakyat dan sendiwara politik murahan Umno/BN. Mereka memilih calon-calon yang dirasakan layak dan berwibawa untuk menjaga kepentingan mereka dan mereka bukannya membuat pilihan dengan melulu berdasarkan sikap fanatik kepada parti. Jika dikira fanatik, maka pengundi Umno lebih fanatik kerana mereka telah mengundi calon-calon yang "out of date" dan tidak mempunyai dasar perjuangan yang konsisten. Walaupun calon Umno mempunyai pengalaman pentadbiran sebagai exco kerajaan dan setiausaha parlimen, calon PAS juga mempunyai perkhidmatan yang cemerlangan dalam agensi kerajaan di samping tugas-tugas profesional mereka sebagai doktor perubatan dan jurutera. Dalam sesebuah negara yang bersistem demokrasi, rakyat mesti dihormati pandangan mereka tetapi Dr Mahathir sebagai seorang pendendam sentiasa tidak dapat menerima keputusan rakyat untuk tidak mengundi calon Umno yang tidak berwibawa. Pengalaman rakyat Kelantan dan Terengganu kini dirasai oleh pengundi Anak Bukit dan Pendang pula apabila mereka dimaki dengan pelbagai cercaan kerana menggunakan hak mereka untuk menolak Umno. Apakah Dr Mahathir merasakan bahawa calon Umno sangat berwibawa dan calon PAS seperti 'tunggul kayu' yang tidak mempunyai apa-apa erti kepada rakyat, sedangkan rakyat melihat calon Umno akan menjadi lebih 'tunggul kayu' kerana tidak akan menyuarakan kepentingan rakyat di DUN dan Parlimen. DPP Pusat mengajak Dr Mahathir berfikir secara waras dan tidak nyanyuk bahawa calon-calon yang dikemukan oleh PAS adalah dari kalangan tokoh profesional yang berwibawa dan mendukung perjuangan Islam bukannya tunggul kayu. Maka tidak menjadi kesalahan atau kesilapan bagi rakyat yang mengundi PAS. Apakah kerana calon PAS seorang doktor atau jurutera maka ia menjadi calon tunggul kayu. Maka apakah wajar jika PAS mengatakan pengundi di Kubang Pasu juga bersikap fanatik kerana mengundi seorang calon tunggul kayu semata-mata kerana wakil rakyat yang mereka pilih adalah seorang doktor perubatan. Umno mencalonkan tunggul kayukah di Kubang Pasu?
HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
______________________
Diterbitkan oleh : |