Bila Tepak Bersulam buat perangai budak-budakOleh PENASAKTI Macam budak-budak aku tengok lagak Tepak Bersulam bila Agendadaily siarkan respons Menteri Besar Selangor, Khir Toyo tentang laman selangordaily yang gunakan lambang rasmi kerajaan negeri Selangor tetapi kebanyakan kandungannya memfitnah pemimpin kerajaan negeri Selangor. Maka dituduhnya Agendadaily laman pembangkang dan didesaknya kerajaan negeri yang menaja laman itu menarik balik tajaan mereka. Maka ditunjukkan bukti-bukti bahawa Agendadaily sama saja dengan web pembangkang seperti Malaysiakini. (Bila pula pembangkang beli syer dalam malaysiakini?) Tak cukup dengan itu, Tepak beri amaran bahawa peperangan kini bukan lagi antara Tepak Bersulam dengan Rosli Ismai (pemilik Agendadaily) tetapi peperangan antara laman web Selangordaily dengan Agendadaily. Awal-awal lagi Tepak nasihatkan pekerja Agendadaily supaya segera berhenti kalau tak mahu kena bahana peperangan hebat ini! Maka melalut tak tentu arah Tepak Bersulam yang nama sebenarnya Khazai Abu Bakar bila Khir kata dia akan ambil tindakan kepada orang yang berada di belakang Selangordaily kerana cemarkan nama baik kerajaan negeri. Semua kampung dah tahu yang si mamat Tepak ni dapat duit banyak dari Dr Karim Mansor, Setiausaha Politik Khir Toyo. Dan Khazai memang ada hubungan personal dengan Karim, sekarang tengah siap cari projek sebagai imbuhannya menentang Ahmad Lutfi dan memfitnah Hassan Ali. Tapi yang membuatkan Dr Khir melenting bila laman Tepak ni tidak ada kerja lain selain mengadu-domba pemimpin kanan Selangor. Sampai porak-peranda dibuatnya hubungan antara Khir dengan Sharif Jajang, Zainal Abidin Ahmad dan Mokhtar Dahlan. Sampai Khir tak percayakan lagi semua anggota Exconya. Hinggakan Exco ini masuk mesyuarat Exco berlenggang, dan keluar mesyuarat pun berlenggang kerana tak boleh bawa masuk atau keluar apa-apa dokumen. Yang anehnya, bila keluar saja kenyataan Khir nak ambil tindakan pada orang di belakang Selangordaily, Tepak cepat-cepat buat tulisan hentam Lutfi balik. Ingatkan dia dah lupa Lutfi masih ada kerana banyak sangat tumpuannya untuk menjilat Azalina Othman Said yang dituduh lesbian tu. Selama ini, lebih dua bulan Tepak dah tak ingatkan isu rasuah dan salahguna kuasa Khir kerana terlalu asyiknya menjilat Azalina. Tut tut Tepak pun nak ambik hati Toyo balik bila dia start hentam Lutfi. Katanya Lutfi makan duit haram kerana siarkan artikelnya dalam Memo22. Pandai pula si Tepak ni bercakap pasal dosa pahala, halal haram ... Syabas Tepak kerana begitu licik cuba ambil hati semula Khir Toyo. Memang orang tahu Karim Mansor dah habis banyak bantu Tepak buat selangordaily dan cetak suratkhabar bantai Hassan Ali dan Lutfi. Karim duit berbilion, bukan bermilion lagi. Jadi apa dia peduli habis dua tiga juta sekalipun untuk hentam Lutfi. Saya harap Lutfi teruskan buat pendedahan rasuah Toyo yang tak sedar diri ini. Biar nama Toyo sinonim dengan rasuah. Saya setuju benar tajuk risalah yang disebarkan dalam perhimpunan lepas, Tolak Rasuah, Tolak Khir, Tolak Umno. Kesian dengan Tepak, selepas dijilatnya si Azalina, makin teruk Azalina kena pukul. Selepas dijilatnya si Khir Toyo, makin buruk nama dan imej MB Selangor tu. Jangan nangis Tepak, tenang hadapi dugaan ini, si Karim Mansor masih boleh bagi duit banyak, cari tanah kosong termasuk kawasan rekreasi untuk diluluskan kepada kamu. Kalau budak-budak perempuan umur 20 tahun boleh sampai dapat tanah 100 ekar di Bukit Cherakah, masakan kamu yang dah bertungkus-lumus selamatkan perasuah hebat macam Khir tu setakat melilih air liur saja? ................ http://www.agendadaily.com/details.php?id=53 Kerajaan negeri nak ambil tindakan ke atas orang belakang Selangordaily.com KUALA LUMPUR,Ahad 30 Jun - Kerajaan negeri Selangor sedang memantau sebuah laman web- www.selangordaily.com untuk mengambil tindakan ke atas “orang di belakangnya” kerana menggunakan lambang rasmi kerajaan negeri serta menyiarkan rencana yang melaga-lagakan para pimpinan. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Khir Toyo menegaskan kerajaan negeri tidak terlibat langsung dengan laman web berkenaan. “Kita sedang memantau laman web ini.Kalau kita dapat kita akan ambil tindakan ke atasnya kerana menggunakan lambang rasmi kerajaan negeri,”katanya. Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas menutup satu konvensyen yang disertai oleh para mahasiswa dari seluruh negara di Hotel Dynasty di Kuala Lumpur petang Ahad. Dr Khir mulanya tidak menyebut nama laman web yang dimaksudkan tetapi bila ditanya beliau secara spesifik menyebut - “ Selangordaily.com”. Kebelakangan ini ramai di kalangan pemimpin Umno negeri Selangor mengadu mereka hairan bagaimana sebuah laman web yang menyiarkan rencana-rencana politik termasuk dakwaan “bukan-bukan” ke atas individu tertentu boleh menggunakan lambang rasmi kerajaan negeri. Selain lambang rasmi ia juga menggunakan banner mengecam penyebaran fitnah yang memaparkan gambar Menteri Besar. Sedangkan menurut mereka, ada rencana-rencananya yang diragui kesahihannya dan berbau fitnah yang secara langsung merupakan percanggahan dengan cogankata itu serta boleh menjejaskan nama baik Dr Khir di kacamata orangramai. Penggunaan lambang itu boleh membuatkan laman web berkenaan disalahtafir sebagai lidah rasmi serta mencerminkan pandangan kerajaan negeri. Mereka juga terperanjat melihat laman web itu pernah menyiarkan rencana yang boleh mencetuskan permusuhan di kalangan pemimpin Umno negeri. Dalam sidang akhbar itu Dr Khir mengakui laporan laman web itu boleh menimbulkan permusuhan antara pemimpin. “Kita sedang memantau siapa mereka.Ini kerana nampaknya ia cuba melaga-lagakan pemimpin negeri dengan pemimpin atasan. “Saya nak jelaskan di sini kita tidak terlibat langsung,”katanya. Sebelum ini Agendadaily ada melaporkan laman web berkenaan dibayangi oleh Ketua Penaja Puteri Umno Azalina Othman Said berdasarkan mesej SMS telefon bimbitnya kepada bekas Exco Puteri,Erma Fatima, menawarinya menjadi penulis hantu di laman web itu serta arahan siapa di kalangan musuh politiknya dalam Puteri yang perlu “dihentam”. Erma telah menulis enam rencana di bawah nama samaran Tebuan sebelum tiba-tiba laman web itu “pusing “ dan menghentamnya pula. Erma mendakwa ini berlaku selepas sahabat karib,Azalina iaitu Datin Sabrina “mengamuk” setelah mendapat tahu beliau masih membantu Azalina menerusi laman web itu. Beliau menerima tawaran berkenaan daripada Azalina sekalipun ketika itu sudah meletakkan jawatan sebagai Exco Puteri. Laman web berkenaan kebelakangan ini menyiarkan berbagai rencana menghentam kumpulan dalam Puteri yang dicop oleh penyokong Azalina sebagai “Enam Jahanam”.Mereka terdiri daripada exco,bekas exco serta bekas kakitangan pejabat Puteri. Ia juga menyiarkan berbagai dakwaan berunsur peribadi untuk mencemarkan nama baik mereka termasuk Erma. Langkah berkenaan dilihat oleh para pemerhati politik tidak lebih dari perang saraf untuk menjejaskan kepercayaan orang terhadap dakwaan yang dibuat terhadap kredibiliti dan moral kepimpinan Azalina. Malah ia telah bertindak hingga ke peringkat cuba menidakkan dan menimbulkan persoalan ke atas satu usaha yang dibuat secara sukarela oleh kumpulan “anak Malaysia” untuk mengadakan satu klip video bagi menghargai jasa para pemimpin negara.Berita sepenuhnya di bawah Ia mendakwa Erma yang menjadi pengarah klip video berkenaan tidak menyelesaikan projek berkenaan mengakibatkan penaja kerugian beribu-ribu ringgit. Sedangkan klip video bernama Khalifah Kita itu sudah siap dan sidang akhbar pelancarannya diadakan petang Jumaat di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Penerbit klip video itu Haji Omar Matan menyuarakan rasa kesal kerana laman web itu terus menerus cuba mempersoalkan tentang kesahihan projek berkenaan dengan tulisan-tulisan yang cuba mempersendakannya. “Ini adalah usaha murni anak-anak Malaysia yang menghargai pemimpin negara.Ia adalah projek saya.Ia hak milik saya jadi apa yang mereka cuba persoalkan.Erma memang tidak dibayar apa-apa sebagai pengarah.Dia buat kerja secara sukarela Saya tahu kerana saya penerbit klip video itu. “Mereka harus datang minta penjelasan dari saya sendiri dan tidak main serkap jarang sana sini untuk mencari kesalahan orang dan mencemarkan nama baik orang." Haji Omar menegaskan itu satu-satu projek klip video yang Erma arahkan melibatkan pelakon utama Jalaludin Hassan dan penyertaan 300 orang ahli dari Persatuan Seni Silat Kebangsaan (PESAKA). “Siapa cakap projek itu terbengkalai dan Erma lesapkan wang penajaan.Semua sudah siap .Saya yang keluarkan wang.Mana ada wang yang lesap.Jadi apa lagi yang hendak dipersoalkan." Mengenai soal tarikh penayangan klip video itu dan persembahan yang bertemakan Khalifah Kita yang juga cuba dipersoalkan oleh laman web berkenaan,Haji Omar berkata memang asalnya ada rancangan untuk dibuat sempena Hari Merdeka tetapi bila mendengar pengumuman Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad nak letak jawatan mereka merasakan ia lebih berkesan dibuat secara besar-besaran di Stadium Bukit Jalil pada 9 September. Katanya persembahan berkenaan juga akan dibuat secara sukarela dan gotong royong oleh semua pihak yang berminat turut serta sebagai tanda penghargaan kepada pemimpin negara itu.
______________________
Diterbitkan oleh : |