Kerajaan Pahang dan Timbalan Menteri Tauke JudiMenggemparkan tetapi benar!!!! Akhbar NST Isnin, 1 Julai 2002 melapurkan bahawa Kerajaan Pahang melalui anak syarikatnya, Pasdec Corp Sdn Bhd, mempunyai saham sebanyak 15.3 % dalam syarikat Bukit Tinggi Resort Bhd. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor, yang juga Setiausaha Kerja UMNO memiliki 15.9 % saham. Rakan baik Dr. Mahathir, Vincent Tan memegang saham sebanyak 61 % dalam Bukit Tinggi. Kerajaan pimpinan Dr Mahathir telah memberi kelulusan kepada syarikat ini untuk membuka sebuah lagi kasino – tambahan kepada kasino di Genting Highland. Dr M telah meluluskan 250 lesen mesin slot (judi) kepada syarikat ini. Maka akan bertambah “Makmur”lah negeri Pahang Darul Makmur. Mungkin inilah ciri-ciri Negara Islam Fundementalis Malaysia yang sebenar, yang telah diberitahu oleh Dr M kepada pemimpin-pemimpin negara luar semasa perjumpaannya dengan mereka. Islam tidak menghalang kegiatan perjudian asalkan ianya judi yang halal – mungkin ini apa yang diterangkan oleh PM!!!!!!!!! Kepada pengundi pilihanraya kecil Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit khususnya, dan rakyat Malaysia amnya, ambillah ikhtibar dan pengajaran dari kedudukan ini. Sebuah kerajaan negeri dan seorang Tim. Menteri beragama Islam sanggup terlibat secara langsung dalam kegiatan perjudian. Sudah pasti MB Pahang, Adnan Yaakub, yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, PKNP (pemegang saham utama Pasdec) tahu kegiatan judi ini. MB Pahang nampaknya menyokong penuh pusat perjudian ini kerana ianya akan menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negeri ke negeri Pahang. Kerajaan dan rakyat Pahang boleh mendapat hasil dan pendapatan tambahan dari kegiatan judi ini. Sudah tiba masanya seluruh rakyat menolak pemerintahan Dr M dan UMNO/BN. Kita percepatkan pengunduran Dr M. Tak payah tunggu sehingga Oktober 2003. Tewaskan UMNO di Pendang dan Anak Bukit. Kita tidak perlu pemimpin dan pemerintah yang menghalalkan judi. Pengundi Pendang
______________________
Diterbitkan oleh : |