SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Pengundi hantu menangkan BN di Pendang.

Kemenangan calon Barisan Nasional (Bn), Dato’ Othman Abdul menewaskan calon PAS, Dr Mohamad Hayati Othman di Parlimen Pendang dengan majoriti tipis sebanyak 283 majoriti adalah dengan bantuan pengundi hantu yang diimport khas oleh Bn dari beberapa buah negeri.

Jika dibandingkan dengan keputusan dalam pilihanraya umum tahun 1999 undi PAS yang ketika itu diwakili oleh Allahyarham Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, tidak merosot sedikit pun bahkan bertambah sebanyak 129 undi. Ustaz Fadzil Mohd Noor, mendapat undi sebanyak 22,413, manakala Othman Abdul @ Man Bedul mendapat undi sebanyak 19,474.

Manakala di dalam pilihanraya kecil pada hari khamis yang lalu, Dr Mohd Hayati mendapat undi sebanyak 22,542 manakala Man Bedul mendapat undi sebanyak 22,825 dengan majoriti sebanyak 283. Bagaimana undi Bn boleh melonjak dengan begitu mendadak sebanyak 3,068 ???. Sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberitahu bahawa 1,000 lebih pengundi telah dikeluarkan dari senarai pemilih kerana telah meninggal dunia. Jika ditolak dengan senarai yang telah dikeluarkan oleh SPR dan dicampur dengan pengundi yang baru mendaftar, dan jika ditakdirkan mereka semua memilih Bn berapa sangat yang Bn boleh dapat? Berapa sangat pengundi baru yang mendaftar dan telah disahkan oleh SPR? Hingga boleh melonjakkan jumpa undi yang diperlehi oleh Man Bedul.

Undi rosak bagi Parlimen Pendang adalah sangat meragukan iaitu sebanyak 346, adakah ini logik? Kalau tahun 60-an, 70-an barangkali ia relevan, sebab ketika itu rakyat kebanyakannya bodoh-bodoh macam pemimpin Umno, tetapi dizaman yang kunnunnya di war-warkan sebagai zaman IT berlaku begitu banyak undi rosak. Adakah ini relevan dizaman sekarang? Kalau tidak ada tangan-tangan yang merosakkan kertas undi terbabit.

Justeru itu kemenangan Bn di dalam pilihanraya kecil di Pendang dengan jumlah undi yang meningkat secara mendadak adalah dengan bantuan pengundi hantu. Semua orang telah mengetahui Bn telah membawa beberapa buah Bas dari arah Kuala Lumpur menuju ke Alor Setar dengan diiringi oleh Polis sedang menghala ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, yang mana disana telah tersedia menunggu beberapa buah Van untuk mengangkut pengundi-pengundi hantu tersebut ke tempat membuang undi.

Lebih menghairankan lagi polis yang mengiringi Bas telah mengarahkan petugas keselamatan supaya tidak mengganggu pengundi-pengundi hantu ini. Dan berlaku sedikit pertengkaran antara petugas keselamatan dengan polis, manakala tidak lama kemudian petugas keselamatan telah ditahan oleh polis. Kejadian itu tidak berakhir disitu, manakala pada jam 8.30 pagi hampir 50 buah bas berada diperkarangan Stadium Darul Aman. Manakala 10 orang petugas PAS dari Terengganu telah ditahan oleh polis ketika meronda diperkarangan Stadium Darul Aman. Pada jam 9.00 pagi 8 buah trak FRU mula berkumpul mengawasi kawasan perumahan Taman Aman.

Selain itu. satu kejadian yang sangat menghairankan berlaku di DUN Anak Bukit iaitu FRU berkumpul sebanyak beberapa buah trak di sekitar tempat membuang undi di DUN Anak Bukit, dan beberapa buah Helikopter meronda dan berlegar-legar di sekitar DUN Anak Bukit.

Jelaslah disini Bn/ Umno sanggup memperkudakan segala jentera kerajaan selain media massa yang memang secara tradisinya telah menjadi kuda tunggangan Bn sejak dulu lagi.

Lebih menghairankan lagi setiap UPU di Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit dijaga oleh beberapa ‘ekor’ FRU Barua sedangkan tidak pernah berlaku didalam pilihanraya yang lepas-lepas.

Bn memang berhasrat untuk merompak kerusi DUN Anak Bukit dan Parlimen Pendang dengan apa cara sekalipun hatta sanggup membunuh, terutamanya kerusi DUN kerana mereka sangat mengidam untuk mendapatkan semula suara majoriti 2/3 di dalam DUN Kedah yang telah hilang sejak akhir tahun 2000 selepas pilihanraya kecil DUN Lunas ditangan calon KeADILan, Saifudin Nasution Ismail. Sebab itu mereka sanggup memperkosa segala jentera kerajaan tidak terkecuali SPR.

Walaupun PAS dari segi zahirnya kalah tetapi pada hakikat menang di dalam pilihanraya kecil ini, tetapi oleh kerana tangan-tangan kotor Bn menyebabkan PAS dipaksa kalah didalam Pilihanraya. Walaupun pada zahirnya Bn menang tetapi kemenangan mereka penuh dengan penipuan dan pendustaan. Mereka boleh bergembira dengan kemenangan yang diperolehi tetapi semua orang tahu bahawa kemenangan itu diperolehi dengan cara tipu daya. Allah berfirman di dalam surah Al-Fatir ayat 43 yang bermaksud:

“Tipu daya jahat tidak akan menimpa kecuali diri penipu itu sendiri”

Untuk akhir diharapkan agar ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS bersabar dengan penipuan yang dilakukan oleh Bn. Firman Allah didalam surah Ali-Imran yat 120 yang bermaksud:

“Jika kamu memperolehi kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Dan jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan”

UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA MENIPU

Perdana V6







______________________
Terbitan : 20 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com