KES DSAI: Pesanan Buat Tun Dzaiddin.Berhubung dengan Keputusan Rayuan DSAI yang bakal diumumkan tidak lama lagi walaupun saya yakin rayuan DSAI akan ditolak. Bukan kerana DSAI benar2 bersalah tetapi kerana Sistem Kehakiman Malaysia sudah HANCUR sepenuhnya. Kita amat jelas kenapa UMNO begitu menentang Hukum HUDUD. Kerana apabila HUDUD dilaksanakan KEADILAN akan TERTEGAK. Tetapi bagi manusia haiwan, Sistem Kehakiman hanya alat untuk terus berkuasa. UMNO, begitu menentang Hukum Hudud bukan kerana mereka tidak faham tetapi kerana mereka amat Faham. Sekiranya Hudud berjaya dilaksanakan maka berakhirlah era kezaliman mereka. Sebab itu kita WAJIB menentang UMNO. Sebab itu D.S Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam amanatnya mengatakan sekiranya kita menentang puak2 taghut ini kalau kita mati kita akan mati syahid. Kembali kita kepada Kes DSAI. Kita perlu buat kajian kenapa tiba-tiba Dzaiddin berubah. Pertamanya adakah Dzaiddin sedari awalnya memang sama macam Paul Kera dan Ripin Zakar cuma kerana perancangan licik Mahatua ( memang terkenal sebagai Pelakon Sandiwara Terkemuka Abad ini) maka ditonjolkan imej bersih Dzaiddin diperingkat awalnya. Ataupun Dzaiddin benar2 seorang yang mulia pada awalnya tetapi berubah sebaliknya akhir2 ini. Kalau benar begini kita perlu kaji pula kenapa Dzaiddin boleh berubah. Apakah kerana wang dan pangkat? Atau apakah kerana Dzaiddin juga telah terperangkap dengan satu konspirasi maknannya Dzaiddin telah diugut? Pada pendapat saya sekiranya Dzaiddin sebenar2nya mulia pada peringkat awalnya maka perubahan Dzaiddin bagi saya adalah kerana tekanan dan ugutan bukan habuan. Apakah ianya melibatkan nyawa, maruah Dzaiddin ataupun ahli keluarganya. Perkara ini tidak mustahil dilakukan oleh barua2 UMNO terutama Mahatua. Sedangkan Allah dan Rasul juga menjadi "MANGSA" si bangsat Mahathir apa pula Dzaiddin. Dzaiddin sekiranya benar Tun diugut, saya harap Tun kuatkanlah IMAN, kalau Tun sayangkan keluarga Tun, begitu juga Anwar. Janganlah takut dengan makhluk Allah apalagi kepada si bangsat Mahathir. Apakah Tun sanggup menjual agama hanya kerana takutkan Mahathir Laknat? Jangan jadi bodoh dan syirik. Biarkan saja orang2 UMNO dengan ketololan mereka. Mereka memang dilahirkan sebagai barua. Mereka ini asyik ditipu oleh Mahathir dan hairanya mereka masih terus percayakan Mahathir. Contohnya apabila Mahathir berlakon letak jawatan, orang2 bijak seperti penyokong Alternatif terus mengatakan ianya satu sandiwara manakala orang2 TOLOL dalam UMNO ada yang histeria kerana percayakan dengan sandiwara Mahatolol. Tidak sampai satu jam sahaja kita buktikan bahawa ianya satu sandiwara. Tun, sekiranya Tun melaksanakan tanggungjawab dengan amanah, ALLAH pasti melindungi TUN. Kami juga akan menyanjungi TUN, malah semua Insan akan menyanjungi TUN hanya Manusia Haiwan (UMNO) sahaja yang akan mengecam Tun. Tetapi jangan bimbang, mereka adalah manusia yang tiada kualiti. Kami bukan mohon Tun menyebelahi kami cuma kami mahu Tun melaksanakan keadilan yang ada kuasa ditangan Tun. Dan Tun pasti tidak mahu dikecam oleh MANUSIA INSAN selama-lamanya. Tun ambillah iktibar dari Rahim Nor, Paul Kera dan Aripin Zakar, bukan setakat dia sahaja dikecam malah keturunan mereka juga menerima nasib yang sama. Apakah Tun mahu anak2 dan cucu Tun dipulaukan di sekolah? Di ludah di pasaraya? Adakah anak2 Tun tak akan malu sekiranya rakan2 mereka menggelarkan Tun sama macam Rahim Nor digelar sebagai Bapa Anjing secara terang22an? Adakah Tun mahu jadi kera sumbang? Jiran2 tidak akan lagi menyapa Tun. Inilah akibatnya jika kita mengadaikan maruah kepada orang yang tidak bermaruah langsung. Apakah Tun mahu jenazah Tun nanti disembahyangkan oleh Hamid Othman atau Hamid Z.Abidin atau Astora Jabat? Tidakkah Tun Mahu Jenazah Tun nanti disembahyangkan oleh Ulama2 seperti TG Nik Aziz, TG Hj Hadi, Prof Harun Din? Lihatlah Almarhum Dato' Fadzil Noor, Allah telah menunjukkan kepada kita bahawa orang yang berjuang kerana Allah pasti mendapat sanjungan Ratusan Ribu Manusia Berkualiti pada hari pengkebumiannya. Apakah Tun mahu jenazah Tun diheret dengan kereta ke dataran Merdeka? Sudahlah atas dunia sudah panas diakhirat lebih lagilah. Ingatlah Allah telah menghantar contoh kepada kita jadi pilihlah contoh yang mana Tun mahukan. Orang yang baik akan selalu didu'akan oleh manusia dan malaikat serta makhluk2 Allah yang lain kecuali syaitan. Almarhum Fadzil Nor sampai kehari ini terus2an manusia berdu'a untuknya. Dan begitulah kepada orang yang menjual maruah orang akan terus-terusan mengecamnya. Buatlah Pilihan Takutkan Mahathir atau Takutkan ALLAH. Takutkan Mahathir sesungguhnya MAHATHIR akan MAMPUS, Takutkan ALLAH sesungguhnya ALLAH akan kekal selama2nya..SEKIAN Pribumi
.....................
______________________
Diterbitkan oleh : |