SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Analisis Awal Pilihanraya Kecil Anak Bukit dan Pendang

Menang satu dan kalah satu bukanlah menandakan pengaruh PAS semakin pudar dan merosot. Lebih-lebih lagi UMNO telah menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan, media massa dan berkempen secara agresif agar kemenangan yang diidam-idamkan berjaya dicapai.

Tahniah kepada, Amiruddin Hamzah calon PAS di Dun Anak Bukit dan kepada Dr Mohd Hayati Othman sayugia diingatkan supaya jangan bersedih dan mudah berputus asa di atas kekalahannya di Parlimen Pendang. Biarpun tewas Dr Mohd Hayati telah berjaya meningkatkan lagi jumlah undinya iaitu 22542, lebih 129 undi yang telah diperolehi oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Noor(225413 undi) pada Pilihanraya Umum yang lepas. Ingatlah! Perjuangan baru sahaja bermula. InsyaAllah PAS akan merampas semula Parlimen Pendang dan menawan negeri Kedah serta lain-lain negeri selain Kelantan dan Terengganu seperti Perlis, Selangor dan Pahang pada Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan pada tahun depan(selepas Dr Mahathir meletakkan jawatannya.

Kepada Barisan Nasional suka diingatkan supaya tidak bongkak dengan kemenangan ini kerana ada beberapa faktor yang dikatakan pemangkin kepada kemenangan mereka di Pendang.

1. Pengundi hantu

Khabarnya ada 50 bas yang sarat dengan pengundi hantu tiba pada pukul 4.00 pagi pada hari pengundian. PAS boleh membawa perkara ini ke mahkamah sekiranya terdapat bukti kukuh untuk mendakwa UMNO mengamalkan penipuan di dalam pilihanraya.

2. Undi rosak melebihi jumlah undi majoriti

Undi rosak yang diperolehi di pendang ialah 346 undi sedangkan majoriti calon BN yang menang hanyalah 283 undi.

3. Politik wang

4. Monopoli UMNO ke atas jentera kerajaan, media massa dan PDRM

5. Cabaran Puteri UMNO

Kempen keluarga angkat Puteri UMNO dikatakan cukup berkesan mempengaruhi undi keluarga angkat mereka. Cabaran buat Muslimat UMNO dan rakan-rakan mereka dari Keadilan. Barangkali Pemuda PAS dan Keadilan serta PRM boleh mencari calon isteri mereka dari kalangan Puteri UMNO supaya kelak BA dapat mengadakan pakatan atau MOU dengan Puteri UMNO.Perkara ini tidak mustahil kerana salah satu cara Islam disebarkan di Malaysia ialah melalui perkahwinan.Persoalannya ialah siapakah di kalangan Pemuda PAS,Keadilan dan PRM yang sanggup menyahut cabaran ini.

6. Kurangnya sokongan dari kalangan pengundi Bukan Melayu

Pengundi Cina, India dan Siam kurang memberikan sokongan dan BA perlu menilai semula kerjasama mereka dengan DAP kerana selama ini DAP hanya ingin bekerjasama bila partinya benar-benar terdesak dan memerlukan bantuan sebagaimana yang berlaku pada Pilihanraya Kecil Dun Ketari. Kesombongan DAP cukup ketara pada Pilihanraya Kecil Dun Indera Kayangan dan Anak Bukit serta Parlimen Pendang apabila hanya beberapa kerat pemimpin mereka yang hadir untuk memberikan sokongan kepada calon BA. MB Perlis Shahidan Kassim juga telah berjaya menarik pengundi-pengundi Siam menyokong calon BN sekaligus menafikan peranan yang dimainkan oleh Menteri Besar Kedah, Syed Razak Syed Zain sehingga Dr Mahathir hanya mengucapkan tahniah kepada Shahidan Kassim sahaja. Satu petanda masa depan Syed Razak sebagai MB Kedah semakin malap.

7. Kempen agresif BN sedikit sebanyak telah berjaya merosakkan imej PAS. Media massa telah dijadikan alat untuk menjejaskan imej PAS sebagaimana insiden selak kain, tumbuk menumbuk dan lain-lain lagi. Malah lawatan Abdullah Badawi ke rumah tokoh-tokoh agama serta makan tengahari di rumah mereka telah berjaya menarik undi tokoh-tokoh berkenaan serta pengikut-pengikut mereka. Satu post mortem perlu diadakan segera bagi mengatasi strategi yang digunakan oleh UMNO ini.

Kemenangan BN di Pendang menandakan kemunculan kuasa besar baru di dalam persada politik tanahair iaitu Team B UMNO dan Team B MCA. Khabarnya meraka sedang mengadakan kerjasama untuk menjatuhkan team A di dalam UMNO yang diketuai oleh Dr Mahathir dan Team A di dalam MCA yang dipimpin oleh Ling Liong Sik. Nampaknya muslihat Dr Mahathir tidak berjaya kerana Abdullah Badawi lebih bijak jika di bandingkan dengan TPM-TPMnya sebelum ini.

Kini Team sedang cuba bekerjasama dengan team Wawasan di dalam UMNO( Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan Muhammad Taib) untuk menjatuhkan Dr Mahathir. Di sebelah selatan pula, Singapura sedang cuba untuk mengadakan satu kerjasama atau MOU dengan kerajaan Gerakan di Pulau Pinang. UMNO perlu berhati-hati kerana adalah sesuatu yang merugikan jika parti ini bermusuhan dengan PAS dan Keadilan serta rakan-rakan di dalam BA yang rata-rata beragama Islam sedangkan Singapura yang nyata musuh nombor satu negara sedang giat merancang untuk meluaskan penguasaannya ke sebarang laut dengan membina sebuah armada tentera yang kuat dan perkasa.Apabila negara ini diserang kelak bukankah rakan-rakan di dalam BA juga yang ditagih bantuan mereka. Marilah kita bekerjasama dan lupakanlah segala persengketaan kita dengan membentuk sebuah negara Islam dan sekaligus menyingkirkan Dr Mahathir dari tampuk pemerintahan negara.InsyaAllah Islam akan bangkit dan akan mengibarkan panjinya ke seluruh dunia dan masanya akan tiba jua. Pilihlah antara dua menjadi musuh Islam dengan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam iaitu AS, Israil dan sekutu-sekutunya atau menyebelahi Mujahid-Mujahid Islam yang berjihad untuk menegakkan syiar Islam. Fikirkan dan renungkan.

Utusan dari Pulau Tawar







______________________
Terbitan : 22 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com