(Negara) Islam ala UMNO1. Hukum-hukum Allah ditentang, undang-undang Barat (Kuffar) diguna-pakai, 2. Al Quran perlu diterjemah semula - untuk menghalalkan segala perbuatan mungkar mereka, 3. Rasulullah s.a.w. dihina, ulama' yang mencegah kemungkaran dicaci, 4. Hudud dikatakan zalim, ISA tidak apa (demi melindungi pemimpin korupsi), 5. Pengajian pondok dan hafiz dikatakan membazir, kerana tidak mengandungi pelajaran sains dan teknoloji (bila mereka mati mereka akan guna pita video untuk sembahyang jenazah dan baca talkin, gamaknya), 6. Pemimpin yang dipilih dari kalangan orang-orang jahil dan berfahaman material, 7. Orang-orang agama yang (diberi gaji) hanya untuk membantu menghalalkan perbuatan pemimpin, bukan untuk mencegah kemungkaran, 8. Arak, judi, dan zina tidak apa kerana ia tidak menggugat kedudukan atau kuasa seseorang pemimpin, 9. Murtad tidak diambil peduli kerana ia tidak menggugat kedudukan atau kuasa seseorang pemimpin, 10. Aqidah tidak dititikberatkan kerana ia tiada kaitan dengan usaha Negara untuk mencapai status Negara maju, 11. Materialisme disogok kepada rakyat dan dijadikan sasaran unggul pembangunan Negara berteraskan mekanisme 'matlamat menghalalkan cara', 12. Duniawi diutamakan seolah-olah mereka akan hidup selamanya, 13. Siaran media dipenuhi unsur maksiat dan yang mengkakis syariat Islam disuburkan, waktu maghrib dan waktu masuk sembahyang dipenuhi rancangan-rancangan yang melalaikan. Islam dikorbankan demi toleransi memenuhi keperluan fahaman berlainan, 14. Penampilan-penampilan rakyat Malaysia di dalam media mengenepikan konsep dan tuntutan Islam. Yang dipamerkan adalah model rakyat atau remaja Malaysia yang lebih mirip ala Barat (Kuffar). Apabila kerap disogokkan dengan penampilan sedemikian, lama-kelamaan remaja atau umat Islam seolah-olah menerima idea seperti ini - ingin melihat anak-anak gadis mereka kelihatan up to date, tanpa mengambil kira sejauh mana ia memenuhi tuntutan Islam. Sekali lagi, 'matlamat menghalalkan cara', 15. Pemimpin rasuah dan keji dilindungi, pemimpin mulia dan terpuji dizalimi, 16. Islam diperintah, malah dibantah. Ulamak suq akur dan patuh.
PUTERA WAN KEMBANG
______________________
Diterbitkan oleh : |