SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Hantu UiTM jadi alat UMNO di Pendang/Anak Bukit

Kesemua pegawai atasan UiTM termasuk Naib Cancelor Ibrahim Abu Shah, TNC-TNC dll, sedang berada di Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit. Mereka meninggalkan tugas mereka di UiTM untuk membuat kerja UMNO. Mereka menggunakan masa dan kelengkapan UiTM secara haram untuk tujuan politik UMNO. Mereka bukan bekerja untuk rakyat tetapi untuk UMNO. Mereka makan gaji haram.

Walaupun UiTM sedang menghadapi banyak masalah pelajar seperti perogolan (gang-rape) seorang pelajar di asrama puteri oleh 8 orang pekerja Indonesia/Bangladesh dan wabak penyakit Meningitis, mereka lebih pentingkan urusan UMNO demi Dr.Mahathir yang kununnya mahu bersara.

Aktiviti-aktiviti UiTM yang asal terpaksa di batalkan/tunda untuk menyelamatkan UMNO yang hampir mati. Ini adalah bukti jelas penyelewengan jentera kerajaan yang dibiayai oleh rakyat yang membayar cukai, untuk Parti UMNO yang telah lumpuh.

Tanpa menggunakan secara haram jentera-jentera kerajaan seperti RTM, SPR, polis, mahkamah, BTN, Risda, Felda, J.Penerangan dll, pasti UMNO telah lingkup.

Ada ura-ura yang kuat bahawa pelajar-pelajar dan kakitangan-kakitangan UiTM juga akan digunakan sebagai Pengundi-Pengundi Hantu di Pendang/Anak Bukit bagi pihak UMNO. Dalam masa yang sama mereka akan menyingkirkan pelajar/kakitangan UiTM yang didapati membantu kempen bagi pihak PAS.

Kepada petugas-petugas BA/PAS di Pendang/Anak Bukit, awasi setiap tipu-helah UMNO terutamanya pengundi hantu yang datang dengan berbagai ragam dan rupa.

Oleh: Rakyat Tertindas.







______________________
Terbitan : 17 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com