Kesal dengan sikap berdiam diri pembangkangSaya merasa begitu kesal dengan sikap pembangkang sekarang ini terhadap isu pendidikan. Apa yang diketahui bahasa Inggeris akan diperkenalkan terhadap subjek sains dan matematik. Mungkin pihak pembangkan menganggap isu ini tidak begitu besar seperti isu hudud dan itu memperjuangkan undang2 islam. Cuba saudara-saudari bayangkan jika sistem ini dilancar kan oleh kementerian pendidikan ini pada tahun hadapan. Dalam masa 10 tahun lagi bahasa melayu akan terhapus. Masih banyak lagi cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dikalangan pelajar melayu. Apa yang di ketahui sebelum ini subjek bahasa inggeris diajar seperti melepaskan batuk di tangga. Guru bahasa inggeris yang dilantik merupakan bukan dikalangan yang ahli didalam bidang tersebut haruslah diganti dengan guru yang betul dari lulusan TESL. Pihak kementerian jugak boleh mewujudkan subjek tambahan seperti kesusasteraan dan Sains Inggeris dan mewajibkan pelajar lulus dengan cemerlang dalam subjek Inggeris untuk pelajar jika ingin memasuki sesuatu institut pengajian tinggi..... Ingin saya ingatkan disini sikap kementerian pendidikan yang seolah olah mementingkan diri sendiri tanpa melihat pandangan rakyat terbanyak harus ditentang habis-habisan. Kelak nanti bahasa ibunda yang diperjuangankan selama ini akan terhapus begitu sahaja. Sememangnya bahasa inggeris itu bagus untuk zaman globalisasi sekrang ini, tetapi banyak negera-negara maju lain seperti jerman, perancis, korea , dan jepun tetap menggunakan bahasa ibunda mereka untuk membangunkan negara mereka. Negara-negara ini mengambil masa beratus tahun untuk maju. Cuba bayangkan Malaysia masih belum sepatuh abad lagi merdeka dan kita telah mencapai satu tahap yang memberangsangkan dengan penggunaan bahasa melayu. Saya begitu kesal dengan sikap pemimpin politik yang hanya memikirkan kepentingan sendiri dan mungkin sebagai penjilat jubur mca dan mic. Tindakan kementerian pendidikan tersebut seolah-olah seperi tikus membaiki labu haruslah ditentang habis-habisan. Tolongkan saudara-saudara pembangkan semua. Saya setuju peningkatan pendidikan bahasa inggeris tetapi saya amat cintakan bahasa ibunda iaitu bahasa melayu. Elakkan kanlah daripada bahasa ini terhapus. Kesal dengan sikap pembangkang...
______________________
Diterbitkan oleh : |