SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Bahasa Inggeris Jangan Sampai Kita Hilang Arah dan Pemikiran

Bahasa Inggeris: Jangan Koyakrobekkan Perlembagaan Negara, Akta Bahasa Kebangsaan, Dasar Pendidikan!

Sekalipun bahasa Inggeris itu penting kepada kita. Tetapi adalah satu yang amat naďf, dangkal lagi bersifat terlalu idiot, bahkan membayangkan betapa teramat menebalnya rasa inferiority konflik dikalangan pimpinan negara hari ini terutama kepimpinan UMNO/BN yang yang dikepalai Dr Mahathir, Menteri Pendidikan, Datuk Musa Mohamed, Timbalannya Syamsudin kepala konspirator Melayu kerana beria-ia mahukan perubahan diluar tabi’i terhadap dasar bahasa kebangsaan secara buta tuli dan tindakan membabi buta dengan tiba-tiba mengubah dasar pendidikan negara, Akta Bahasa Kebangsaan hatta secara amat rakus membelakangi Perlembagaan Negara berkaitan dengan pendaulatan Bahasa Kebangsaan, kerana merubah dengan sikap kasar mencanggahi Dasar Bahasa Kebangsaan serta Dasar Pendidikan sebab mencadangkan perlaksanaan (secara semberono) penggunaan bahasa Inggeris bagi dua subjek penting iaitu subjek Sains dan juga Matematik, sedangkan selama ini sejak penguatkuasaan Dasar Bahasa Kebangsaan di sekolah-sekolah kerajaan pada tahun 70an sekolah aliran English Medium telah ditukar kepada sekolah aliran Bahasa Kebangsaan.

Sudah lebih 20 tahun Dasar Bahasa Kebangsaan kita amalkan dan laksanakan demi memartabatkan bahasa kebangsaan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Kenapa secara diluar sedar dan kebijaksanaan kepimpinan politik negara ini yang dikuasai oleh UMNO/BN berkepalakan ‘shit’ berjenama Mahathir kemudian disambut secara tolol, bodoh dan tanpa akal waras oleh para penjilatnya dikalangan pimpinan UMNO/BN, para intelek Melayu yang terlalu dungu dan apatah lagi para barua-barua made in Mahathir yang wujud dalam UMNO/BN seluruhnya yang sudah hilang kecerdikan, sekalipun kalangan mereka itu memiliki ijazah berjela-jela Ph.d dalam dan luar negeri, tetapi amat mengaibkan ilmu yang mereka ada sekadar untuk menjadi penjilat dan yesman buta tuli kepada penguasa yang rakus merobek-robekkan dasar dan Perlembagaan Negara secara halus dan tanpa sedar. Inilah nasib rakyat dan bangsa kita apabila cerdik pandai yang berstatus intelek dan ilmuan bangsa, namun mereka sekadar umpama bangkai yang tidak bernyawa lagi. Mereka sudah mati sebelum maut menjemput, ilmu mereka sudah jadi sampah dan nilai jati diri bangsa merekapun turut lenyap.

Kenapa Mahu Koyakrobekkan Dasar Bahasa dan Pendidikan Negara

Rakyat tidak menentang segala dasar-dasar yang baik untuk negara dan rakyat Malaysia. Tetapi kita menentang segala bentuk dasar yang dicadangkan dan dilaksanakan secara semberono, ikut selera penguasa politik yang berakal dangkal dan tidak berfikir panjang terhadap untung nasib bangsa dan rakyat negara ini dalam jangksa masa panjang. Lebih dahsyat mereka orang politik, khususnya orang-orang UMNO/BN hanya melihat untuk jangka pendek bagi mengaut untung laba dari perniagaan dikalangan kroni-kroni mereka, sehingga dasar dibuat tanpa mengikut jalan yang sepatutnya, mereka ini akan mengiyakan apa saja kata-kata yang disemburkan oleh liur basi dan jejek Mahathir, maka itulah dasar kerajaan sekalipun kata-kata atau kenyataan itu jelas BERTENTANGAN DENGAN AKTA BAHASA KEBANGSAAN, DASAR PENDIDIKAN NEGARA DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

Sepatutnya setiap perubahan dasar atau apa jua dasar baru yang hendak dibuat, sekiranya kita sebagai kerajaan yang berwibawa sewajarnya apa juga dasar; menggubal, meminda dan sebagainya hendaklah dibahas, dibincang, dikaji, diteliti dalam pelbagai peringkat sehingga dasar itu diperakui di Parlimen sebagai tempat tertinggi sistem pemerintahan negara ini. Sebab Parlimen adalah perwakilan sah bagi suara rakyat Malaysia. Kenapa tiba-tiba dasar pendidikan diperakujanjikan cukup oleh MT UMNO yang rata-rata dimaklumi bahawa MT UMNO sekadar tempat mengendorsement apa saja agenda peribadi pimpinan tertinggi UMNO, cukup seorang Mahathir yang buat kenyataan semua MT berstatus otak lembu, baghal, keldai, unta dan kerbau akan hangguk, sebab mereka sudah lama ditanamkan budaya aku janji setia buta tuli membabi buta. Akhirnya, seluruh jiwa, hati, akal dan budi MT UMNO adalah orang-orang yang buta-buta belaka, buta mata, buta hati, buta akal dan hidup membabi buta….

Kepentingan Bahasa Inggeris Tidak Disangkal Lagi

Sebagai bahasa utama dunia, bahasa Inggeris teramat penting kepada semua bangsa di seluruh dunia. Kita mahu seluruh warga Malaysia, bukan saja pelajar-pelajar di sekolah berkebolehan menguasai bahasa Inggeris ini. Akan tetapi jangan sampai kita lupakan bahawa bahasa kebangsaan itu lebih besar dan lebih utama daripada bahasa Inggeris itu sendiri. Kenapa atas satu sebab kecil sehingga satu dasar yang lebih besar perlu DIKOYAKROBEKKAN demi mempertahankan perkara sekecil atau perkara sub dalam dasar pendidikan/Akta Bahasa Kebangsaan atau dalam Perlembagaan negara, cuma sekadar untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar di sekolah-sekolah kerajaan.

Apakah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang diketuai oleh dua orang senator lantikan Mahathir akan mampu mengatasi penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar Malaysia. Bagaimana dengan guru-guru yang akan mengajar dua subjek itu yang selama ini mereka telah berpuluh tahun mengajar Sains dan Matematik dengan bahasa pengantar Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu).

Kenapa Kementerian Pendidikan tidak memikir cara yang lebih pratikal, tidak membazir wang, masa dan sebagainya. Sepatutnya, para pemikir dalam Kementerian Pendidikan tersentuh hati kecil mereka untuk meningkatkan bahasa Inggeris dikalangan pelajar bawah jagaan mereka, teramat mudah TAK PERLU MEREKA CARIK-CARIKKAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA, DASAR BAHASA KEBANGSAAN DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA baru pelajar Malaysia boleh bertutur atau menguasai bahasa Inggeris. Kenapa tidak terfikir oleh kita dengan cara memaksimakan pengajaran bahasa Inggeris, tambah guru-guru bahasa Inggeris yang berkemahiran, hantar seramai mungkin guru-guru bahasa Inggeris mengikuti kursus peningkatan bahasa Inggeris. Memang banyak cara untuk meningkatkan pengguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar Malaysia di sekolah-sekolah milik kementerian atau mana-mana sekolah milik persendirian sekalipun. Tetapi bukan dengan cara mengubah bahasa pengantar subjek lain seperti yang riuh se Malaysia hari ini subjek Sains dan Matematik akan diajarkan tahun 2003 pelajar tahun 1 dengan bahasa Inggeris. Rakyat bukan takut bahasa Inggeris itu, Cuma cara atau cadangan itu seperti melanggar hokum yang termaktub dalam Perlembagaan Negara tentang bahasa Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Dasar Bahasa Kebangsaan.

20 Tahun Lebih DBP Berhempas Pulas Dan Kerajaan Mendaulatkan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu)

Malaysia sudah merdeka lebih 40 tahun, sekalipun kita dipijak dan dijajah lebih 400 tahun. Dan lebih dari 20 tahun kerajaan, khususnya DBP berhempas pulas berusaha mengangkat dan memartabatkan bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) agar menjadi bahasa setanding diperingkat Asean, Asia dan juga di dunia antarabangsa. Sudahpun termaktub dalam Perlembagaan Negara, termeteri kukuh dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan terpahat kukuh dalam dasar pendidikan negara. Kenapa tiba-tiba tanpa angin dan ribut taufan, dasar yang sudah termaktub dalam Akta, dasar dan Perlembagaan Negara mahu dicarik-carik dan dikoyakrobekkan oleh para pemimpin UMNO/BN. Kita bertanya, apakah pemimpin UMNO/BN yang dikepalai oleh Dr Mahathir sudah hilang keyakinan terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara ini, bahasa ilmu, bahasa Sains dan teknologi dan menjadi bahasa yang mampu memajukan rakyat dan Malaysia. Kenapa kita tidak belajar kepada Melayu Indonesia, Orang Korea, Orang Jepun, China dan lain-lain yang tetap meyakini bahasa kebangsaan mereka, malah Jepun, Korea lebih maju, malahan sudah setanding dengan negara Eropah yang menguasai bahasa Inggeris.

Kita harus meyakini bahawa kemajuan sesebuah bangsa bukan semata-mata kerana bahasa Inggeris, tetapi adalah bergantung kepada sikap bangsa itu sendiri bahawa keyakinan diri, memiliki kekuatan ilmu, jati diri bangsa, kebolehan dan sebagainya adalah antara ramuan kemajuan kita. Setelah lebih 20 tahun kita tinggalkan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik, kita amat berbangga dengan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik, kenapa dipenghujung senja ini ada suara-suara sumbang pemimpin lembik, dangkal, tolol dan sebodoh itu untuk mencadangkan supaya bahasa pengantarnya diubah menjadi bahasa Inggeris.

Percayalah bahasa Inggeris boleh dikuasai bila pengajaran bahasa Inggeris yang ada sekarang dipertingkatkan kembali, sebagaimana yang dilaksanakan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan, kenapa sekolah-sekolah kerajaan tidak melakukan perkongsian pintar dengan sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang telah nampak berjaya. Menggembalikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dua subjek itu seperti melangkah mundur semula ke zaman 20 tahun lalu. Di mana kewajaran itu, apakah kita terpaksa mundur kebelakang juga setelah 20 tahun kita berusaha memartabat dan memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi di semua peringkat, termasuk sekolah, kolej dan universiti.

SELAMANYA UMNO MAHU TIDAK BOLEH DIHARAPKAN LAGI RAKYAT WAJAR MENOLAK KEPIMPINAN UMNO/BN TOLAK PEMIMPIN YANG MENGKOYAKROBEKKAN DASAR PENDIDIKAN, AKTA BAHASA KEBANGSAAN DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA, TOLAK UMNO/BN, TOLAK MAHATHIR DAN SELURUH BARUA-BARUANYA YANG HAPRAK….

DAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN DAULATKAN PERLEMBAGAAN NEGARA PERTAHANKAN DASAR PENDIDIKAN SEDIA ADA DENGAN MEMENANGKAN BA PADA PILIHANRAYA UMUM KE 11 AKAN DATANG.

TAKBIIIIIIIIIIR…REFORMASIIIIIIIIIII…

Ibn Sabah,
29.7.2002M.







______________________
Terbitan : 30 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com