SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Diistihar Negara Islam..... Umat Islam dizalimi

Mahkamah Pakistan (Republik Islam...kononya) telah menjatuhkan hukuman mati kepada Sheikh Omar kerana didakwa membunuh wartawan Amerika. Pihak pendakwa yang sama otak dengan dugong dan anak dugong di negara kita meminta rakan-rakan Sheikh Omar juga dihukum mati. Sheikh Omar menafi membunuh dan rakan-rakan nya yang pada mulanya membuat cerita rekaan sebagai bukti untuk menyabitkan beliau mengaku berbuat demikian kerana di paksa oleh polis. Ini tidak bezanya dengan Dr Munawar dan Sukma dalam kes Datuk Seri Anwar. Maka hakim berok yang se spesis dengan yang berada di negara kita lalu menghukum Sheikh Omar dengan hukuman mati. Kerajaan tentera Musharaf rasa puas sebagai mana puasnya hati Mahafiraun akan keputusan ini. Puaslah hati pemimpin zalim yang menindas umat Islam asalkan dapt memuaskan hati ketua segala syaitan, George Bush.

Begitulah tidak selamatnya orang Islam yang berada di negara yang diistihar sebagai negara Islam oleh pemimpin yang sebenarnya membenci Islam. Begitulah nasib umat Islam bila yang memimpin mereka lebih takut kepada syaitan daripada takut kepada Allah. Turki yang di asaskan oleh Kamal Ataturk menindas umat Islam di sana semata-mata mahu diiktiraf oleh negara barat sebagai moden dan kerana ingin menjadi ahli kesatuan eropah. Masjid dijadikan muzium, yang menutup aurat di kenakan hukuman, ahli parlimen wanita yang bertudung dilucut dari menjadi wakil rakyat. Madrasah ditekan dan negara Zionis Israel diberi pengiktirafan. Apa yang diarahkan oleh raja syaitan Amerika diikuti dengan begitu ghairah.

Arab Saudi yang pemimpinnya mengelarkan dirinya sebagai khadam dua tanah haram sanggup menindas rakyat Islamnya sendiri untuk memuas hati Amerika dan sekutunya. Cadangan Arab Saudi untuk mengiktiraf negara zionis Israel jika mahu berdamai dengan Arafat merupakan pengkhianatan kepada Islam. Pejuang Osama bin Laden dilucutkan kenegaraan senata-mata atas kehendak Amerika.

Arafat sanggup menyerah rakyat Islam nya sendiri kepada rejim zionis untuk disembelih semata-mata untuk memujuk si syaitan Israel berunding dengan nya. Lihatlah balasan yang di terimanya dari Amerika dan sekutunya. Samapi bila dia hendak sedar.

Libya yang kononya kuat menentang Amerika sanggup menyerah rakyatnya yang tidak bersalah untuk dibicara oleh Amerika dalam kes pesawat Pan Am.

Sebuah lagi negara Islam yang baru diistihar tahun ini oleh seorang pemimin gila, yang suka di sanjung dan dipuja ialah negra Islam Malaysia. Negara ini juga tidak apa bezanya. Beberapa ramai rakyat Islamnya ditangkap dan dikurung dengan kejam semata-mata untuk mendapat persetujuan berjumpa pemimpin syaitan George Bush. Hanya untuk membuktikan kesetiaan nya kepada pemimpin syaitan ini tuduhan direka. Konon nya wujud Kumpulan Militan Malaysia yang memiliki pelacar roket dan bom serta senjata sehingga ini tidak dibuktikan.

Kekejaman polis negara Islam Malaysia menyeksa tahanan supaya membuat pengakuan seperti dalam kes Datuk Seri Anwar sama lah seperti di negara Islam Pakistan. Meraka sama-sama menuntut dan berguru si pusat latihan di Amerika dan Britian.

Hancur luruh hati kita melihat kezaliman ini. Apakah mereka tidak sedar mereka akan menerima siksa yang pedih di hari akhirat nanti. Apakah mereka fikir mereka akan terlepas dari hukuman Allah atas kezaliman yang mereka lakukan kepada umat Islam. Hanya kepada Allah kita berdoa supaya diturun bala dan bencana kepada mereka, ahli keluarga dan rakan mereka, anggota polis dan tentera serta keluarga meraka yang sama-sama menindas umat Islam. Amin.

Oh Samalah Den







______________________
Terbitan : 16 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com