SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Memantau pelajar-pelajar IPT : Universiti berat sebelah

Assalamualaikum...

Dalam akhbar Berita Hairan dua hari lepas,menyebut wakil IPTA seluruh negara akan ditugaskan memantau pelajar-pelajar IPT yang berkempen untuk parti pembangkang di Pendang dan Anak Bukit.

Begitulah kejinya Umno yang sibuk jaga tepi kain orang hingga seluar dalam sendiri dicarik-carik Puteri Umno depa buat pekak badak saja.

Khamis lepas,4 Jun serombongan Puteri Umno Pulau Pinang dan peringkat Pusat dilihat memasuki kampus USM dan berjumpa Naib Canselor .Dengar ceritanya Puteri Umno meminta kebenaran N.C untuk membawa pelajar USM ke Pendang dan Anak Bukit untuk dijadikan anak angkat penduduk di sana.Kononnya mereka adalah anggota Puteri Umno.Mereka ditugaskan "brainwash" ibu dan bapa angkat mereka.

Saya harap pihak BA dapat memantau anggota-anggota Puteri Umno yang ditempatkan dengan keluarga angkat di kawasan Pendang dan Anak Bukit.Periksa identiti mereka,minta kad pelajar mereka.Kalau benar mereka pelajar IPT ambil gambar mereka ramai-ramai dan buat laporan polis.

Sudahlah mereka mempergunakan media elektronik dan cetak untuk kempen keji mereka.Walaupun belum dibenarkan berkempen sebelum penamaan calon,mereka lah yang pertama mencabul undang-undang yang mereka buat sendiri!Tiap-tiap hari RTM( Radio TV Mahakutti ) menyiarkan video klip Haji Mohammad Sabu dan petikan buku Datuk Shahnon untuk menagih simpati rakyat.

Rakyat Pendang dan Anak Bukit bukannya bodoh seperti Aziz Shamsudin yang dapat nombor 44 dari 45 dalam kelasnya masa sekolah dulu.Depa semua dah cerdik belaka walaupun rata-rata depa hanya kerja sendiri dan kerja kampung.

Selain itu petugas-petugas BA pastikan tidak ada lagi pengundi-pengundi hantu seperti di Lunas.Kawal setiap inci bumi Pendang dan Anak Bukit.Pastikan mereka tertiarap lagi seperti Mid Man yang tertiarap di bumi Sik di tangan Datuk Shahnon.

Selamat Berjuang.InsyaAllah kita akan mencapai kemenangan.

Student Reformasi.







______________________
Terbitan : 10 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com