Negara Islam, peraturan kafir
Petikan: Asalamualaukum wbt, Kisah ini diceritakan oleh seorang sahabat kepada ana, bagaimana dia dan keluarganya dinafikan hak menggunakan kemudahan kolam mandi di kondo tempat dia tinggal kerana berpakaian menutup aurat. Sahabat ana ini telah duduk di kondo tersebut lebih 2 tahun, sebelun ini dia tidak pernah menggunakan kolam mandi tersebut. Entah macam mana pagi ini anak-anak nya mengajak dia mandi dikolam tersebut. Untuk memenuhi permintaan empat orang anaknya, dia dan isterinya pun turunlah kekolam mandi tu. Memang dia tahu tentang peraturan menggunakan kolam mandi tersebut mesti memakai pakaian mandi (swim trunk & bikini ). Tetapi kerana merasakan dia berada di dalam sebuah 'NEGARA ISLAM' dia tidak mengendahkan papan kenyataan yang terpampang ditepi kolam itu. Memandangkan anak-anaknya masih kecil, yang sulung baru 6 tahun dan yang bongsu 15 bulan, isteri beliau yang memakai tudung, t-shirt lengan panjang dan seluar panjang (menutup aurat) terpaksa masuk sama kedalam kolam untuk mengawasi anak-anak yang sedang mandi. Sedang dia dan keluarganya sedang seronok bermandi-manda datang pengawal , seorang melayu (melayu haprak) umur 40-an dengan kata-kata kasar mengherdik beliau dan keluarga nya dan mengarahkan keluar dari kolam mandi. Di sebabkan sahabat ana ni pun banas baran orangnya,maka berlakulah pertengkaran dengan pengawal (melayu haprak) itu, Dia mengarahkan isteri dan anak-anak nya terus mandi.Dia berkata kepada pengawal (melayu haprak) tersebut " kita berada di Malaysia sebuah 'NEGARA ISLAM' takkan nak ikut peraturan orang kapir".Pengawal (melayu haprak) itu masih tidak mahu mengalah dan terus membebel tentang peraturan kapir itu . Sahabat ana ini bercadang untuk mengemukakan permasaalahan ini kepada persatuan penduduk di kondo tempat dia tinggal itu.Beliau sangat berharap jika ada sahabat-sahabat yang boleh memberikan pandangan atau pendapat yang boleh membantu beliau untuk mengubah peraturan kapir tersebut. Yang menjadi persoalannya sekarang ialah, adakah seorang islam di dalam sebuah 'NEGARA ISLAM' tidak berhak menggunakan sesuatu kemudahan kerana berpakaian cara 'ISLAM' ,atau adakah kemudahan seperti kolam mandi tersebut hanya untuk orang-orang kapir?. Tidakkah boleh diubah peraturan cara berpakaian dikolam mandi supaya selaras dengan tututan ISLAM ?. Asri
______________________
Diterbitkan oleh : |