SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Siapa selepas Muhamad Sabu

Min Aina Ila Aina

Oleh Subky Latif

MENJELANG pilihan raya kecil Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit - sebelum penamaan calon dan semasa kempen - RTM menyiarkan klip video menyerang Muhamad Sabu pula. Lain-lain stesyen TV ikut tempias atau terikut-ikut.

Muhamad Sabu ialah anggota parlimen Kuala Kedah yang Anak Bukit adalah satu dari tiga komponan Dewan Undangan Negerinya.

Klip video yang diulang-ulang siang dan malam itu adalah hasil saringan dari beberapa ceramahnya. Hasil saringan itu merangkum seolah-olah selaran ke atas Dr. Mahathir dan timbalannya Abdullah Badawi. Ia diikuti oleh beberapa komen dari pelakun-pelakun tambahan.

Propaganda yang cuba menyerang peribadi Muhamad Sabu itu adalah lanjutan dari siri klip video anti PAS RTM yang berterusan, dan kerana suasana semasa adalah menjelang pilihan raya kecil Anak Bukit dan Pendang, maka pilihan terbaik ialah Muhamad Sabu.

Ia diharapkan dapat membantu Barisan Nasional menawan kedua-dua kerusi yang dikosongkan oleh Dato' Fadzil Noor, Presiden PAS yang meninggal dunia 23 Jun lalu.

Tetapi sejauh mana pula klip video itu mampu melumpuhkan PAS dan memudarkan personaliti Muhamad Sabu adalah diragukan. Adakah penduduk di kawasan pilihan raya kecil itu mengikuti klip video itu dan terpengaruh dengannya?

Adakah prestasi pilihan raya BN itu dapat dibantu oleh tayangan wartaganda itu?

Penduduk dan pengundi tempatan sebok mengikuti kerancakan kempen dari dekat iaitu di tapak kempen itu sendiri. Masa mengikuti TV terhad.

Bagaimana pun secara umum siaran itu adalah menyeluruh ke pelusuk negara.

Adakah pula ia berjaya menarik penonton yang ramai? RTM baru-baru ini mendakwa program propagandanya diikuti oleh kira-kira 400,000 penonton semua lapisan.

Ia jauh kurang dari dakwaan TV3 yang penonton programnya melebihi dua juta. Jika dikira yang menonton itu adalah kanak-kanak dan orang tua, maka yang dewasa peka RTM ramai mana saja?

Jika dibandingkan dengan jumlah ahli UMNO yang didakwa menuju tiga juta, maka berapa peratus saja yang menonton RTM kalau penonton setianya sekadar 400,000?

Dengan segala serangan RTM memburukkan PAS dalam kempen pilihan raya kecil itu, PAS masih mendapat sokongan besar, menguasai suasana walaupun tidak muncul sebagai pemenang besar, telah meletakkan prestasi RTM ke aras yang serendah-rendahnya.

RTM gagal memuaskan hati Perdana Menteri kerana tidak dapat mencapai kemenangan mutlak dalam pilihan raya itu. Ia tidak berupaya melumpuhkan PAS. Kemenangan silap mata BN di Pendang adalah ibarat dakwaan Dr. Mahathir dan UMNO terhadap sokongan orang Melayu kepadanya, tetapi sasaran Melayu tadi berpusat di Kelantan dan Terengganu. Teras Melayu itu pula masih dengan PAS.

Ternyata sekali kekecewaan Dr. Mahathir tentang sokongan orang Melayu itu. Kemenangannya bergantung kepada sokongan bukan Melayu. Sokongan bukan Melayu itu pula bukan kerana pesembahan RTM, tetapi adalah atas perkiraan politik para saudagarnya.

Kesimpulannya siri wartaganda klip video itu tidak mendatangkan hasil tetapi membusukkan lagi bau RTM. Sebagaimana akhbar perdana lebih banyak dijual kati dari dibeli pembaca, maka RTM mengikut jejak mundur itu.

Para prihatin mula meneka giliran siapa pula selepas Muhamad Sabu?

Giliran Tok Guru Nik Aziz dan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang serta Dato' Dr. Hassan Ali baru saja berlalu sebelum Muhamad Sabu.

Orang Kelantan, orang Terengganu dan orang Parit Buntar sudah disuruh mengadap kamera TV menjadi objek kenjacerca tokoh-tokoh itu.

Orang Kuala Kedah juga telah dipilih bagi mencerca Muhamad Sabu.. Mahfuz Omar, Husam Musa, Azizan Razak dan lain-lain adalah menunggu giliran. Penduduk kawasan pilihan raya mereka sedang dicari untuk mencerca mereka.

Akhirnya RTM menjadi profesional mencerca pemimpin dan wakil rakyat PAS. Ia mengira khidmatnya itu untuk berjasa kepada UMNO, tetapi ia tidak sedar bahawa anak orang UMNO menjadi calon PAS. Bertambah ramai anak orang UMNO memimpin PAS, tetapi RTM masih di tempat yang tidak berubah.

Tidak mungkinkah gara-gara wartaganda RTM itu diterima bak sang ajing menyalak mendayu-dayu. Ia menyalak dan menyalak lagi. Tetapi PAS terus disertai oleh anak-anak orang UMNO.







______________________
Terbitan : 31 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com