Untuk pak iman dan tok katib yang mata kero (macam kat Masjid Negara tu)Oleh : tengkuazlan Khutbah jumaat adalah satu anugerah penyampaian maklumat/forum dari Allah SWT kepada umat islam bagi menghadapi dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul setiap minggu.Masalah tempatan dan nasional pasti dapat ditangani dengan berkesan dengan penyebaran maklumat dan tindakbalas yang padu hasil dari pengembeligan tenaga yang jitu dari umarak dan ummah. Tetapi yang sedihnya setiap kali jumaat,katib hanya mampu baca artikal-artikal yang macam dalam majalah tanpa berani mengupas dan menyelesaikan isu semasa mengikut Alquran dan sunnah.Ditambah lagi setiap permasalahan katib akan menyebut " Ummah mestilah.... itu...ini" maksudnya segala pemasalahan adalah berpunca daripada ummah.Saya minta katib bukak sikit biji mata tu jangan kero,bahawa setiap pemasalahan ummah itu berpunca daripada umarak.Pemimpin adalah bertanggung jawab pada setiap pimpinannya,dengan kata lain sekiranya pemimpin itu baik maka baik lah ummah,kalau korupnya pemimpin maka koruplah ummmah.Kata-kata seorang ulamak silam "Tentera kambing yang dipimpin oleh singa masih lagi berani berperang,tetapi tentera singa yang dipimpin oleh kambing takkan berani untuk berperang".Engko paham tak katib bacul!Sesunggohnya jika kamu jilat,ampu dan takut pada manusia ketahuilah bahawa manusia itu akan mampus juga,Hanya Allah sahaja yang Maha kekal dan Maha berkuasa. Engko ingat nak jadi pemimpin ni senang ke? Kalau nak jaga periuk nasi pun tak-kanlah sanggup mengadai iman dan rosak-kan agama dan bangsa.Moga-moga Tuhan melaknati golongan ini,pupuskan mereka dan selamatkan umat Islam Melayu dan ummmah selurohnya.Wasallam.Takbir
______________________
Diterbitkan oleh : |