SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

TepakBersulam tidak bayar gaji pekerja lamanweb detikdaily palsu

Tepak Bersulam atau nama sebenar Khazai Hj Abu Bakar yang mengendalikan laman web palsu Detikdaily.com dengan biayaan oleh Karim Mansur setpoi Khir Toyo sekali lagi menjadi buat mulut dikalangan ahli UMNO terutama ahli-ahli KMU kerana telah menyelewengkan wang peruntukkan oleh Khir Toyo untuk mengendalikan laman palsu detikdaily.

Laman detikdaily palsu adalah bertujuan untuk menyekat kemaraan En. Lutfi seorang penulis yang begitu berani mendedahkan penyelewengan Khir Toyo. Laman ini mengikut maklumat yang saya tahu telah disuntik RM200,000.00 oleh Khir Toyo. Suntikan ini termasuk biayaan sewaan server, domain dan gaji seorang webmaster sepenuh masa dan seorang designer laman.

Mengikut sumber lagi Tepak meminta wang tambahan untuk membiayai laman ini, tetapi tidak dipersetujui oleh Karim Mansur kerana sambutan laman itu tidak memberansangkan. Lagi pun laman KMU dan Selangor daily telah ada.

Tepak kecewa dengan perkara ini, lalu tidak bersungguh untuk memneruskan usaha jahatnya.

Danga Bay adalah nama samaran webmaster detikdaily palsu dan emailnya Danga_Bay@hotmail.com sebenar telah didaftarkan sendiri oleh Tepak dengan maklumat peribadinya sendiri. Danga Bay telah tidak dibayar gaji 2 bulan lalu, iaitu semenjak Mei 2002. Oleh kerana tak tahan dengan kerenah Tepak ini Danga Bay telah bekerja dengan satu syarikat Advertising di Selangor.

Danga Bay cukup marah dengan perkara ini kerana dia juga terpaksa memikul dua tugas iaitu webmaster dan juga grafik designer sedangkan peruntuk Khir Toyo bagi cukup untuk dua orang.

Memang TepakBersulam ini liar dan tamak, dahlah wang gaji tak bagi, maklumat kewangan pun dia tipu.

Akibat daripada ini, laman Detikdaily palsu ini telah tidak beroperasi lagi.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, Tepak menghadapi masalah kewangan dan juga bermasalah dengan KMU, sebab itu tulisan begitu kurang didalam laman KMU. Tepak cuba mengambil kesempatan dengan laman Selangor daily pula.

Mengikut sumber maklumat yang diberitahu kepada saya, setiap artikal yang keluar di laman Selangor daily mendapat bayaran RM100.00. Jadi tak hairanlah Tepak begitu bersungguh menulis artikal dan kadang kala dia ambil aje artikal orang lain disiarkan dengan dengan alasan pembaca boleh menilainya sedangkan matlamat didalam kepada Tepak tak lain tak bukan pulusss aje !

Tepak, sebagai orang lama dalam KMU, sama-sama berada dalam e-groups awal anti reformasi, saya menasihatkan saudara supaya jangan jadi tali barut dan pengkhinat kepada orang lain dan juga kepada UMNO sendiri yang saudara dokong. Orang munafik biasa akan menunjukkan dialah lebih daripada orang lain. Macam saudara seolah-olah suadara paling UMNO daripada orang UMNO yang lain. Saudaralah yang paling membela Khir Toyo daripada orang lain.

Bagi saya, saudara tak ubah seperti 'lembu' yang akan mengikut sesiapa sahaya yang mampu beri rumput untuk dimakan.

Tolong jawab kepana saudara begitu beriya-iya berada di Pendang & Anak Bukit selama 15 hari, sedangkan saudara sepatutnya ada tugas yang perlu dibuat. Tak lain tak bukan nak ambil kesempatan kewangan yang diperuntukkan dan tak nak bagi kesempatan pada orang lain. Itulah orang tamak dan bermuka-muka.

Bekas Ahli KMU







______________________
Terbitan : 30 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com