SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Konsep Islam mesti ditonjolkan

Sifat utama daripada dinul Islam ialah Islam tidak menerima sesuatu pertentangan, pemisahan antara hidup kerohanian dengan hidup keduniaan. Ini bermakna Islam tidak membatasi agama yakni dinul semata-mata pada menyucikan diri pada kehidupan kerohanian sahaja yang seolah-olah nampak terbatas.

Ruang lingkup Islam menyeluruh, meliputi seluruh kehidupan manusia, tidak terbatas individu manusia itu, malah meliputi kemasyarakatan bahkan negara yang global.

Sebagai seorang Islam, apatah lagi sebagai seorang yang berada dalam perjuangan Islam, kita semestinya melaksana dan menonjolkan Islam sebagai aldin yang syumul. Tanggungjawab ini berat dan mesti dilaksanakan.

Sebab itu apabila PAS memerintah Negeri Terengganu, kepimpinan kita telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Banyak rintangan dan halangan perlu ditempuhi. Tetapi usaha ini mesti diteruskan. Saya masih ingat lagi apabila Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan satu kenyataan tentang 'kharaj' iaitu satu bentuk cukai kepada orang-orang bukan Islam.

Ramai dikalangan orang yang tak faham telah mulai memberi teguran dan komen kononya MB Terengganu terlalu gopoh dan terlalu awal membuat kenyataan yang pada pandangan mereka ini cukup merugikan kerana pada masa itu bukan Islam nampak mula condong dan minat terhadap PAS. Tentang ini juga datang daripada orang dalaman.

Kita seharus faham, sampai bila ilmu Islam perlu di'rashia'kan, sampai bila konsep dan ajaran Islam yang kita akui benar dan betul itu di'sembunyi'kan. Inilah amalan yang ada pada orang-orang UMNO yang masih kurang jelas tentang Islam yang sebenarnya. Keyakinan dan kepercayaan kita terhadap Islam telah 'kabur' dimana hati-hati kita ada syak wasangka dengan Kekuasaan dan Ketauhidan Allah s.w.t.

Begitu juga dengan undang-undang Hudud dan Qisas, bila Kerajaan Negeri Terengganu telah membentangkannya. Terdapat tentang yang secara nyata atau tersembunyi (dalam hati) dikalangan orang-orang Islam bahawa ini adalah kerja-kerja gopoh. sepatutnya berilah tumpuan kepada pembangunan dan bagaimana nak menguasaikan ekonomi Terengganu. Tumpulah kepada orang bukan Islam kerana dengan tumpuan ini kita akan berjaya menguasai politik negara.

Ada juga dikalangan golongan intelek memberi pendapat sepatutnya sebelum undang-undang ini dibentangkan kita sepetutnya memberi tumpuan kepada persedian pelaksanaan undang-undang. Apa gunanya undang-undang jika ia tidak boleh dikuatkuasakan ? Ini adalah pandangan-pandangan yang cukup meragukan dan boleh meragukan.

Kita ingin bertanya, sampai bila undang-undang Hudud dan Qisas ini hanya menjadi teori peradaban Islam? Sampai bila kita mengakui undang-undang itu baik, tapi kita tak pernah melaksanakannya dan tak ada keinginan untuk melaksanakannya.

Saya cukup bangga dengan sikap MB Terengganu yang membentangkan Undang-undang ini. Kita mempersembahkan undang-undang ini, kita akan sedaya upaya melaksakannya walaupun terdapat seribu halangan, tentangan dan ancaman. Ini hukum Hudud dan Qisas, jika ada apa-apa kekurangan kita sama-sama memperbaiki.

Memang setiap perkara ada kelamahan, takkan semuanya sempurna. Undang-undang Jenayah Sivil takkan tak ada kekurangan pun? tapi malangnya ada sesetengah orang Islam sendiri yang seolah-olah sengaja untuk mencari kelemahan.

Jika kita tidak bentang sekarang, bila lagi kita nak bentangkan? Selagi undang-undang ini tidak dilaksanakan selagi itu orang bukan Islam dan orang yang masih ada syak dan wasangka dalam hatinya tidak akan memperakui bahawa inilah undang-undang Allah yang membawa kesejahteraan dan keharmonian kepada makluknya.

Tok Penghulu
Webmaster







______________________
Terbitan : 15 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com