SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Kempunankah Pak Pah ?

Sejak si Mahafiraun bersandiwara dengan tangisan buayanya dalam persidangan umno berbagai versi tentang perletakan jawatan nya dikeluarkan oleh barisan pemimpin umno. Yang satu bercanggah dengan yang lain. Nampak sangat pembohongan mereka.Bullington Liars Club di UK seharusnya menganugerah pingat kepada mereka.

Sejam selepas si Mahafiraun ini mengumum meletak jawatan Dollah mengumumkan si Mahafiraun telah bersetuju menarik balik setelah dipujuk berbuat demikian.Kita diberitahu melalui akhbar penyebar fitnah penyangak seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan pemimpin barua kanan telah berjumpa dengan si Mahafiraun sebelum dia menghabis wang rakyat di Naples.Si Megat Jonid laki Zela pelakun Tarzan dari keturunan Kayla mengumumkan tolak ansur telah dicapai. Si Mahafiraun akan bersara mulai Oktober 2003. Buat masa ini semua kekal status quo. Si Khalil kemudian mengatakan tidak ada tolak ansur tetapi itu ditetapkan oleh si Mahafiraun untuk peralihan kuasa yang lebih licin. Si Megat jadi serba salah. Mahu tak mahu buat kenyataan 'tolak ansur' yang dia maksudkan ialah tolak ansur dalam diri si Mahafiraun. Begitulah kebodohan dan ke kerbau an mereka ini.

Dalam pada itu dirancangkan sambutan besar-besaran si Mahafiraun. 100,000 dijanjikan tapi yang hadir setelah diupah dengan nasi bungkus dan wang saku hanya 3000 sahaja yang hadir. Si Mahafiraun tak henti henti puji Dollah sebagai pengganti yang layak se hingga sebak dia kerana terharu. Di pujinya Dollah sebagai berpengalaman dan berkeupayaan tapi dia tak suruh Dollah pergi ke Thailand. Dia kata Dollah pilihlah orang yang akan menjadi TPM dan barisan kabinetnya. Dalam masa yang sama di namakannya Najib musuh Dollah sebagai yang layak jadi TPM. Kerana kebodohan, Dollah pula akan umum timbalan nya selepas pilihan raya Pendang dan Anak Bukit. Sekarang Dollah terperangkap oleh si Mahafiraun.Dia nak namakan timbalanya buat apa padahal dia sendiri masih TPM dan si Mahafiraun masih pegang jawatan PM.

Sudah di ketahui umum Najib bukan dari kem Dollah. Apakah Dollah nak umumkan nama lain selain dari pilihan si Mahafiraun ? Kalau dia pilih najib ketokohan yang lemah menjadi semakin parah kerana menjadi pak turut kepada si Mahafiraun. Kalau pilih yang lain pasti si Mahafiraun akan marah kerana tak ikut kehendak dia. Apa saja yang dibuat oleh Dollah dalam siu TPM ini akan memakan dirinya. Silap-silapDollah kempunan duduk kerusi PM.

Dollah harus belajar dari sejarah. Apa yang terjadi pada Musa, Ghafar dan Anwar. Ingatkah Dollah si Mahafiraun ini mengatakan penggantinya tidak semestinya orang warak. Dia ini memang memandang rendah dan membenci orang dari aliran agama terutama yang tidak ada skendal. Semua orang tahu skendal Najib. Kalau silap langkah bukan sahaja kempunan tapi mungkin disumbat dalam jail dengan caj yang tidak masuk akal. Berhati-hatilah kamu Dollah.

Wak Reform







______________________
Terbitan : 11 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com