SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Sepandai-pandai Mahadir Melompat Akhirnya Akan Masuk ke Tanah Juga

Para Pejuang sekelian.Asalamualaikum

Dari sehari ke sehari kita dapati PM kita melalut memburuk-burukkan Pas, menampakkan usianya yang senja telah sampai ke penghujung. Dalam keadaan dia melalut mengata Tuan Guru Nik Aziz nak jadi diktator mendakwa Pengikut PAS fanatik, Pas bertindak ganas dan macam-macam lagi kenyataan yang tidak masuk akal. Apa yang didakwa itu semuanya berkaitan dengan dirinya. Sebenarnya mahadhir yang nak jadi diktator, sebenarnya 'lembu-lembu' Mahadhir yang fanatik. Sebenarnya Umno/BN yang bertindak ganas. Kononnya dia kata Pas guna pengundi hantu...ketawa sakanlah rakyat yang mendengarnya. Apa yang dikatakan itu kononnya nak 'selamat'kan dirinya dari jatuh tersungkur ke tanah. Benarlah kata pepatah 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga'. Tidak salah kalau saya nyatrakan di sini, sepandai-pandai Mahadhir melompat akhirnya akan termasuk ke dalam tanah juga'

Ingatlah wahai pejuang Islam yang ikhlas, teruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir untuk menegakkan keadilan dan kebenaran agar generasi muda kita tidak teraniaya lantaran kezaliman Mahadhir hari ini. Segala kebaikan yang kita buat, Allah akan belas dengan kebaikan. Segala kejahatan yang Mahadhir buat, walaupun sekarang nampak dia boleh selamatkan dirinya, sebenarnya apa yang dia cakap, apa yang dia buat, apa yang dia dakwa ke atas orang lain akan MEMAKAN DIRINYA SEMULA. Nak tunggu saat kejatuhan Mahadir tidak lama. Kini dah sampai saat penghujungnya.Mahadir sedang mengali kuburnya sendiri.

Berkat perjuangan kalian, InsyaAllah Malaysia akan selamat kerana dipimpin oleh orang beriman. Tingkatkan Iman dan Ukhuwwah kerana kedua-duanya adalah amat penting yang akan mengikat kita bergerak dengan berpegang teguh kepada tali Allah.

Berdoalah agar pejuang kita di seluruh dunia dapat menundukkan kekufuran sehina-hinanya.Wassalam

Wartawan Guru







______________________
Terbitan : 28 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com