Hudud Menafi Hak dan Menganiaya
Wanita? (Jawapan Terhadap Kekeliruan
Wanita) Oleh : Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman
Jab. Feqh & Usul Feqh,
Universiti al-Yarmouk Jordan
Email : zaharuddin@yahoo.com
بسم الله
الرحمن
الرحيم Segala puji bagi Allah Tuhan
sekalian ‘alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW, ahli
keluarganya, para sahabatnya dan seluruh mukiminin dan mukminat yang
menurutinya jejak langkahnya dgn kebenaran. Penulisan ini akan menjawab
persoalan berikut:
PERSAKSIAN WANITA DALAM KES ZINA DAN HUDUD LAIN SERTA QISAS. Perlu diketahui bahawa Jenayah zina telah sepakat dikalangan ulama boleh thabit dari dua perkara : a)
Pengakuan daripada penzina (الإعتراف) atau Iqrar. b)
Bukti yang jelas ( البينة) iaitu oleh 4 orang saksi
lelaki muslim, baligh, merdeka, punyai pengelihatan, boleh bertutur, tidak
ditohmah sbg pembohong dan adil.(al-Feqh al-Islami wa adillatuhu, 8/6035-6040,
cet kedua, Dar al-Fikr) Bgmnpun ulama berselisih pendapat dlm persoalan saksi perempuan
dalam kes zina ini. Terdapat 2 pendapat dlm hal ini : a)
Jumhur ( Hanafiah, Malikiah,
Syafi’iyah, Hanabilah) : Tidak harus wanita
menjadi saksi dlm hal ini serta tidak diterima penyaksian mereka. (Rujuk
Al-Hidayah 3/116, Al-Ikhtiyar 2/140; Tabsirah al-Ahkam Ibn Farhun, 1/264 ;
Bidayah al-Mujtahid, 2/464 ; Rawdah at-Tolibin 9/29 ; Mughni al-Muhtaj, 4/441 ;
ashbah wa an-Nazair As-Sayuti , ms 260
; Al-Mughni Ibn Qudamah, 12/5 ; Kassyaf al-Qina’, 6/433 ; At-Turuq al-Hukmiah
Ibn Qayyim, 219) b)
Ato’ Bin Abi Rabah, Hammad
(guru Imam Abu Hanifah) serta mazhab Zohiriyah : Harus wanita menjadi saksi, iaitu spt 3 lelaki dan 2
wanita , atau 2 lelaki dan 4 wanita, atau seorg lelaki dan 6 wanita. Malah Ato’ Bin Abi Ribah mengatakan “ sekiranya 8 wanita adil memberikan persaksian terhdp
wanita lain dgn zina, nescaya aku akan menjatuhkan hukuman” ( Lihat Turuq
al-Hukmiyah, Ibn Qayyim, ms 207) Iaitu dgn kaedah satu
lelaki bersamaan 2 wanita, berdasarkan persaksian dlm hukum hakam harta. Bagaimapun pendapat ini
adalah syaz dan lemah. Penulisan in tidak akan mengemukan dalil mereka serta
jawapan terdhdp dalil mrk. Dalil Para Jumhur Ulama’ : 1. Firman Allah : فاتستشهدوا
عليهن أربعة
منكم Mafhum : “Maka mestilah
bersaksi ke atasnya ( kes zina) dgn empat saksi dr kamu” ( An-Nisa’ : 15) Wajh ad-Dalalah (pendalilannya): perkataan ‘Minkum’ dlm
ayat adalah ditujukan kepada Lelaki, tidak termasuk perempuan di
dalamnya. (Lihat al-Jami’ li ahkam al-Quran, Imam Qurtubi, 5/83) 2. Firman Allah : والذين
يرمون
المحصنات ثم
لم يأتوا
بأربعة شهداء Mafhum : “Bagi mereka yang
menuduh wanita2 baik (dgn zina) kemudian tidak membawakan empat org saksi” (
An-Nuur 4) Wajh ad-Dalalah : Menurut
kaedah bahasa Arab. Nombor 3 sehingga 9
apabila di ‘muannas’ kan maka ma’dud (perkataan selepasnya) adalah
‘muzakkar’. Maka Allah menggunakan kalimah ‘arba’ah’ yang bermaksud empat dgn
mua’annas lalu semestinya ia ditujukan kpd saksi lelaki. 3. Firman Allah SWT : وأشهدوا
ذوا
عدل منكم Mafhum : Hendaklah kamu bersakasi dgn mrk yg adil dr kalangan kamu
( At-Talaq : 2) Wajh ad-Dalalah : Sekali
lagi perkataan ‘minkum’ ditujukan kpd lelaki dan bukan perempuan. Umum sebutan
ini telah diterangkan oleh perbuatan Nabi SAW yang mana Nabi tidak menerima
saksi wanita dlm hal hudud dan Qisas.. Menurut Imam Shihabuddin Az-Zuhri (Ulama’ besar Tabi’ al-Tabi’en)
: Telah diamalkan oleh Rasulullah SAW, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab,
sesungguhnya mereka tidak menerima penyaksian wanita dlm kes Hudud dan Qisas. (
Rujuk Nasb ar-Rayah, Imam Az-Zaila’ie , 4/79 ; Musannaf Ibn Abi Syaibah 4/128 Kitab an-Nikah ) 4. Sabda Nabi SAW : أربعة
شهود أو حد
على ظهرك Mafhum : “Empat saksi lelaki atau hukuman sebat ke atas
belakangmu” ( Riwayat al-Bukhari dari Ibn Abbas lihat Nasb ar-Rayah 3/306, dan
Abu Ya’l al-Mausili dr anas bin Malik) MENGAPA PERSAKSIAN WANITA TIDAK DITERIMA? Berikut adalah fitrah semulajadi yang ada dlm diri wanita (ia juga
ada dlm diri lelaki tapi tidak sebyk wanita) yang menyebabkan persaksian mereka
dalam hal Hudud dan Qisas menjadi ragu, lalu tidak diterima: Ringkasnya akibat
aqal yang kurang, sifat lalai dan lupa serta tidak mampu menguasai perkara dgn
tepat. (Al-Feqh al-Islami, Dr Wahbah Az-Zuhayli, 8/6044): Dalilnya
seperti berikut: a) Kekurangan aqal wanita ini disebut
oleh Allah SWT yang menciptakannya iaitu: Firman Allah : فإن
لم يكونا
رجلين فرجل
وامرأتان..) ….) Mafhum : “Dalam kes
hutang…Hendaklah kamu bersaksi dgn seorg saksi atau dua org sakasi lelaki ( dlm
menulis hutang) maka sekiranya tidak ada dua lelaki, maka cukuplah ada seorg
lelaki dan 2 org perempuan..” ( Al-Baqarah : 282) Ayat ini jelas menunjukkan wanita sememangnya dijadikan kurang
aqalnya berbanding lelaki, iaitu diperlukan 2 orang wanita bg menyamai
kemampuan aqal seorg lelaki (Lihat At-Tafsir al-Kabir, Imam Fakhr Addin
ar-Razi, 4/16). Hal ini juga disebutkan oleh Nabi SAW.: Mafhumnya : Dari Abdullah
Bin ‘Umar ra “….Sesungguhnya kurangnya aqal wanita krn penyaksiannya 2 orang
wanita menyamai seorg lelaki, maka inilah tanda kurang aqalnya, manakala ia
duduk tidak solat dan serta tidak berpuasa pd bulan Ramadhan (ketika Haid),
maka inilah tanda kurang agamanya.”(Riwayat Bukhari 2/941, Kitab As-Shahadat no
hadith 2515 ; Muslim 2/58 , Kitab Iman
; Abu Daud 5/59 ; Ibn Majah 2/1326 ; Ahmad 7/186 ) b) Sifat lalai serta lupa yg wujud dlm diri wanita ciptaan
Allah. Disebut dalam frimanNya : أن تضل
إحداهما
فتذكر
إحداهما
الأخرى Mafhumnya : “…maka
apabila seorg darinya (saksi wanita) itu lupa maka yg seorg lagi akan
mengingatkannya” ( Al-Baqarah : 282 ) Selain menyebutkan tentang sifat lupa wanita teruatama dlm hal
penyaksian, ayat di atas juga memberikan hukum bhw penyaksian wanita
diterima dlm hal kewangan dan harta. Cuma dlm hal Hudud dan Qisas,
penyaksian mrk ditolak krn hal ini memerlukan ketepatan dan mengelakkan campur
tangan perasaan wanita yang amat cepat bergolak maka, Rasulullah SAW, Abu
Bakar dan Umar serta dituruti Jumhur (
Majoriti) ulama’ Islam TIDAK MENERIMA PENYAKSIAN WANITA DLM KES HUDUD DAN
QISAS, TETAPI MENERIMA DLM KES HARTA, MELIHAT ANAK BULAN, PENYUSUAN DAN
BEBERAPA YG LAIN. c) Tidak diterima penyaksian wanita dlm kes hudud dan qisash krn
ia melibatkan tubuh, badan, nyawa dan kematian, maka para ulama’ sepakat menyatakan ia tidak sesuai dgn fitrah
wanita utk menelitinya juga tidak sesuai utk diminta campur tangan dlm perkara
sebesar ini. (Lihat al-Ma’unah, Al-Qadhi abd Wahab, 3/1385). Yang mana
kesannya amat besar. Ia adalah seperti hak menjatuhkan talaq yg hanya terletak pd
lelaki, menurut aqal yg sohih, sekiranya diletakkan kuasa kpd wanita
nescaya akan tersgt mudah wanita menjatuhkan talaq, ini adalah krn sifat semulajadi
ciptaan wanita yg amat cepat sensitive dan terkesan dgn persekitaran. Maka
akibat sifat2 yang diketahui melalui Nas Al-Quran dan hadith2 Nabi, wanita
tidak boleh dijadikan saksi dlm kes berat spt hudud qisas. Jika melibatkan
wanita maka persaksian tersebut menjadi syubhat (ragu) krn bimbang persakasian
dibuat bukan krn kebenaran tetapi perasaan dsbgnya. Lalu Hudud tertolak dgn
adanya syubhat. Penyaksian selain hudud diterima krn hal yg disebutkan di atas
masih boleh menerima ‘zann yang kuat’ (sangkaan yg kuat), penyaksian
wanita boleh sampai ke tahap itu tetapi tahap ini dikira syubhat dlm hudud dan
qisas, ia tidak boleh diterima. Adakah ini mengenepikan Haq wanita? Sudah tentu tidak, benar pernyataan “Persaksian bukan hak tetapi
tanggungjawab” kerana itulah wajib bg mereka yg mempunyai bukti utk ke hadapan
hakim menerangkan dalil dan haram hukumnya tidak memperbuat demikian dan haram
juga sesiapa yang menghalang saksi dr memberikan penyaksiannya. Ini disebut dlm
Al-Quran Surah at-talaq ayat 2 dan al-baqarah ayat 282. serta 283. Justeru ia
wajib menurut Syafiyyah, Zohiriyah dan
Ibn Farhun Al-Maliki. Manakala Mazhab lain menyatakan Fardhu Kifayah. (Rujuk
al-Muhazzab 3/435 ; Fath al-Wahab 2/392
; al-Muhalla Ibn Hazm 8/526) Jelas, ia tidak mengenepikan hak wanita, bahkan ia menjaga hak
wanita, iaitu dgn mengtaklifkan wanita hanya yg dgm perlkara yang dimampui oleh
mereka, bertepatan dgn kelayakan dan kesesuaian fitrah wanita. Persoalan: Contoh : kalau
berlaku di asrama jururawat, adakah pesalah zina akan terlepas serta tidak
dikenakan hudud pesalah zina semua saksi adalah wanita.? Sekiranya jenayah bunuh, pukulan hingga cedera (iaitu semua kes yg
melibatakan hudud dan qisas) juga zina, berlaku di bilik air wanita atau
perkara yang melibatkan urusan dalaman wanita spt kelahiran, tanda dara, aib pd
kemaluan wanita, kecederaan di tempat ‘aurat dan yg seumpama dgnnya, yang mana
kesemua tempat tersebut tidak mungkin boleh dilihat lelaki atau terdpt lelaki,
penyaksian wanita dlm hal ini terdapat perselisihan di kalangan ulama’ : a)
Penyaksian mereka tetap tidak
diterima, cukup sekadar ta’zir. Demikian pandangan Ulama Hanafiah. (Al-Mabsut,
As-Sarakhasi 16/ 136 ; Hashiyah Ibn ‘Abidin 8/195 ) b)
Diterima penyaksian wanita
ketika itu akibat dharurat. Iaitu di tempat atau
keadaan yg tidak mungkin dilihat atau terdptnya lelaki. Dan disyaratkan terdpt
4 org paling kurang sbg saksinya menurut Mazhab Syafie, seorg menurut mazhab
Hanafi, ada juga yg mengatakan 2 org.
Demikianlah pandangan Mazhab Malikiyah, Syafi’yyah dan Hanabilah yang
lebih shohih. (Kassyaf al-Qina’, 6/436 ; Ar-Rawd al-Murabba’ 7/614) .
Dalil ulama di peringkat ini adalah daripada Imam Az-Zuhri berkata : Telah
berlalu sunnah bhw harus penyaksian wanita dalam perkara yg tidak boleh dilihat
kecuali oleh wanita, spt kelahiran dan keaibannya dlm mereka” (Musannaf Abd
Razak, Musannaf Ibn Abi Syaibah, lihat Nasb ar-Rayah 4/80 - di naqal drpd
Al-Feqh al-Islami wa adilatuhu, 8/6045) Pandangan ini ditarjihkan (dianggap
sesuai dan lebih waqi’e) oleh Prof. Dr Fathi Uthman Al-Qafa dari Universiti
Al-Azhar. Bgmnpun ulama’ tidak pula menyebut persoalan asrama
wanita, qias antara maslahat wanita di
atas mungkin diguna pakai dalam hal asrama wanita. Wallahu a’lam. Begitupun, paling kurang, pesalah tidak akan terlepas, hukuman
ta’zir akan dilaksanakan kiranya thabit
kesalahan melalui perbicaraan dgn bukti2 yg dikemukan, malah hukuman ta’zir
boleh mencecah tahap yang lebih berat dr hudud malah sehingga ke tahap BUNUH,
demikian menurut pandangan Mazhab Hanafi iaitu apabila diyakini mafsadah
(keburukan) akan merebak sekiranya tidak dilaksanakan hukuman Ta’zir dgn
bunuh. Lalu tidak ada ruang bg mengatakan wanita diketepikan dlm Islam,
bahkan penyaksian beramai2 tersebut mesti dihadapkan ke mahkamah, lalu
perbicaraan dan bukti2 dibawakan. Ianya boleh thabit dan si pesalah dijatuhkan
hukuman menurut peruntukan hudud ( bg yg menerima pandangan kumpulan kedua)
atau paling kurang melalui peruntukan ta’zir. Bukannya si pesalah akan terlepas
begitu sahaja krn disaksikan oleh wanita.!. Penjelasan Berkenaan Hukuman Ta’zir
Takrif Ta’zir Menurut Ulama’ Hanafiah : Ta’dib ( Hukuman Pengajaran) selain Hudud. ( Fath al-Qadir, Ibn Humam
5/112 ; At-Ta’rifat , Al-Jurjani ms 55, Ad-Durru al-Muhtar, Ibn ‘Abidin 3/117) Menurut Malikiah : “Hukuman yang tiada had tertentu drpd
Allah, ianya dijatuhkan krn ma’siat yg dibuat kpd Allah ataupun mencabul hak
manusia” ( Al-Syarh al-Kabir, Ad-Dardir 4/354) Menurut Syafi’iyyah : Hukuman Pengajaran ke atas dosa
seseorg, dan bukan kaffarah (Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini , 4/191 ) Menurut Hanabilah : Hukuman yang disyariatkan ke atas jenayah yang tiada peruntukan hudud
padanya ( al-Mughni, Ibn Quddamah, 8/324 ) Hukuman ta’zir adalah masyru’ (disyari’atkan)
di dalam Islam berdasarkan ayat al-Quran iaiatu ( ayat 24 surah An-Nisa’, serta hadtih dari Abu Bardah (riwayat
Bukhari dan Muslim) , dari Ibn Abbas (riwayat al-Baihaqi dan
at-Tirmizi) , dari Muadz Bin Jabal (riwayat Ahmad , al-Hakim dan
Nuruddin al-Haithami dlm Majma’ az-Zawaid) dan dari Amru Bin
Syuaib (riwayat Al-Hakim, Ad Darul Qutni dan As-Sayuti). Kadar Hukuman Ta’zir
Terdapat 4 jenis hukuman yang utama, bgmnpun kadarnya diperselisih
di kalangan ulama. 1.
Sebatan atau pukulan Bilangan sebatan diperselisihkan di
kalangan ulama’ spt berikut: a)
Tidak boleh lebih dari 10
pukulan shj. Ini adalah pandangan Imam Ishak Rahawaih, Al-Laith bin Sa’ad,
Setengah ulama’ Syafie spt al-Balqini dan al-Adzra’ie, majority ulama’ Hanbali
dan Zohiri. b)
Harus lebih drpd 10 sebatan dlm
ta’zir, tetapi kurang dari kadar hudud. Demikian pandangan Jumhur Hanafiah,
pendapat yang lebih tepat bg mazhab Syafi’e dan salah satu riwayat dr Imam
Ahmad. Semua mazhab mempunyai dalil tersendiri
yang panjang untuk didedahkan disini.
Pendapat yang ditarjihkan (
dianggap terkuat) oleh Prof. Dr Abd
Fatah Idris ( Prof. Feqh Perbandingan di Universiti Al-Azhar dan kini
mengajar di Universiti al-Yarmouk) adalah pandangan mazhab pertama iaitu
sebatan tidak melebihi 10 sebatan. Kekuatan pukulan adalah dgn pukulan yang
kuat, demikian menurut mazhab Hanafiah malah lebih kuat drpd pukulan hudud
zina. (al-Hidayah wa syuruhiha, 5/117 ) Manakala pandangan Jumhur dari Mazhab
Malikiah, Syafi’iyyah dan Hanabilah menyatakan sebaliknya. (Pukulan yg tidak
mencederakan). Bgmnpun pendpt Hanfiah disokong oleh tindakan oleh Saidina Umar
yang memukul dgn kuat semasa menjatuhkan hukuman ta’zir. (al-Hidayah wa
syuruhiha, 5/117 Ad-Durr al-Mukhtar
3/178). Justeru, pandangan Hanfaiah lebih tepat sekiranya pukulan biasa
tidak mampu memberi pengajaran kpd si penzina dan penjenayah. Krn matalamat
pukulan ini adalah pengajaran. 2.
Kurungan atau penjara Mazhab Jumhur (Hanafiah,
Malikiah, Syafi’iyyah dan Hanabilah) menyatakan harus memenjarakan atas nama
ta’zir, serta tidak ditetapkan kadar masanya. Ia bergantung kpd tercapainya
matlamat pengajaran terhdp si pesalah. (Rujukan yg sama ) . Hal ini
berdalilkan kdp Hadith dari Bahaz bin
Hakim (riwayat Al-Hakim, Abu Daud(3/314) , An-Nasaie(2/255), At-Tirmidzi (4/28)
) dan dari Abu Hurairah (riwayat al-Hakim 4/102) dan dari Yahya Bin Said
al-Ansari. 3.
Rampasan harta Hal ini juga diperselisihkan di
kalangan ulama’ . Pandangan yang lebih kuat menurut Prof. Dr Abd Fatah Idris
setelah meneliti setiap dalil adalah, harus mengambil harta pesalah atau menghapuskan
pemilikan harta pesalah sbg ta’zir. (Lihat Ahkam at-Ta’zir, hlm 85) 4.
Hukuman Bunuh. Mazhab Jumhur (Maliki, Syafi’e dan Hanbali serta
Zohiri) : TIDAK HARUS menjatuhkan
hukuman bunuh ke atas pesalah. Melalui peruntukan hukuman ta’zir. Mazhab Hanafi : Iaitu hukuman bunuh boleh dijatuhkan
bagi kesalahan yang berat spt Zina berulang2 kali, iaitu dijatuhkan secara
politik. Atau mencuri berulang2 sehingga membawa kemudaratan yang besar. Dan yg
seumpama dgnnya. (Fath al-Qadir, 5/113 ; Radd al-Mukhtar 3/180) Prof. Dr
Muhammad ‘Uqlah al-Ibrahim (Prof. Feqh Muqaran dari Univ. Jordan dan
Univ. al-Yarmouk, lulusan Phd Univ. al-Azhar thn 1978) mentarjihkan
pandangan yang mengharuskan ta’zir ke tahap bunuh bila ada maslahat. Hukuman
ini sebenarnya biasa menurut perundangan sivil yg ada skrg ini, spt menjatuhkan
hukuman mati mandatory bg pengedar dadah, atau pembocor rahsia negara kpd
musuh.tetapi perlu diingat menurut Islam mendedah dan menegur kesalahan
pemimpin negara yg dianggap rahsia bukanlah bermaksud membocor rahsia
negara!.Berdasarkan hadith Nabi yang membenarkan merebut kuasa ( dgn cara
mendedah kejahatan pemimpin agar rakyat tidak terpedaya) Ini berdasarkan Hadith yang soheh diriwayatkan
daripada Abi al-Walid dari Ubadah bin Somit r.a. katanya: “Kami telah berbai’ah
kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang,
suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia
melebihi kami.(Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari
pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang jelas)
yang kami mempunyai alasan disisi allah (kami juga berbai’ah) untuk menyatakan
al-Haq dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan
sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke
1836) dlm riwayat Ibn Hibban disebut. Apabila jelas pemimpian mengajak kamu ke
arah kemaksiatan. ( al-Minhaj syarh Shohih Muslim, Imam An-Nawawi) Ta’zir2 yang lain spt
berikut : a.
Buang negeri/daerah. b.
Diruntuhkan rumahnya. c.
Dikeluarkan dr rumahnya. d.
Diiklankan sbg pelaku maksiat
atau jenayah atau saksi palsu kpd umum. e.
Dicat hitam wajahnya atau
disapu tepung dsbg. f.
Dicukur rambutnya. g.
Diikat hidup2 dgn diberi makan
dan minum dan hak utk solat . Tetapi tidak lebih 3 hari. h.
Dipulaukan. Demikianlah antara bentuk lain ta’zir yang disebut di dlm kitab
feqh bg keempat mazhab. ( Rujuk Fath
al-Qadir, 5/112 ; Ad-Durr al-Mukhtar 3/178 ; As-Syarh al-Kabir Ad-Dusuqi 4/141
; Jawahir al-Iklil 2/296 ; Mawahib al-Jalil 4/381 ; Rawdah al-Tolibin, 10/174 ;
Muhgni al-Muhtaj 4/192 ; Al-Mughni Ibn Qudamah 8/236 ) PERSOALAN2
BERKAITAN WANITA TERANIAYA Berikut ingin diperjelaskan beberapa persoalan yang sering
kedengaran di kalangan wanita awam di Malaysia : Persoalan Pertama
Perempuan yang hamil / lahirkan anak tanpa suami boleh dijadikan
qarinah (tanda) perbuatan zina dan boleh didakwa melakukan zina kecuali beliau
boleh kemukakan bukti bahawa dia tidak berzina. Ada yang mengatakan: “ Ini
jelas menganiayai wanita - sudahlah hamil kena tuduh zina pula dan dikenakan
hukuman.” Penjelasan: Ini tidak benar, hukuman hudud hanya akan dijalankan sekiranya
wanita tersebut mengaku berzina, lalu hukuman thabit dgn iqrar atau
pengakuan. Tetapi sekiranya wanita ini menyatakan bhw ia dirogol (tanpa
menuduh sesiapa) atau tidak sedarkan diri semasa berlaku hubungan seks itu
akibat termakan ubat tidur berlebihan atau apa jua kenyataan yang menolak bhw
dia berzina. Maka Hukuman hudud TIDAK BOLEH DIJALANKAN SAMA SEKALI. Walaupun
wanita tersebut menipu. Ini adalah krn berlaku syubhat (ragu) dlm pen’thabit’an
jenayah zina nya. Justeru, perbicaraan akan dilakukan sbgmn perbicaraan
mahkamah syariah. Hukuman akan diputuskan berdasar dalil2 dlm perbicaraan.
Sabda Nabi SAW : إدرأوا
الحدود
بالشبهات,
إدفعوا القتل
عن المسلمين
ما استطعتم Mafhum : “Tertolak pelaksanaan
Hudud dgn adanya keraguan, cubalah sedayamu untuk tidak menjatuhkan hukuman
bunuh ke atas Muslim ” (Ibn ‘Adi dari Ibn Abbas, Musaddid dlm musnadnya mawquf
atas Ibn Mas’ud. Hadith di dalam bab ini terdpt yg mawquf dan dhoif pd sanadnya,
bgmnpun menurut Imam As-Syawkani, byknya jalan periwayatan hadith yang sama
maknanya menyebabkan ia boleh digunapakai sbg hujjah, juga melihat bhw ia telah
diamalkan oleh Saidina Umar dan Saidina Uthman ra - Nailul Awtar, 7/117, cet
Dar al-Khair) Jelasnya, wanita tidak langsung dianiaya dlm hal ini, tidak pula
dgn mudah dilepaskan, krn telah mempunyai tanda hamil tanpa suami.maka
semestinya telah berlaku hubungan seks di luar nikah. Kalau thabit ia dirogol,
maka sudah tentu tidak dijatuhkan hukuman. Tapi kiranya gagal menolak qarinah
(bukti) ia berzina ( krn Hamil tanpa suami ) dgn sbrg dalil yg kuat, barulah ia
akan dikenakan hukuman, iaitu dgn ta’zir. Malah sekiranya thabit dia berzina dgn qarinah dan baiyinah, maka
hukuman hanya akan dijatuhkan selepas bersalin, Ini jelas dr perbuatan Rasullah
SAW yang tidak melaksanakan hukuman hudud ke atas wanita yang mengaku berzina
dan minta utk direjam, sehinggalah wanita tersebut selesai melahirkan
kandungannya, malah Rasul juga mengambil berat tentang hal penyusuan anak yang
dilahirkan itu. Iaitu hanya selepas seorg lelaki bersedia mengurusakn hal
penyusuan bayi tersbeut, barulah Rasulullah melaksanakan hukuman rejam. (Hadith ini daripada Sulaiman Bin
Buraidah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ad-Dar Qutni. Lihat Nailul Awtar
7/123) . Ia merupakan hadith yang shohih. Begitulah betapa toleransinya
Islam. Persoalan Kedua
Timbul dari Kesalahan qazaf perkara 9 (1). Dlm Sebahagian
daripada(Draf) Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Mereka mengatakan : Kalau tak ada bukti alangkah teraniaya
wanita itu. Iaitu tidak dpt menuduh lelaki yang dikenalpasti merogolnya. Akibat tidak mempunyai 4 saksi. Sbgmn tercatat d dalam Enakmen Hudud yang di bawakan oleh Kerajaan
Terengganu iaitu : BAHAGIAN III QAZAF
وَالَّذِينَ
يَرْمُونَ
الْمُحْصَنَاتِ
ثُمَّ لَمْ
يَأْتُوا
بِأَرْبَعَةِ
شُهَدَاءَ
فَاجْلِدُوهُمْ
ثَمَانِينَ
جَلْدَةً وَلَا
تَقْبَلُوا
لَهُمْ
شَهَادَةً
أَبَدًا
وَأُولَئِكَ
هُمُ
الْفَاسِقُونَ Maksudnya : “Dan orang-orang
yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang terpelihara
kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah
mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka
itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq.”( Surah
al-Nur, 24 :4) Qazaf 7. (1) Qazaf ialah membuat tuduhan zina yang tidak dibuktikan
oleh empat orang saksi lelaki terhadap seseorang Islam yang mukallaf dan
dikenali sebagai seorang yang bersih diri daripada kelakuan zina. (2) Qazaf juga boleh
dilakukan dengan membuat suatu pernyataan dengan cara yang nyata seperti
menyatakan bahawa seseorang tertentu telah melakukan zina atau dengan cara
tersirat seperti menyatakan bahawa seseorang itu bukannya bapa ataupun bukannya
anak kepada seseorang yang tertentu. (3) Pernyataan di bawah
subseksyen (2) adalah dianggapkan sebagai qazaf melainkan ia dibuktikan dengan empat orang saksi lelaki, dan
jika pernyataan itu tidak boleh dibuktikan sedemikian maka orang yang
membuat tuduhan itu adalah melakukan kesalahan qazaf; tetapi sekiranya
pernyataan itu dibuktikan, maka orang yang terhadapnya kenyataan itu dibuat
adalah melakukan kesalahan zina. (4) Sesuatu pernyataan
di bawah subseksyen (2) adalah dianggap tidak terbukti, sekiranya
seseorang atau beberapa orang saksi yang berempat yang dipanggil untuk memberi
keterangan menyokong pernyataan itu enggan memberi keterangan itu atau jika
keterangan itu diberi keterangan itu bercanggah dengan pernyataan itu;
dan dalam hal yang seperti itu maka tiap-tiap orang saksi yang memberi
keterangan yang menyokong pernyataan itu hendaklah dianggapkan telah melakukan
kesalahan qazaf. Hukuman Qazaf
8. Sesiapa yang
melakukan kesalahan qazaf hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak
lapan puluh kali sebatan dan keterangannya sebagai saksi tidak boleh
diterima lagi sehingga dia bertaubat atas perbuatannya itu. Kesalahan Yang Dikira Kesalahan Qazaf
9. (1) Seseorang yang mengadu dirinya dirogol oleh orang
tertentu dengan tidak mengemukakan bukti (nyata) yang dikehendaki oleh
syarak berkait dengannya atau dengan tiada sebarang qarinah bagi menyokong
dakwaannya itu telah melakukan kesalahan qazaf. (2) Aduan oleh
seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa berupaya membawa
saksi yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika
syarat-syarat yang dikehendaki syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di
bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh
disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung
yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan
kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman
takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf. - TAMAT Penjelasan Terhdp Persoalan Di atas: Persoalan menuduh individu tertentu sbg perogol atau berzina
adalah kesalahan yang serius di dalam Islam. Malah Islam meletakan Maruah di
dalam salah satu Dhaaruriyat al-Khams ( Lima keperluan asasi yang mesti dijaga)
di dalam Islam. Manakala menuduh sesorg zina tanpa bukti adalah salah satu drpd
tujuh dosa besar : Sbgmn Sabda Nabi dlm hadith daripada Abu Hurairah yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim (Rujuk talkhis al-Khabir, Ibn Hajar ,
Naylul Awtar 7/252). Justeru, Tidak ada sesiapa boleh menuduh zina seseorg yang lain
tanpa mengemukakan 4 org saksi lelaki adil yg melihat dgn jelas kejadian zina
atau rogol berlaku, sehingga mrk dpt melihat sbgmn pen dimasukkan kdlm tutup
pen. Barulah boleh dianggap saksi. Jika sekiranya hanya ‘berbaring di atas’
tanpa dpt melihat yg dinyatakan tadi, maka
tidak dianggap saksi. Perkara ini sememangnya sukar, krn Hudud tidak boleh dilaksanakan
walaupun terdpt hanya 1 % keraguan. Tetapi ini tidaklah bermakna si pesalah
boleh berseronok tanpa hukuman, kerana, jika jenayahnya ‘thabit’ melalui bukan
jln saksi, ia akan dikenakan ta’zir sbgmn yg telah diterangkan bentuk2nya tadi.
Bukankah ta’zir juga cukup berkesan utk mengajar dan menghukum si pesalah. Cuma, wanita tanpa mempunyai saksi, tidak dibolehkan menuduh
sesiapa kecuali dgn kaedah membawa bukti2 ( qarinah2) terkuat mengikut cara
perundangan ke mahkamah atau ke qadhi dan hakim. Tanpa melakukan tuduhan
rambang, terbuka kpd umum dsbgnya, krn ia mungkin tersilap lalu menyebabkan
maruah yg dituduh tercalar teruk pd
pandangan umum. Dgn membawa bukti2 itu ke muka pengadilan, wanita tersbeut
tidak dikenakan qazf. Ini jelas disebut di dalam enakmen di atas, Perkara 9(2).
Iaitu ayatnya “dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan
qazaf.” JELASNYA WANITA TIDAK TERANIAYA LANGSUNG. Bagaimanapun, perlu diingat, brp ramai pula hari ini, muncul
wanita yang berzina dgn teman lelakinya, tetapi akibat ditinggalkan teman
lelaki maka mendakwa dirinya dirogol, atau terdpt juga wanita jahat yang diupah
dsbg, yang sengaja mahu menjerat individu tertentu maka menuduh diri nya
dirogol individu sasarannya, tanpa bukti langsung. Justeru dgn adanya
hukuman qazf ini, perkara ini akan terhalang. Maka, keadilan hukum Islam
ini menyelamatkan kedua2 pihak, samada pihak wanita yang dicabuli (dgn
hukuman hudud atau ta’zir ke atas lelaki yg mencabulinya) dan pihak lelaki (
boleh dithabit hanya dgn 4 saksi atau bukti yang nyata tanpa boleh dituduh
sebarangan) Jelas, Islam menjaga kedua2 belah pihak tanpa sedikit pun menzalimi
mereka. Apa itu Qarinah ? Bukti2 ini disebut qarinah di dalam Islam, ia terbahagi dua iaitu
qarinah yang kuat dan yang lemah. Qarinah yang kuat, cukup utk mengharuskan
hukuman dilaksanakan. (Rujuk Al-Feqh alI-Islami wa adillatuhu, 8/ 6128) . Di
dunia hari ini contoh qarinah spt kesan air mani, bulu2, darah dan cap jari
boleh dianalisa dan dipastikan kepunyaan lelaki atau individu tertentu. Kiranya
sabit, ia cukup utk dilaksanakan ta’zir. Bgmnpun perlulah melalui perbicaraan
yang lengkap terperinci. Demikian juga bau arak di mulut bg menthabitkan
hukuman krn minum arak. Mengandung tanpa suami juga adalah qarinah. Bagi mereka yang menyatakan : “Bgmn Jika tiada bukti?” Maka soalan ini sepatutnya ditujukan juga kpd undang2 yang ada
hari ini, adakah undang2 yang ada hari ini membenarkan si lelaki dijatuhkan
hukuman tanpa bukti.? Maka mengapa ingin disalahkan hukuman Islam kerana
memerlukan bukti, tanpa dilihat semua undang2 memerlukan bukti untuk
dithabitkan kesalahan. Hanya undang2 rimba ciptaan manusia tertentu, tidak
memerlukan bukti atau cukup dgn saksi pembohong. Telah disebut tadi bahawa
qarinah( bukti) boleh didapati dgn mudah bagi mereka yg dirogol spt air mani,
air liur, cap jari dsbgnya. Adalah sukar utk tidak meinggalkan tanda secara total. KESIMPULANNYA :
Demikianlah perbincangan serba ringkas tetapi cuba dipadatkan,
semoga memberi menfaat utk semua golongan yang masih merasai rungsing dan tidak
yakin dgn hukuman adil ciptaan Allah Rabbul Jalil, ia hanya diolah dlm bentuk
perundangan semasa oleh panel khas yang pakar lantikan kerajaan Negeri
Terengganu dan Kelantan, terdiri drpd kumpulan ulama’ dan cendiakawan
bertauliah. Akhirnya, Islam tidaklah beria2 menggalakkan umatnya dijatuhi
hukuman hudud jika tidak mempunyai kepastian 100 % , ini dijelaskan oleh Nabi
SAW : إدرأوا
احدود عن
المسلمين ما
استطعتم فإن
وجدتم
للمسلمين
مخرجاً فخلوا
سبيله, فإن
الإمام لأن
يخطئ في العفو
خير من أن
يخطئ في
العقوبة Mafhum : Cubalah sedaya upayamu untuk tidak mengenakan hukuman
hudud keatas Muslimin, sekiranya kamu dapati jalan keluarnya maka lepaskanlah
ia, sesungguhnya Imam tersilap dalam menjatuhkan hukuman lepas adalah lebih
baik dari tersilap dlm menjatuhkan hukuman denda’ (Riwayat oleh at-Tirmidzi
, al-Hakim, Al-Baihaqi dari A’isyah, Ali dan Ibn Mas’ud, terdpt dhoif dlm
sanadnya tetapi mempunyai byk cabang sehingga menguatkannya. Yang tershohih
dalam bab ini adalah hadith daripada Sufyan at-Thawry dari Asim bin Abi Wail
dari Abdullah Bin Mas’ud.Lihat Nailul Awtar, Imam As-Syawkani, 7/116) Segala yg baik dan benar hanya dari Allah SWT, yang silap dtgnya
dari kelemahan diri, penulisan ini terbuka untuk menerima komentar kiranya
terdpt kesilapan. Al-Faqir ila afwi rabbih, 1 Jamadil awal 1423 H 12 Julai 2002 , Irbid, Jordan
______________________
Diterbitkan oleh : |