Memberi sedikit pandangan mengenai Tulisan Dr. AQ (2)Tulisan yang dirujuk ialah Surat Terbuka kepada PAS (2) Setelah saya membaca 2 artikal Dr, saya dapati Dr seolah-olah ada perasaan yang begitu tidak puas hati dan terus membuat kesimpulan daripada perkara ini serta menghukum pimpinan pertengahan Pas jumud dan tidak menerima pandangan. Awal tulisan Dr dalam teguran bahagian kedua, banyak mempersoalkan Pas tidak mementingkan demokrasi dalam pilihan raya. Saya setuju pandangan ini, tapi saya rasa dengan membuat andai sebahagian besar tidak mementingkan demokrasi adalah anggapan yang kurang tepat. Kita perlu jelas demokrasi ala Malaysia. Sejauh mana kebebasan bersuara dalam pilihan raya diamalkan jika dibandingkan dengan negara-negara luar. Pilihan raya kecil Pendang dan Anak Bukit bukti jelas untuk kita mengkaji demokrasi pilihan raya ala Malaysia. Kita tak boleh mengatakan bahawa mereka lemah demokrasi dengan hanya tidak ada seminar, forum, kolukium dsbnya. Apakah Usrah, usrah kelompok, pengajian guru agama secara kecilan di surau serta madarasah itu adalah satu perbincangan ilmiah secara umum dan mereka telah melakukan dengan cara gaya kehidupan harian mereka. Saya rasa Dr patut melihat realiti masyarakat kampung sejauh mana konsep demokrasi telah diamalkan untuk menentang sistem kerajaan BN yang angkuh dan sombong menggunakan jentera kerajaan. Sepanjang penglibatan saya, saya cukup kagum dengan mereka ini, walaupun kita nampak mereka ini lemah, mereka inilah yang sebenarnya bekerja bertungkus lumus tak kenal siang dan malam sepanjang pilihan raya lalu. Persoalan siapa calon, apakah mereka tidak berebut, ini adalah satu perkara yang besar dalam PAS. Kita tak mahu calon yang digembur lebih awal akan dibeli, sebab kita pernah mengalami perkara ini. Orang yang layak mempunyai kelulusan yang tinggi ramai, tapi berapa ramai yang ingin jadi calon. Sekarang ini baru nampak ada golongan intelek nampak nak kedepan tapi bagaimana 5, 6 tahun lalu? Tak ada yang nak ke depan, tapi bila ada calon mulalah kita mempersoalkan kewibawaannya. Bagi saya, calon 'kampung' yang tak berkelayakan tapi kotmitmenya tinggi itu lebih baik daripada golongan intelek yang kadangkala lebih banyak memberi idea, mengarah tapi tidak begitu memahami dan menyelami bersama. Saya masih ingat lagi bila Tuan Guru Nik Abd Aziz dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan. Ramai dikalangan intelek mempersoalkan adakah mampu Tok Guru Pondok mentadbir. Masa itu ramailah golongan cendikawan muncul untuk mengambil post jawatan pentadbiran. Perkara yang sama berlaku di Terengganu. Masa kami bertungkus lumus berhempas pulas menentang BN dengan semua jentera tok neneknya, kami keseorangan. Tapi bila Terengganu dah di tawan, ramai golongan usahawan, koporat, cendik pandai datang dengan pelbagai pandangan dan candangan. Kenapa mereka ini tak datang semasa kami berhempas pulas dulu? Bila tak puas hati maka dengarlah kritikan seolah-olah pimpinan pas tidak telus, tidak adil dan mengamal kroni juga. Mereka menghukum pimpinan PAS Terengganu dengan isu balak dan sebagainya, malah mereka ini seolah-olah lidah UMNO menyebar propaganda. Bila Cikgu Pa (Dato Mustafa Ali) pegang banyak jawatan pengerusi, mereka labelkan cikgu Pas seperti Khir Toyo dan Mike Tyson. Kebetulan masa Ucapan Mahathir-Fdzil Noor Cikgu Pa duduk dekat dengan Muhamad Taib dan Khir Toyo. Pernahkah mereka memepersoalkan berapa jawatan PAS yang dipegang oleh Cikgu Pa semasa PAS Terengganu sebelum memang. Tapi mereka bising bila cikgu Pa pegang banyak jawatan dalam kerajaan. Jawatan parti berilah kepada ahli pas yang selama ini bersama PAS tapi jawatan kerajaan beri kepada golongan intelek? Akhir untuk sesi ini, saya ingin membicarakan tentang bagaimana PAS mengendalikan peti undi. Saya ambil satu tindakan yang diambil oleh seorang ketua Peti undi, iman di sebuah surau. Kami diarah mengambil wuduk sebelum masuk bertugas selepas solat ansar. Kami adalah orang terakhir (2 orang) untuk menjaga peti undi sebelum pilihan raya tamat pukul 5.00 petang. Ini bermakna kami akan berada dengan peti undi itu sehingga pengiraan dibuat. Kami akan solat pun ditepi peti undi itu. Sebelum peti undi di'shield', salah seorang daripada kami telah masukkan sesuatu dalam peti undi itu selain daripada membuat tanda khas. Ini bermakna jika peti undi itu dibuka di Dewan pengiraan atau mana-mana tempat pengiraan, tanda serta 'benda' yang kami masukkan dalam peti itu mesti ada, kalau tak ada bermakna peti telah hilang semasa kami berkawal. Ini cukup berbeza semasa saya bertugas dalam pilihan raya 1985 di kuala lumpur masa itu lawan Sulaiman Brady, di Titiwangsa rasanya. Golongan yang ada golongan intelek, tapi tak ada sistem kawalan keselamatan peti undi yang baik! Saya rasa pengalaman adalah ilmu yang baik, bukannya dengan sekadar kita berfikir. Tak semstinya apa yang difikir itu baik dan tidak semestinya kita lihat 'tak kemas itu' kaedah yang tak baik. Saya tak tahu sejauh mana Dr menceburkan diri dengan golongan pekerja pilihan raya dalam PAS ini. Pengalaman saya 20 tahun bersama mereka daripada menampal poster (termasuk menampal poster dipokok-pokok dengan pakaian pejabat, yakni masih ada tali leher), mengutip duit ceramah, buat lambang PAS daripada tin-tin buang seperti milo dsbnya, daripada guni-guni dijadikan bendera, memanjat pokok atau 'stand gem' untuk memasang speaker, mencula, melawat rumah ke rumah orang dan pelbagai kerja 'low class' kata golongan cerdik pandai. Saya merasakan bahawa mereka sebenarnya cukup memahami pilihan raya dan demokrasi dalam pilihan raya ala Malaysia, tapi hanya nasib mereka aje kurang. Insya-Allah akan bersambung lagi. Walahualam
AJK PAS
______________________
Diterbitkan oleh : |