SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Umno bertongkatkan undi bukan Melayu
Oleh Aman Rais Selepas ‘menang dan kalah’ dalam pilihanraya kecil Pendang dan Anak Bukit, Umno terus tercari-cari di mana kelemahannya. Sudah terang lagi bersuluh, namun para pemimpin Umno tetap buta, tidak nampak atau pura-pura rabun untuk melihat dan mengakui hakikat sebenarnya. Pelbagai alasan diberikan dan paling pelik tetapi melucukan orang yang sama memberikan alasan yang berbeza-beza malah kontradik dalam tempoh 24 jam. Nampaknya Umno tetap Umno, tidak mahu berubah. Parti Melayu terbesar ini terus berkarat dalam kepompong usangnya. Kekalahan di Anak Bukit amat sukar untuk diterima oleh para pemimpin Umno terutamanya Presidennya, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Walaupun timbalan beliau, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi nampak lebih ‘gentleman’ dalam menerima "kemenangan dan kekalahan" itu, namun para pemimpin lain tidak dapat menyembunyikan ‘rasa tidakpuas hati’ mereka. Ulasan yang paling melucukan datangnya dari Presiden Umno sendiri. Beliau ada mengatakan antara sebab utama Umno tewas di Anak Bukit dan menang di Pendang ialah kerana sokongan kuat para pengundi Cina. Bagaimanapun keesokkan harinya beliau menyatakan pula lebih 600 pengundi Cina tidak keluar mengundi kerana dihalang oleh para penyokong PAS. Berlaku percanggahan kenyataan Dr Mahathir itu, dan mana satu yang benar? Menakutkan pengundi Selepas itu beliau menegaskan pula Umno tewas di Anak Bukit kerana PAS menggunakan taktik keras, ganas dan samseng. Katanya PAS membuat fitnah, mencaci, merosakkan poster dan kain rentang Umno dan menyelak kain untuk menakutkan Puteri Umno. Malah ada pemimpin Umno yang menuduh penyokong PAS membawa parang untuk menakut-nakutkan penyokong Umno daripada keluar mengundi. Ada yang mengatakan penyokong berbaring beramai-ramai di atas jalan di tengah-tengah bendang untuk menghalang proses pengundian. Cerita-cerita yang didengar ini cukup menakutkan dan memberi gambaran seolah-olah Pendang dna Anak Bukit cukup tengang pada hari pengundian. Bagaimanapun laporan polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jauh berbeza. Polis dan SPR melaporkan keadaan tenang dan terkawal malah Jabatan Kaji Cuaca tidak ketinggalan menyatakan cuaca cukup baik dan nyaman. Umno terus mengeluarkan pelbagai teori dan alasan mengapa mereka "kalah dan menang". Akhir sekali kemuncak kepada kekecewaan dan kemarahan itu ialah keputusan untuk meminda undang-undang pilihanraya. Sebagai ajalan untuk melepaskan geram, SPR akan diperkudakan untuk mengekang pengaruh PAS dan parti-parti pembangkang lain di kalangan orang Melayu. Makan diri Dr Mahatahir mahu tidur lena setelah melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan. Bagaimanapun perkembangan terbaru di Pendang dan Anak Bukit ini telah menjejaskan keyakinan dan ketenangan untuk pergi ‘berehat’. Walaupun beliau yakin Barisan Nasional (BN) dan Umno boleh terus berkuasa jika pilihanraya umum ke-11 diadakan dalam tempoh terdekat ini, namun itu bukanlah agenda utamanya. Matlamat besar beliau ialah untuk membuktikan bahawa orang Melayu sudah kembali kepada Umno dan parti Melayu terbesar itu mesti menang dengan sokongan orang Melayu, bukannya dengan ‘bertongkatkan’ undi orang Cina atau India. Dr Mahathir tidak mahu retoriknya yang menggesa orang Melayu membuang budaya ‘tongkat’, memakankan dirinya sendiri. Kalau Umno ‘bertongkatkan’ MCA, MIC dan Gerakan untuk menang di kawasan majoriti Melayu seperti di Pendang, itu bermakna beliau sendiri mengamalkan budaya ‘tongkat’. Bila beliau sendiri terpaksa ‘bertongkat’, maka beliau tidak layak bercakap mengenai sikap buruk orang Melayu itu. Jelas sekali keputusan di Pendang dan Anak Bukit membuktikan Umno masih belum pulih. Bukan sahaja ia bermasalah untuk mendekati orang Melayu yang menyokong PAS dan mereka yang di atas pagar, malah ia turut bermasalah untuk menyatupadukan para penyokongnya sendiri. Enggan menyokong Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjelaskan kekalahan di Anak Bukit adalah kerana terdapat penyokong Umno di kawasan itu yang berbalah dan enggan menyokong calon mereka yang bertanding. Hakikatnya Umno masih belum pulih dan terus dipinggirkan oleh majoriti orang Melayu. Para pemimpinnya boleh mengutarakan pelbagai alasan dan teori, boleh menggunakan media dari pagi hingga ke malam, boleh memburuk-burukkan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan klip video ‘baruanya’. Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dikaitkan dengan amanatnya, Mat Sabu dan Bunyamin Yaakob dengan video klip mencaci Dr Mahathir, namun rakyat tetap tidak kembali kepada Umno, sebaliknya mereka semakin menjauhkan diri. Umno boleh terus berpura-pura dan berlindung di sebalik propaganda RTM, namun rakyat tahu part ini dan presidennya terus ‘bertongkatkan’ undi Cina dan India hingga terpaksa menggadai banyak kepentingan Melayu.
Asal
Diterbitkan oleh : |