SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Jangan Cari Penyakit Wahai Pemimpinku

Assalamualaikum,

Saya bersetuju sepenuhnya dengan pendapat saudara kita Pemuda PAS dari Pulau Pinang yang menyarankan supaya pemimpin-pemimpin PAS lebih berhati-hati apabila membuat ucapan di dalam ceramah mereka. Elakkan dari menyebut perkataan-perkataan yang mendorong ke arah kontroversi. Seruan ini termasuklah kepada pemimpin-pemimpin di peringkat tertinggi.

Apabila TG Dato' Nik Aziz menyebut "Allah pun samseng" kita yang celik ini mudah mengerti apa yang dimaksudkan oleh TG. Tetapi bagi yang buta hati serta bebal seperti kebanyakan orang UMNO, kenyataan tersebut boleh diputarbelitkan mereka. Mudahlah syaitan-syatan besar di RTM dan TV3 mengupas dan mengganyang kita. Seloroh Bunyamin Yaacob mengatakan PM nonton filem lucah umpamanya amat merugikan kita. Pemimpin PAS dianggap sudah kehabisan modal sehingga terpaksa bercakap perkara karut-marut. Setakat memetik laporan akhbar lalu membuat andaian bahawa PM menonoton filem lucah di rumah adalah suatu tindakan yang menyamatarafkan kita dengan golongan di sebelah sana nun . Kita sering berkata jangan percaya lapuran akhbar arus perdana. Di suatu ketika lain pula kita jadikannya sebagai bahan rujukan. Nampak benar kita seolah-olah tercelaru….. Nak buat lawak boleh….banyak cerita-cerita jenaka yang di samping menggelikan hati, juga mempunyai kiasan yang tajam. Umpamanya kisah Abu Nawas menipu Khalifah Harun Al Rashid yang dikiaskan oleh TG Haji Hadi tu amat berbisa dan pedas kepada yang tergigit cili…..

Betul kata brother Penang tu. Banyak lagi isu-isu lain yang perlu diketengahkan umpamanya rasuah, penyalahgunaan kuasa, penindasan dan penganiayaan ke atas rakyat, pencabulan hak asasi dan demokrasi, opressi ke atas pembangkang, ketidakcekapan kerajaan dalam menggubal dasar-dasar tertentu serta tindakan-tindakan atau keputusan-keputusan yang boleh merugikan negara, dasar luar negara yang difikirkan pincang dan seribu satu isu lagi. Cerita pasal kekejaman polis pun boleh makan masa tiga hari tiga malam. Bila pemimpin kita tersalah cakap atau kenyataan mereka sengaja diputarbelitkan, banyak masa yang terbuang bagi mempertahankan diri. Kan elok masa itu digunakan bagi kerja-kerja proganda lain yang lebih bermanafaat.

Kami ingin melihat pemimpin-pemimpin kita berucap sebagai seorang yang arif terhadap isu-isu yang dibawa. Pendek kata bila orang UMNO mendengar ucapan pemimpin kita, sebahagian dari mereka akan jadi kagum dan terpengaruh atau setidak-tidaknya tidak dapat berhujah menyanggah balik "argument" kita. Dato' Seri Haji Hadi adalah seorang "orator" yang terbaik dan perlu diteladani. YB Mat Sabu juga amat lancang dan paling digeruni oleh lawan. Itu pun bagus juga. Tapi kita kena ada banyak variati. Disamping orang yang boleh pukul KO, kita juga perlu ada yang pandai ambil hati orang UMNO. Sebab matlamat kita ialah untuk menarik orang UMNO masuk PAS. Kalau tidak masakan kita bias menang saudara!

Mendengar ucapan Ustaz Bunyamin, kita orang PAS sendiri rasa kurang selesa. Apatah lagi orang UMNO, bertambah benci mereka kepada kita. INGAT, bukanlah tujuan utama kita semata-mata nak menghentam pemimpin-pemimpin BN secara membabi buta. Yang perlu kita hentam ialah kepincangan dan penyelewengan pemimpin-pemimpin BN dengan niat untuk mendedahkan kepada rakyat tentang penyelewengan mereka. Jangan sekali-kali kita berniat untuk memalukan mereka, apatah lagi memaki-hamun. Tak perlu maki pun…yang penting sampaikan mesej kepada rakyat, contohnya;

" Khir Toyo tu sering memberi kontrek kepada proxy atau kroni beliau dengan cara yang salah dan melanggar peraturan. Contohnya dalam kes projek pemasangan paip dari …..bla….bla…bla…" (siap dengan faktanya sekali).

Tak payah maki pun, sebab bila cakap lembut begini orang UMNO sendiri boleh turut mendengar dan tak sakit telinga. Akhirnya bila orang ramai sedar akan kebusukan pemimpin itu, mereka sendiri yang akan sebut " Ohh…Sungguh Tak Ku Sangka…Toyol rupanya dia !". The forthcoming election bungkuslah Jawa tu….

Penulis sendiri pandai nasihat saja tapi kuat memaki hamun juga dalam tulisan-tulisan di laman ini. Sebab itu kawan tak leh naik pentas berucap. Seperkara lagi ada kerja yang tak sesuai untuk kawan dek panas baran yang kronik ini….Kadang-kadang tangan kaki ni lebih cepat "berfikir" dari otak . Kerana itulah kat Pendang dan Anak Bukit dulu kawan hanya dapat bertahan dua hari saja sebab dah rasa lain macam. Daripada merosakkan imej PAS menjadikannya bertambah "ganas" di mata lawan, lebih baik kawan bantu cara lain.

Anak Melayu







______________________
Terbitan : 3 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com