SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

BERITA TERBAHARU TENTANG KETUA PEMUDA UMNO NEGERI SEMBILAN

Oleh : Anti Penipu

Saudara, Saudari dan sidang pembaca yang dihormati sekalian,

Sekarang ini sudah ada desas desus yang begitu kuat melanda dikalangan Pimpinan Pemuda Umno peringkat Cawangan di Bahagian Umno Rasah tentang Ketua Pemuda Bahagian merangkap Ketua Pemuda Umno Negeri yang juga ADUN untuk DUN Rantau, Abdul Ghani Hj Hassan. Kalau dulu beliau begitu popular dikalangan pemuda Bahgian Rasah kerana beliau terkenal dengan sifat ramahnya malah kehebatan beliau bergaul penduduk setempat tambahan pula beliau adalah bekas pemain bolasepak NS.

Tetapi dikalangan pimpinan pemuda Bahagian Rasah sudah mula muak dengan tindak tanduk beliau yang asyik menolong Saudara mara beliau dalam bisnes tanpa menghiraukan Ketua-Ketua Pemuda Cawangan di bahagian beliau yang dulu begitu kuat dan bertungkus lumus menolong beliau. Terutama nya dalam pilihanraya yang telah lepas dimana pada masa itu hanya ada 'beberapa kerat' pemuda sahaja yang membantu beliau sedangkan yang lain dah berpindah kepada kem pembangkang iaitu Keadilan yang bertanding di Dun Rantau pada masa itu.

Kini Ketua Pemuda yang 'hanya beberapa kerat ' itulah yang dah mula muak dengan sikap beliau.Tambahan pula sekarang ini beliau sedang rancak memberikan pelbagai projek berbentuk kerja kontrak kepada Saudara Rosli Nordin dari UK Engineering yang berpengkalan di Seremban 2. Khabar angin yang bertiup kencang sekarang ini mengatakan ( atas mulut Sdr Rosli sendiri ) beliau adalah saudara kepada YB dan sudah tentu beliau senang mendapat projek daripada YB. Untuk pengetahuan semua Saudara Rosli dahulunya adalah penyokong kuat Parti Keadilan dan pernah memegang jawatan penting dalam Cawangan Parti Keadilan Rantau dan pernah menjadi 'Polling Agent'semasa pilihanraya umum baru-baru ini. Inilah yang menyebabkan ramai golongan Pemuda Umno di Bahagian Rasah telah mula 'menyampah' pada ketua mereka. Mereka merasakan tidak ada logiknya Abd Ghani Hj Hassan menarik Rosli Nordin kedalam Umno kerana beliau bukannya ada pengikut serta berpengaruh malah nama beliau juga jauh sekali dikenali dalam Keadilan. Tetapi atas nama saudara mara maka Abd Ghani Hj Hassan telah membantu beliau dengan mendapatkan kerja-kerja kontrak. Ini yang amat meloyakan kepimpinan pemuda cawangan Umno, sedangkan mereka yang bersusah payah membantu serta berkerja untuk Ghani Hj Hassan tidak mendapat apa-apa. Tetapi atas nama saudara mara beliau telah membantu Rosli Nordin. ( baru padan dengan muka Pemuda Umno Bahagian Rasah ). Wal hal Rosli adalah bekas ahli Keadilan.

Sebenarnya kisah Keadilan masuk Umno ini sebenarnya adalah perkara biasa masyarakat Rantau khususnya Bahagian Rasah amnya. Hanya seorang Keadilan masuk Umno kalau nak dibandingkan dengan beribu-ribu orang Umno masuk Keadilan dan Pas Di Dun Rantau ini. Cuba lihat Kg Sega Rantau bagaimana hebatnya Pas Kawasan Rasah sedangkan suatu masa dulu pada peringkat awalan saya dalam Pas boleh dikira dengan jari ahli Pas di DUN Rantau ini.

Penduduk Rantau sudah pasti tidak lupa siapa dia orang kuat Parti Bebas berlambangkan Ikan tidak lama dulu. Sekarang ini dengar khabarnya beliau telah bergelar Datuk. Penduduk Rantau juga tidak akan lupa bagaimana hebatnya bendera Parti Semangat 46 dahulu dikibarkan di Kg Ulu lalang ???? Tapi orang-orang inilah sekarang ini yang menjadi orang kuat Umno di DUN Rantau. Jadi tidak hairanlah kalau Saudara Rosli Nordin hidup mewah sekarang ini mendapat rezeki yang melimpah atas penat lelah beliau menyertai Umno. ( Cawangan Pekan Rantau). Tapi suatu ingatan kepada Saudara Rosli khasnya supaya beringat-ingat kerana rezeki yang jalan jalannya tidak betul ini akan di tarik Allah. Lihat bagaimana Saudara Ajoi, begitu kaya membaham khazanah negara suatu masa dahulu kini kini dengan sekelip mata sudah di tarik Allah.

Saya ingin meminjam kata-kata Rosli ketika di atas Bilik Gerakkan Keadilan suatu masa dulu , ' tak masuk Umno boleh juga cari makan ( berniaga ), yang penting usaha ' Tapi sekarang apa dah jadi ???

Cuma satu saya ingin lihat Saudara Rosli boleh pergi sejauh mana, jangan jadi Ajoi no 2 sudah lah.......... Kepada Saudara Abdul Ghani Hj Hassan supaya cita-cita anda nak jadi Menteri Besar NS pada 2003 akan termakbul, seperti no kereta anda MB 230 !!







______________________
Terbitan : 6 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com